DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, February 2, 2012

Hayunan Bermula...Teras Kelor...

Bila membuat hayunan kapak kearah potongan Log Teras Kelor, warna sebegini sering dikaitkan dengan Teras Muda..tetapi perlulah diketahui bahawa Pokok Kelor tidak akan manghasilkan Teras dalam Jangka Hayat yang pendek..Warna sebegini adalah kerana ianya masih basah dan teras sebegini adalah yang paling sukar untuk melarik...


Seiring dengan fadilatnya yang dipercayai sebagai medium ketahanan dan tidak ampuh dek besi. Mata Pelarik sering menjadi tumpul apabila melarik teras yang berwarna sedemikian. Belahan dari Hayunan Kapak juga sering tersasar dari tempat yang mahu di belah.




Cincin yang diguna pakai oleh pengasas bukanlah memiliki sesuatu yang dianggap Superstitious..(tah apa ejaannya)..Jenis Teras yang dipakai dalam bentuk Cincin adalah dari jenis Gemunggal Kampung (Akar Umbi Teras)..bukannya apa..Precaution..kekadang tu kalau dah nak terluka...kena juga..pakai apa pun tak kebal..yang kebal Hanya Keimanan yang utuh Kepada Pencipta dan Pentadbir Seluruh Alam...janganlah meletakkan keimanan pada Teras Kayu tanpa Penciptanya..tu lari aqidahnya...sesat mesat namernya..kalau measat..tu Satelit....hehehe..Teras yang dibelah adalah untuk persediaan membuat Biji Tasbih