DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, February 13, 2012

Cikgu Nasir...Warisan Seni Perkerisan Melalui Blog...



Apabila saya membaca statement yang tertera.."Menjual Keris dialam Maya"..sahabat-sahabat beliau ketawa...tetapi itulah yang dinamakan teknologi...tetapi apa yang saya lihat, teknologi itu hanyalah turutan zaman. Apa yang saya ingin utarakan adalah Usaha Beliau bagi kesinambungan Seni Warisan tersebut dalam Alam Perkerisan dan Persilatan..Bukannya sekadar menjual keris-keris didalam Blog beliau....yang paling berharga adalah Mutiara Kata yang menjuruskan kepada kebaikan kepada pelayar Blognya.


Pada awal pembabitan saya dalam alam teras perkayuan menerusi Blog, Blog Cikgu Nasir adalah salah satu dari Blog Idola saya. Cuma minat saya bukan pada Logam..tetapi dalam pengetahuan mengenai Teras Kayu dan Batu. Selain dari maklumat tentang teras kayu, logam dan batu-batu yang dipaparkan menerusi blognya. Kebanyakkan maklumat yang beliau utarakan adalah kata-kata nasihat yang kekadang tu menusuk kalbu saya sehinggakan rasa sayu atas kedaifan dan kefakiran diri saya sendiri...


Pernah saya melihat hasil kerja tangan beliau yang dibawa oleh sahabat saya yang menempah keris darinya, patut la..seni pertukangan yang tinggi...dari sudut harganya pula..tidaklah semahal mana jika nak dibandingkan dengan harga pasaran semasa.


Itulah dia Cikgu Nasir, kalau tak kenal dengannya..maka tak kenal lah..tetapi kalau dah mengenalinya..memang aku tak nak bagi dia balik Kelantan..Duduk ngan aku..huhuhu..bukan nak jual atau mengangkat beliau, ianya adalah penghargaan saya terhadapnya dengan apa yang di perjuangkan.. saya mengenali Cikgu Nasir adalah Melalui Ilmu Pengetahuannya yang dikongsi bersama melalui Blognya...Selamat Maju Jaya Cikgu Nasir..Alhamdulillah..


Layari http://cikgunasir.blogspot.com/ jika berminat dengan Seni Warisan Keris Melayu.