DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, February 12, 2012

Batu Petir Merah ..

Batu Petir Atau Batu Meteorite jenis Merah...


Bagaimanakah untuk mengenal pasti Batu Petir, ada dua cara yang boleh digunakan, 1: Bakar batu tersebut menggunakan Butane Torch atau Pressure Torch..Batu akan menyerap haba dan menyala seperti bara, lalu dicurahkan Air kepadanya..jika batu biasa, dengan kepanasan tinggi dan terus dijirus dengan air, batu akan merekah atau pecah..jika batu petir, ianya tidak akan pecah ataupun merekah. 2: Gosokkan Emas padanya...emas akan melekat pada batu petir dan apabila digosok dengan jari pada lorekkan emas pada batu tersebut, emas yang melekat pada batu petir tidak akan luntur.




Untuk memotong batu petir, Pemotong Mata Berlian diperlukan. Kelajuan putaran dari 3000rpm - 11000rpm bagi memotongnya.


Bagi mencanainya pula, Batu jenis Carbide atau Diamond Plated Disk digunakan. Disarankan agar mencanai Batu petir dengan Air. Batu Petir Merah jika digosok secara kering akan meninggalkan debu berwarna Hijau serta melekat pada jari...Baunya juga berlainan dari jenis batu biasa ketika dicanai.