DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, February 28, 2012

Warisan Terapi Sifuli..Wannura Terapi



Ini adalah Rumusan Pati Minyak Urutan dari Warisan Seni Terapi Sifuli yang dirumus khas dari Akar dan Teras Perkayuan dan diolahkan dalam bentuk Minyak Urut...Para sahabat boleh membuat tempahan minyak ini secara terus dari Wannura Terapi ditalian 012-4364605...Wannura



Gelang Teras Kelor...Tempahan.
















Teras Kelor dari Bahagian Akar Teras diolahkan menjadi Gelang..Ini adalah tempahan sahabat. Ada beberapa utas lagi yang masih dalam proses pembuatan....InsyaAllah...on da, way...

Akar Teras Kemuning Emas...




Akar Teras Kemuning Emas...Pernah saya melihat, Ada jenis akar teras kemuning emas yang telah dibongkahkan dari tanah berusia lebih dari Seribu tahun..Melihatkan ajer dari rona terasnya...Allahu..tiada kata-kata...Ini adalah contoh olahan dari Teras Akar yang berusia dari 100-300 tahun.

Teras Permata....Tempahan

Teras Kelor....Tempahan sahabat dalam bentuk Mata Cincin...Bujur Bulat, Bujur Melintang.


Loket Teras...

Loket Teras Kelor Hutan dan Kelor Bukit...


Loket dan Cincin

Loket dan Cincin bersaiz 19 yang ditempah oleh sahabat...Ditempah dari jenis Teras Gemunggal Hutan....Teras Kelor.


Batu Petir Merah..




Batu Petir Merah yang telah diolahkan menjadi Permata Cincin..jenis batu petir ini tidak bertindak balas dengan besi Magnet kerana tidak memiliki kandungan besi..Ini adalah tempahan sahabat

Teras Kelor Urat Akar

Teras Kelor Bukit dari Bahagian Akar. Urat teras yang sebegini agak payah nak diolahkan, Jika tidak kena dengan gaya olahan, maka apa yang cuba dibentuk akan menjadi sia-sia..tetapi apabila olahan kena dengan tekniknya..InsyaAllah, cantik pula rupanya.

Hadiah Dari Sahabat...




Terima Kasih...

Friday, February 24, 2012

Tempahan Buku Mengenai Teras Kayu..Mistik Teras dan Kayu





Buat para sahabat yang meminati Teras dan Kayu..Ini adalah Handy-Book dimana maklumat serta Fadilat mengenai teras-teras serta Kayu ada dimuatkan sekali didalamnya. Tempahan Buku ini boleh dibuat dengan Pengasas Blog Rahsia Alam..Harga Buku adalah RM45 Ringgit dan Kos Pos adalah Rm10 untuk pengeposan didalam Negara sahaja..Tambahan Rm50 kos Pos untuk Negara Brunei Darussalam dan Singapura. Tempahan Boleh dibuat Melalui Talian SMS 019-2563074 dan 019-3387074 (Waliqudus)

Tempahan Gelang dan Tasbih..On Going Process

Sebahagian dari Butiran Biji Gelang dan Tasbih yang telah disiapkan.


Kadang-kadang tu apabila membuat ripping pada teras kayu, jika tersilap rip..jawabnya teras tu R.I.P (Rest in Peace)..tak boleh pakai bagi tujuan pembuatan Biji gelang atau tasbih. Yang tak boleh diguna pakai tu hanyalah pada saiznya sahaja..tetapi masih lagi boleh diolahkan menjadi Mata Cincin teras Gabungan.

Wednesday, February 22, 2012

Fosil...Tah Berapa Juta Tahun Punya Daaa









Yang telah membatu...Pengasas baru menerima jenis-jenis barangan yang telah menjadi Fosil..Apa pula jenisnya..Pengasas masih lagi mengkajinya. Ada dari jenis Kayu, Ambar dan Berbagai lagi jika nak dihuraikan..tetapi harap bersabar. Pengasas telah mencanai beberapa Butir dari yang asal sehinggakan Kulit Jari menjadi Nipis..Keras yang amat...Potong batu Meteor pun tak sekerasnya..Malah Besi pun lagi senang...tetapi bila dah dipotong dan dicanai..mak aiii..Cantiknya..dah macam Mani T-Rex pun ada..dan macam Kuih Bengkang dah jadi Batu pun ada..Walau bagaimana pun, Batu-batu ini bukanlah dari Alam Sebelah...tetapi dari Alam Zaman dulu kala..paling cekai pun melebihi 2 Juta Tahun...cuma la ni, ianya telah berada didalam Blog Rahsia Alam dan yang paling pentingnya...Ianya Untuk Dijual.....hehehe..kaya...kaya...kaya...kaya..Allah Maha Kaya..

Teras Kelor...




Permata Cincin dari spesis Gemunggal Hutan..Nama Gemunggal Hutan tidak berapa sedap nak disebut..tetapi bila kita menyebutnya Teras Kelor..perghhh...ramai yang tahu. Fadilat Kurniaan Allah padanya diketahui umum sebagai Penebat Senjata Tajam dan Ampuh Asid..tetapi sejauh manakah Keyakinan seseorang itu bagi mengujinya. Ada yang mengujinya sebagai peneguh Keimanan dalam Hatinya dan ada juga yang mengujinya lalu tersasar jauh dari pegangan Aqidah dan Agamanya..Jangan diuji jika tiada keyakinan hati...jadikan lah ianya sebagai penyebab Pengantara dan Ikhtiar untuk kesinambungan dalam hidup yang senang dan tenang.



Permata Teras Mengkudu...




Ini adalah Teras Mengkudu yang telah dipaparkan sebelum ini. Ianya telah diolahkan dalam Bentuk Mata Cincin. Fadilat Mengkudu sebagai Pembendung penyakit telah lama diketahui Umum dari berbagai perspektif....hanya tidak diketahui umum fadilat yang dimiliki pada terasnya.

Teras Kelor Hutan dan Gemunggal Kampung

Dua Butir Gemunggal Kampung yang ditempah sahabat.







Teras Kelor yang berwarna kekuningan dalam Bentuk Loket dan Permata Cincin..Berbagai fadilat yang telah diKurniakan padanya buat kegunaan manusia..tidak dikira apakah pegangan Agamanya..Allah telah menjadikan segala yang diDunia ini adalah untuk Kegunaan Makhluk yang bernama Manusia..yang membezakan Manusia itu dengan Binatang adalah Akalnya..tetapi jika akal dan hati manusia itu hanya diselubungi dengan Nafsu Serakahnya sahaja..maka, Binatang itu lebih mulia darinya...wallahu.

Permata dan Loket...Teras Sedarah..




Digelar sedarah adalah kerana Teras Ini akan mengeluarkan Getah dan Damar yang berwarna Merah Darah apabila pokoknya dipotong. Sewaktu pengasas mengosok teras ini bersama-sama dengan Air, kelihatan Airnya berwarna merah darah. Fadilatnya selain dari persaudaraan, ianya juga memiliki fadilat Ketahanan apabila digabungkan dengan teras-teras yang seiringan.

Teras Inai..

Dapat la slice Teras inai yang ada sikit ni..Pokok inai nak membesar pun mengambil masa...inikan pula nak membina bahagian terasnya. Fadilat yang dipercayai oleh sebilangan Masyarakat adalah sebagai Medium Kedamaian.

Monday, February 20, 2012

Teras Mengkudu..




Pokok Mengkudu banyak fadilat perubatan yang ada padanya, salah satu dari Fadilatnya yang dikecapi adalah dari Buahnya..Jika Buah dan Daunnya memiliki Fadilat Perubatan yang diketahui umum...Bagaimana pula Terasnya?...Teras Mengkudu bukannya terdapat pada setiap pokok mengkudu..Yang memiliki Teras hanya dari jenis Pokok Mengkudu yang beratus tahun lamanya. Pengasas hanyalah dikira bernasib baik dengan perolehan Teras dari jenis Mengkudu..Arwah sahabat pengasas pernah mengatakan bahawa teras mengkudu ni ada keistimewaannya yang tersendiri...Apa Istimewanya....Allah lebih mengetahui akan Fadilat yang sebenar-benarnya....

Teras Siang Malam....

Lagi satu jenis teras yang dipanggil Teras Siang Malam...Kebiasaannya, teras siang malam adalah dari spesis Kemuning...yang ni dapatnya pun banyak ni lah....Fadilatnya yang dikatakan Siang seperti malam dan malamnya seakan Siang...wallahu..aku siang ikan pandai la..

Batu.Kaku..

Macam Batu Sungai...batu tu memang la batu..Cuma uniknya...shape dia cantik....ni bukan buntat atau geliga...tapi sejuk giler apabila memegangnya.


Teras Kayu

Teras ni masih tak dapat nama dan masih tak tahu apa ke jenisnya..sebab tiada klu, masa jumpanya pun dah macam tu..cuma pengasas racik sebegini untuk melihat urat kayunya untuk pengecaman jenis teras...


Teras Tarap...




Pokok Tarap ada dua jenis..walaupun buahnya enak..Nak mendapatkan terasnya pula..tidaklah seenak merasai buah mentarap..tertiarap ketanah jawabnya...maksudnya..payah nak dapatkan..nak memotongnya pula dah la satu kerja..nak mengolahkannya pula..lain cerita.

Teras Sahaja...




Teras Yang Bersahaja....yang ni tiada dalam simpanan saya..untuk paparan sahaja..so namernya..Teras Sahaja....

Tongkat Ali Merah...Red Longjack









Ramai yang mengetahui Akar Tongkat Ali..tetapi tidak ramai yang mengetahui Tongkat Ali ada berbagai jenis. Salah satu yang payah diperolehi adalah dari jenis Tongkat Ali Merah....dan Nilainya juga tidak seperti Tongkat Ali yang biasa.

Kulat Susu Harimau..




Kulat susu harimau mendapat permintaan yang tinggi dalam bidang perubatan..tetapi bagi memperolehinya pula....bukan mudah, Pengasas sendiri amat payah memperolehinya..Jika para sahabat pergi ke Lata Iskandar, Kulat susu harimau boleh didapati disana..tetapi ianya dijual dalam bentuk ketulan dan bukan dalam nilai timbang..seketul kecil boleh mencapai Rm150-Rm200...dan Tips untuk pemilihan..carilah yang berat..walaupun kecil bentuknya.




Sunday, February 19, 2012

Teras Unik...Teras Hias..




Jika sebegini rupanya..nak kata fadilat apa..Fadilatnya adalah sebagai Penghias Dalaman Rumah..Unik...berbagai bentuk dan rupa..yang sebegini...memerlukan masa yang lama didalam dasar sungai arus...Yang ni untuk orang meminati seni Alam Semulajadi.

Teras Sedarah..Brotherhood

Sepotong keratan rentas untuk dibuat kajian...


Log teras sedarah yang baru diperolehi oleh pengasas untuk dijadikan sebagai Tasbih...Teras sedarah..apakah dari sudut maksud yang tersirat disebalik nama Sedarah..itulah Fadilatnya.