DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, January 28, 2012

Peralatan Kajian Teras Kayu..

Paparan Micro pada teras Gemunggal Bukit. Kebiasaannya, jenis gemunggal bukit, titik Liang Roma yang dikatakan agak bersambung..ada kalanya 2-3 titik bergabung..InsyaAllah, Pengasas akan berkongsi maklumat dalam pengkajian mengenai Urat-Urat Teras bersama-sama Para Sahabat Blog Rahsia Alam...Kalau nak belajar mengenai rasanya pula..tang tu kena la datang kerumah..kita kunyah bersama-sama teras kayunya..hehehehe


Jika nak dibeli..mahal..tetapi bila ianya dijariahkan dari seorang sahabat..kita manfaatkan untuk pengetahuan..Alhamdulillah..Terima Kasih Tuan Hj...




Sebelum ini, Pengasas hanya memiliki sebuah microskop yang cukup sekadar melihat paparan Urat Teras pada penglihatan 0.8x/3.2x Micro...Alhamdulillah, dengan adanya penambahan Mikroskop, pada kadar tersebut dapatlah pengasas melihat dengan kadar 10x ganda dari apa yang pengasas miliki sebelum ini... Pengasas juga memiliki Microskop yang dapat melihat pada paparan 200x, tetapi ianya tidak dapat dimanfaatkan melalui pengkajian urat teras, ianya pula lebih kepada melihat Makhluk-Makhluk yang lebih Halus..tetapi bukan lah untuk melihat Jin. Pada Kadar 200x, ianya tidak sesuai...tu dah lebih sangat tuh...