DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, January 4, 2012

Pati Cenuai...

Dari Kiri, Isian 1ml, 2ml, 3ml, 6ml dan 12ml...


Kayu serta Daun Cenuai jenis Gunung. Jenis cenuai ada berbagai, dari Lembah sehinggalah ke Gunung, dari Air Tawar hinggalah ke Air Masin, dari Pinggir Pergunungan hinggalah ke Kepulauan. Cenuai bermaksud Kasih dalam bahasa pedalaman. Proses pembuatan pula ada berbagai cara mengikut Ilmu yang dipelajari.


Pokok Cenuai sebenarnya memiliki Bau haruman yang begitu halus dan ada juga jenis pokok cenuai yang harumannya berbau begitu kuat. Salah satu dari jenis cenuai yang berbau kuat adalah dari jenis Gunung. Daunnya, walaupun kering, jika diramas dan digosok, ianya akan mengeluarkan bau haruman yang tidak dapat dinyatakan.



Bagi mendapatkan Bauan tersebut, ada berbagai jenis proses termasuklah dengan cara Distillation. Proses pemeluapan. dan ada juga cara memeramnya dengan pati wangian yang lain.


Ramai para sahabat yang bertanyakan kepada pengasas akan perihal cenuai. Wangian atau yang dipanggil Raihan sebenarnya boleh membuatkan pemakainya merasa selesa dan tenang kerana bau wangian dari cenuai boleh merangsangkan saraf dari dalam otak. Cenuai yang baik adalah Cenuai yang mampu meresap bau sehingga seluruh badan, walaupun dengan hanya secalit sahaja pada bahagian-bahagian yang tertentu. Yang membuatkan ianya digelar Minyak Pengasih atau Minyak Pelaris adalah kerana Bau dari Cenuai tersebut boleh membuatkan orang yang berhampiran dengan sipemakainya merasakan ketenangan, kedamaian serta berasa selesa ketika berada dengan sipemakai tersebut. Itupun jika sipemakainya memiliki pembawaan serta cara perawakkan yang seiring dengan yang dimaksudkan "Cenuai" tersebut. Jika seseorang yang memakai Bauan walaupun didatangkan dari Syurga sekalipun, jika pemakainya langsung tidak mahu memberikan senyuman serta layanan yang Tulus kepada orang-orang yang ditemuinya..mmm...hancus rebus, pakai minyak sakti memana pun takkan menjadi...Pembawaan pemakaian Minyak Pengasih ataupun Jenis Cenuai ni adalah mengikut Niat kesungguhan dari hati serta Pembawaan kerekter Diri. Janganlah mengikut Syarat atau pantang larang yang tidak logik..Ada juga Pembuat atau penjual Minyak Cenuai yang mengenakan berbagai Pantang Larang yang tidak sewajarnya..Kalau nak di renungkan kembali...Sedangkan Perintah serta Larangan dari Allah kita tidak dapat Turutkan..dan kenapa pula Pantang Larangan yang diciptakan oleh Manusia pula yang kita ikutkan....dan yang paling sedihnya..kenapa Peraturan Manusia itu yang kita takutkan...Sedangkan Peraturan Allah itu amat Memudahkan...Renungkan lah..