DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, January 4, 2012

Larak Salah...Larak Pisang...

Larak Salah Lam Alif....Ini adalah Koleksi Peribadi..Koleksi Turunan dari Arwah Seorang Sahabat yang Dikasihi Allah.


Larak Salah Lilitan Kekiri...Koleksi Peribadi dari Arwah seorang Sahabat...




Larak Salah Jantan dan Betina...dari Kiri yang bertompok teras adalah jenis Jantan dan sebelahnya dari jenis Betina. Larak Salah adalah sejenis spesis yang paling kurang diketahui umum, ada yang menyangkakan, Larak Salah adalah satu nama yang dikenali dari beberapa daerah. Larak Salah adalah sejenis pokok yang menjalar seperti akar...Fadilat yang dimiliki pula dipercayai sebagai Pelimun (Pelindung Diri), Pembias (Pendinding dan Pembalik) serta Pelembut Hati..Larak Salah juga boleh digabungkan dengan beberapa jenis kayu dan teras yang memiliki daya fadilat yang seiringan.






Ini pula adalah sejenis pokok larak yang dikenali sebagai larak pisang...yang membezakan diantaranya dengan larak salah adalah dari fisikal rupa pokok yang jenisnya tidak menjalar, bau dan lorek bintik pada potongan menegak. Larak Pisang dipercayai memiliki fadilat Perubatan. Ada juga yang mengatakan Larak Pisang yang memiliki tabie salah juga menyaingi fadilat yang terdapat pada spesis Larak Salah.


Rupa Kulit Luaran spesis Larak Pisang juga amat berbeza dengan kulit luaran Spesis Larak Salah...Apa jua jenisnya...larak tetap larak..cuma larak pisang tidak boleh sewenang-wenangnya dimakan macam Kerepek Pisang dan Goreng Pisang..serta Pisang Kaki...Kalau Pisang Galor..bijinya boleh jugak dibuat biji tasbih...huiyooo Tasbih Biji Pisang Galor mahaei wooo....