DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, January 4, 2012

Larak Salah dan Terasnya...

Larak Salah jenis Jantan yang memiliki Teras...


Disimpan sebagai Koleksi Peribadi sehinggakan bahagian yang dipaparkan menjadi Retak dengan sendirinya....bahagian ni aku jarang jual bro..susahhhhhnya nak dapat....




Bahagian teras dari jenis Larak, apatah lagi yang memiliki tabie Salah...amat payah diperolehi..kira beruntunglah jika memilikinya..Alhamdulillah...walaupun sedikit, Petua yang dipelajari oleh saya dari orang-orang yang berpengalaman, Kayu larak ni yang sesuainya disorokkan, ianya tidak dipamerkan...kerana apa..kerana ianya adalah sifat pokok tersebut yang terselindung.


Larak Salah Jantan dan Larak Salah Betina, Begitu banyak sekali paparan mengenai Larak Salah yang diungkaikan oleh pengasas pada paparan sebelum ini. Larak Salah..kenapa ianya digelar Larak Salah..apa kah kesalahan pokok larak ini sehinggakan nak didakwa dakwi oleh sesetengah pihak. Maksud salah adalah mengenai perihal pokok ini yang bersalahan dengan sifat tabie hidupnya. Kebiasaan pokok dari jenis yang menjalar, ianya akan menjalar kearah pokok yang lain dengan cara menjalar memusing mengikut pusingan mengikut arah jam..yang dikatakan salah adalah jalarannya tidak seperti yang kebiasaan. Jalaran memusingnya melawan arah jam.




Apa yang salahnya lagi.???




Akar yang kebiasaannya menjunam dalam tanah, yang dikatakan salah pula, akarnya yang menegak kelangit..permukaan daunnya pula yang kebiasaan mengadap kearah matahari, tetapi yang dikatakan salah adalah daun yang membalik kearah bumi. Bahagian pucuk pula yang kebiasaannya memuncak kelangit..yang dikatakan salah adalah pucuk yang menjunam kearah bumi...itulah Larak yang dikatakan Salah. Mengenai Fadilatnya pula. Ianya dikatakan sebagai Pelindung Diri "Pelimun atau Halimunan"..tetapi tidak lah pula macam cerita Hollow Man..maksud Pelimun adalah..orang tidak akan berapa perasan akan kehadiran pemakainya. Fadilatnya yang lain pula adalah sebagai Pembias dan Pelembut..bebagai lah jika nak saya perbentangkan..tetapi janganlah diikutkan sangat, seperti apa yang dikatakan oleh salah seorang dari Bloggers yang agak terkenal dan bloggers ini juga adalah salah seorang yang saya hormati dan salah seorang dari Mentor saya juga, Beliau pernah mengatakan, jangan percaya sangat kat fadilat kayu tu, anggaplah ianya sebagai sejenis spesis pokok yang amat payah dijumpai dan dijadikan sebagai koleksi peribadi, Ingatlah.. kembali-kembali lah kepada Penciptanya.."lebih kurang cam tu la ayat sahabat saya tu, yang lain tu aku tambah aji no moto"..benarlah apa yang beliau katakan..kalau lah kita percaya sangat..Syirik tu..kalau tak percaya pun Syirik juga..Pada saya, kalau memakai Kayu dari Spesis Larak Salah...jangan diingatkan yang kayu tu boleh berbuat apa-apa..kalau apa jua yang dilalui terjadi dengan apa yang seiringan fadilatnya pada ketika ianya dipakai, Bersungguh-sungguhlah hati menyatakan, "Tiada apa yang mampu terjadi, Melainkan Hanya Allah yang menjadikan ianya Terjadi"..jangan hangpa masak dan makan kayu larak salah ni macam pokok keladi udah ler....
hehehe...