DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, January 17, 2012

Isi Buah Delima Jadi Batu..Kan senang cakap cam tu...

Dijumpai didalam Buah Delima..ada sebiji ajer. Batu ini pengasas membuat pertukaran dengan seorang sahabat.


Asal ajer bercerita bab delima..tak lain tak bukan, letak dalam air, air jadi merah la, kebal umum la, buat tarik duit la...perhhhh...berbagai lagi lah..macam-macam yang nak dicarinya. tawarannya pula..mak ai...sampai ke anak cucu pun silap aribulan tak habis-habis duit tu.




Sememangnya ada biji delima sedemikian yang hebat diperkatakan...ianya nyata...sebabnya saya pernah tengok sendiri..tetapi rata-ratanya bukan untuk dijual, kerana ianya adalah milik keturunan, tidak boleh ditukar milik melainkan dengan ijab kabul pertukarannya. Apa, hangpa ingat senang nak dapat macam kita beli Batu Delima Burma atau beli roti canai...payah nak dapat bro...dapat cerita mungkin la banyak..


Isi Buah delima yang dimiliki saya tidak memiliki ciri-ciri memerahkan Air maupun memiliki Fadilat Kebal Umum, bab fadilat ni telah saya perkatakan dahulu, Fadilat Adalah Milik Allah..Cuma apa yang dipaparkan saya ialah, ianya unik kerana, kenapa ada sebutir sahaja yang jadi batu kat dalam buah tu..kenapa tak semuanya jadi batu...dan yang paling unik sekali, batu ni bila didalam air, batunya menjadi merah menyala..tetapi warnanya kembali pudar apabila dikeluarkan daripada air. Dan bentuknya pula adalah ASLI sebagaimana isi buah delima..begitulah rupanya..mungkin warnanya sebegini disebabkan buah delima tersebut belum cukup masak. Kalau yang cukup masak, warnanya macam merah darah..yang tu mungkin boleh kasi itu Air Merah la....apa pun, sekurang-kurangnya..aku ada Isi Buah Delima yang telah menjadi Batu, senang aku cakap macam tu dan bukannya Geliga Buah Delima...jadilah....kut mana lah tahu, dalam satu masanya nanti yang diIzinkan..ianya menjadi seperti mana biji batu delima yang diperkatakan...InsyaAllah....