DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, January 20, 2012

Damar Teras Kelor...1

Bahagian tengah dari teras kelor dalam simpanan pengasas yang mengandungi Damar.




Bahagian teras tengah yang berlohong menjadi tempat takungan damar (Minyak Teras) dan mengeras. Pengasas mencuba membakar damar yang diambil untuk menguji samaada damarnya boleh dicairkan..tetapi, walau dengan menggunakan api dari butane gas tekanan tinggi, damar dari teras ini tidak merubah apa-apa..jika nak direnungkan...betapa EsaNya..Allahu..payah nak disingkapkan melalui kata-kata.






Teras Kelor kebiasaannya, pada bahagian tengah teras adalah padu..dan ada juga yang berlohong...tetapi kalu dah nak rezeki tu...macam yang dipaparkan lah.








Ini adalah hasil dari apa yang telah pengasas perolehi dari teras yang dikopak dengan kapak. Pada asalnya, bahagian teras tersebut merekah dengan sendirinya dan dibiarkan lebih kurang 2 tahun, malam ni pulak lah terasa nak menjelajahi teras-teras yang ada dan membelek-beleknya. Belek la punya belek..ini yang ada.




Sebelum ini ada seorang sahabat dari Singapura bercerita dengan Pengasas mengenai Damar dari Teras jenis Kelor atau juga yang dikenali umum sebagai Gemunggal Hutan. Damar Teras Kelor yang diceritakan adalah Milik Arwah guru beliau. Sahabat pengasas juga bertanyakan kepada pengasas tentang Damar dari teras kelor jika pengasa ada menyimpannya...jawab pengasas pula, InsyaAllah, akan saya tengok-tengokkan jika ada,..dan akan memaparkannya di dalam Blog. Alhamdulillah,...inilah dia....Bercerita pula mengenai Fadilatnya melalui Turunan Petua orang-orang lama, Damar dari teras kelor boleh dibuat serbuk dan dijadikan sebagai medium perubatan mistik dan juga medium perubatan alam nyata. Teras Kelor juga dikenali kerana Fadilat Ketahanan yang dimilikinya. Tetapi tidak semestinya fadilat tersebut Nyata bagi yang memakainya....Melainkan jika ianya tidak tersasar dari Landasan Tauhid serta Pegangan Aqidah yang sebenar-benarnya...pada pendapat individu, bagi saya, bab fadilat ini adalah Milik Mutlak Allah, siapakah kita untuk mengatakan bahawa fadilatnya sebegitu atau sebegini, apa yang boleh kita perkatakan adalah melalui pengalaman serta petua yang telah menjadi amalan orang-orang yang terdahulu daripada kita..kita ini hanyalah penyambung kepada Tradisi Petua yang telah diamalkan dengan berlandaskan Syariat Allah sedari turunan orang-orang lama...yang lainnya Wallahu..Aku Tak Tahu...