DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, January 17, 2012

Buntat@Geliga Air...Own Collection...Not For Sale




Ini adalah Geliga@Buntat Air diantara yang telah menjadi Koleksi awal Pengasas Blog. Ianya diperolehi dari Seorang sahabat yang dipermudahkan Allah dengan Khazanah geliga-geliga Asli..Kalau nak diceritakan bagaimana beliau memperolehinya pula...tak payah nak cerita lah..kang lain pulak yang disangkanya..Banyak sangat cerita-cerita yang diterima pengasas bagi yang mencari jenis-jenis geliga yang asalnya dari Air. Ada yang mengatakan celup geliga ini bersama-sama didalam air, tangan yang memegangnya tidak kelihatan dan berbagai lagi...Allahu, kalau ada pun jenis yang sedemikian..takdenya orang tu nak jual..mana mungkin urusan berjuta-juta tidak melibatkan dengan pihak Bank Negara, Peguam, Polis dan berbagai lagi...kebiasaannya, urusan sebegini tidak mendatangkan Hasil..Melainkan hanya Hasil Kepenatan, Perih dan kehampaan yang mendatang disebabkan....nek kena test la, barang tak menjadi lah..khadam tak nak ikut kerana bini khadam tu jeles lah, yang paling best, khadam tu kata..kalau nak tukar milik, kena sewa roket NASA pergi antar dia makan angin kat Kayangan...tu pasal lah yang adanya bukanlah Kayangan..yang tinggal..bebayang pun tarak..




Mengikut dari pengalaman saya,...memang ada buntat air/embun yang memiliki fadilat sedemikian...tetapi, pertukaran tidak dapat dibuat kerana ianya adalah milik keturunan dan sebagainya. Bab fadilatnya pula, kebanyakkannya adalah untuk bidang perubatan, pelaris dan penarik...yang paling jelas fadilatnya (Mengikut pengalaman)...jika buntat air/embun disimpan didalam air atau beras, ianya akan menarik semut-semut yang halus kepadanya...Air rendaman buntat tersebut pula..sejuk sentiasa..tetapi tak la sesejuk air dalam peti ais.