DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, January 28, 2012

Biji Tasbih...Jantan dan Betina..




Ada seorang sahabat yang datang berkunjung kerumah saya dan berkongsi sedikit pengalaman beliau ketika berada di Kota Makkah - Al-Mukarramah. Beliau telah melewati ketempat Kilang Pembuatan Biji Tasbih dan bertanya kepada pemiliknya bagi mendapatkan Tasbih yang bermutu dan berkualiti dari Jenis Kokka atau pun lebih dikenali sebagai Pine Cypress. Lalu pemilik tersebut menerangkan kepada sahabat saya sama ada mahukan jenis jantan atau betina...pada ketika tersebut beliau berkata didalam hati..Tasbih pun ada jantan betina ke??..lalu diterangkan kepada beliau, Biji Tasbih yang bulat merujuk kepada Tasbih Betina dan Biji Tasbih yang melonjong sedikit merujuk kepada Tasbih Jantan...Beliau menerangkan kepada saya perbezaannya..Dalam pada ketika tersebut..saya pun baru tahu...MasyaAllah, ada banyak yang aku tak tahu..Pada pandangan saya. Itu adalah perbedaannya..manakala dari sudut pemahamannya pula bagi saya..Bertasbih ni, mana ada kira jantan betinanya...ikut sedap jari yang merasa lurutan biji tasbihnya sahaja bagi kemahuan setiap individu yang bertasbih.