DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, January 28, 2012

Mini Galeri dan Workshop..Cadangan Sesi Pembelajaran..

Mini Workshop ni sentiasa berselerak dengan Peralatan...bila pengasas susun pun..jadinya berterabur jugak..Mini Workshop ini akan dijadikan sebagai tempat Sesi Pembelajaran untuk Para sahabat yang meminati seni Pembuatan dari Teras dan Kayu..tetapi Peserta Sesi Pembelajaran hanya untuk 2-3 Orang dalam satu-satu masa.


Cadangan Mini Galeri untuk dinaik taraf..bukannya payah sangat kalau nak susun hias...masa sahaja yang menjadi pertaruhan...InsyaAllah, kalau nak jadi tu..jadi jugak.




InsyaAllah, Pengasas bercadang membuat Sesi Pembelajaran mengenai Kayu dan Teras serta pembuatannya Melalui Internet dalam Paparan Video (Jika Berkemampuan) dan Sesi Pembelajaran secara Hands On. Tetapi Sesi ini bukan untuk membuat Perabot Rumah, Ianya cukup sekadar cara pembuatan Tasbih, Cincin dan sebagainya yang seiring. Pengasas sedang membuat perangkaan mengenai sesi tersebut dan cuba untuk memaparkannya didalam Blog Rahsia Alam nanti...InsyaAllah...Sesi tersebut masih didalam Perbincangan dan dalam cadangan.

Peralatan Kajian Teras Kayu..

Paparan Micro pada teras Gemunggal Bukit. Kebiasaannya, jenis gemunggal bukit, titik Liang Roma yang dikatakan agak bersambung..ada kalanya 2-3 titik bergabung..InsyaAllah, Pengasas akan berkongsi maklumat dalam pengkajian mengenai Urat-Urat Teras bersama-sama Para Sahabat Blog Rahsia Alam...Kalau nak belajar mengenai rasanya pula..tang tu kena la datang kerumah..kita kunyah bersama-sama teras kayunya..hehehehe


Jika nak dibeli..mahal..tetapi bila ianya dijariahkan dari seorang sahabat..kita manfaatkan untuk pengetahuan..Alhamdulillah..Terima Kasih Tuan Hj...




Sebelum ini, Pengasas hanya memiliki sebuah microskop yang cukup sekadar melihat paparan Urat Teras pada penglihatan 0.8x/3.2x Micro...Alhamdulillah, dengan adanya penambahan Mikroskop, pada kadar tersebut dapatlah pengasas melihat dengan kadar 10x ganda dari apa yang pengasas miliki sebelum ini... Pengasas juga memiliki Microskop yang dapat melihat pada paparan 200x, tetapi ianya tidak dapat dimanfaatkan melalui pengkajian urat teras, ianya pula lebih kepada melihat Makhluk-Makhluk yang lebih Halus..tetapi bukan lah untuk melihat Jin. Pada Kadar 200x, ianya tidak sesuai...tu dah lebih sangat tuh...

Tasbih 33...Gabungan Kayu dan Teras.




Ada beberapa sahabat yang telah menempah Tasbih gabungan..(Ada yang tidak dapat dipaparkan)..dalam proses pembuatan ni, tasbih bukannya boleh main tempah dan terus dibuat. Ianya agak rumit. Teras yang ditempah pula agak keras dan silap pembuatan, teras yang dilarik akan pecah...untuk para sahabat yang bakal menempah tasbih, disarankan agar membuat pemilihan dari sudut saiz biji tasbih. Pembuatan biji tasbih yang berukuran 5-8mm agak begitu rumit dan dari 10-15mm agak senang sedikit..yang biasa adalah bersaiz 10-11mm..tetapi jika menempah dalam bentuk saiz 12-15mm, butiran yang sesuai adalah dalam 33 biji, manakala untuk 99butir yang paling sesuai adalah 9-11mm...kalau terlebih besar pula...lain jadinya. Ikut kesesuaian. Sebabnya Tasbih yang berkualiti dari jenis-jenis teras tersohor selalunya akan menjadi Tasbih Tinggalan Pusaka pada Turunan Kita...InsyaAllah

Biji Tasbih...Jantan dan Betina..




Ada seorang sahabat yang datang berkunjung kerumah saya dan berkongsi sedikit pengalaman beliau ketika berada di Kota Makkah - Al-Mukarramah. Beliau telah melewati ketempat Kilang Pembuatan Biji Tasbih dan bertanya kepada pemiliknya bagi mendapatkan Tasbih yang bermutu dan berkualiti dari Jenis Kokka atau pun lebih dikenali sebagai Pine Cypress. Lalu pemilik tersebut menerangkan kepada sahabat saya sama ada mahukan jenis jantan atau betina...pada ketika tersebut beliau berkata didalam hati..Tasbih pun ada jantan betina ke??..lalu diterangkan kepada beliau, Biji Tasbih yang bulat merujuk kepada Tasbih Betina dan Biji Tasbih yang melonjong sedikit merujuk kepada Tasbih Jantan...Beliau menerangkan kepada saya perbezaannya..Dalam pada ketika tersebut..saya pun baru tahu...MasyaAllah, ada banyak yang aku tak tahu..Pada pandangan saya. Itu adalah perbedaannya..manakala dari sudut pemahamannya pula bagi saya..Bertasbih ni, mana ada kira jantan betinanya...ikut sedap jari yang merasa lurutan biji tasbihnya sahaja bagi kemahuan setiap individu yang bertasbih.

Kayu dan Teras Nagasari




Antara Kayu dan Teras, ada bezanya..Kayu adalah asalnya, manakala teras pula adalah bahagian kayu juga..tetapi teras adalah bahagian kayu yang paling keras..Ada juga Teras Kayu yang lembut..tetapi rata-ratanya Keras..Teras Keras. Teras Nagasari dikaitkan dengan Pemancar Tenaga..Meta-Fisika..Meta-Fiska pula adalah Tenaga Semulajadi..Tubuh manusia memiliki tenaga semulajadi. Alatan terkini mampu memaparkan tenaga yang diperkatakan dengan cara "Aura Photo" ..Aura pula dikatergorikan melalui Warna yang terpancar dari Gambar yang diambil melalui Peralatan Aura Measurement..Tujuh warna asas akan dipaparkan melalui penggunaan teknologi tersebut.. Warna asasnya ..Kuning/Merah/Hitam/Putih/Coklat/Hijau dan Biru..setiapnya mewakili satu-satu Karektor...Wallahu..Allah lebih mengetahuinya.



Geraham Gajah...Mata Cincin Tempahan Sahabat









Mata cincin yang ditempah oleh sahabat dari jenis Geraham Gajah Matinya secara Beragan..Mati beragan ni adalah Mati Tua, Mati Sakit tak pun Mati Putus Harapan...Mati Beragan bukanlah mati dibunuh...Ramai yang tidak Faham apakah mati beragan ni..paling senang nak faham adalah Beragan ni adalah Mati secara Semulajadi...tetapi kalau nak lagi best...Mati sebab makan Hati...hehehe..kalau adalah manusia yang mati beragan yang makan hati..dah tentu bahagian badannya menjadi bahan Puja-Puja..tak caya kalu..orang yang buat minyak dagu tu minyak apa...Manusia yang Mati Beragan jugak tuh...huhuhu..Na'uzubillah..






Friday, January 20, 2012

Damar Teras Kelor...Mata Cincin

Agak payah juga nak canai damar dari teras kelor ni...silap canai...pecah...


Rapuh..tetapi Ampuh....




Ada teknik-teknik bagi membuat mata cincin dari jenis damar atau ambar. Kebiasaannya Ambar lebih keras dari damar dan ianya lebih mudah untuk dibentuk dengan mesin sander. Damar pula lebih sesuai dibentuk secara manual dengan gosokkan tangan..jika dibentuk dengan penggunaan mesin sander..jawabnya, hancusss....tetapi, apa yang menghairankan saya, sebelum ini jari saya terluka akibat terkena mesin, dengan serbuk dari damar teras kelor mengenai tempat luka tersebut sewaktu gosokkan...luka jari tidak terasa pedih atau sakit...fadilat yang tidak disedari...jadinya, benarlah kata-kata orang-orang lama, Damar Teras Kelor begitu ampuh jika tahu diolahkan serta digunakan dengan landasan yang betul...walaupun agak rapuh damarnya..tetapi begitu Ampuh kegunaannya..

Permata Damar Teras Kelor Bentuk Semulajadi

Ada beberapa butir yang dibentuk dalam keadaan semulajadi, canaian hanya dibuat pada sisi mata cincin dimana permukaannya dalam bentuk asal.


Empat segi.




Bujur...sahabat-sahabat yang berminat boleh menghubungi pengasas, tetapi agak terhad. Damarnya juga boleh dibuat sebagai bahan pasak-tanam didalam teras-teras pilihan selain dari teras kelor.

Damar Teras Kelor...1

Bahagian tengah dari teras kelor dalam simpanan pengasas yang mengandungi Damar.




Bahagian teras tengah yang berlohong menjadi tempat takungan damar (Minyak Teras) dan mengeras. Pengasas mencuba membakar damar yang diambil untuk menguji samaada damarnya boleh dicairkan..tetapi, walau dengan menggunakan api dari butane gas tekanan tinggi, damar dari teras ini tidak merubah apa-apa..jika nak direnungkan...betapa EsaNya..Allahu..payah nak disingkapkan melalui kata-kata.






Teras Kelor kebiasaannya, pada bahagian tengah teras adalah padu..dan ada juga yang berlohong...tetapi kalu dah nak rezeki tu...macam yang dipaparkan lah.








Ini adalah hasil dari apa yang telah pengasas perolehi dari teras yang dikopak dengan kapak. Pada asalnya, bahagian teras tersebut merekah dengan sendirinya dan dibiarkan lebih kurang 2 tahun, malam ni pulak lah terasa nak menjelajahi teras-teras yang ada dan membelek-beleknya. Belek la punya belek..ini yang ada.




Sebelum ini ada seorang sahabat dari Singapura bercerita dengan Pengasas mengenai Damar dari Teras jenis Kelor atau juga yang dikenali umum sebagai Gemunggal Hutan. Damar Teras Kelor yang diceritakan adalah Milik Arwah guru beliau. Sahabat pengasas juga bertanyakan kepada pengasas tentang Damar dari teras kelor jika pengasa ada menyimpannya...jawab pengasas pula, InsyaAllah, akan saya tengok-tengokkan jika ada,..dan akan memaparkannya di dalam Blog. Alhamdulillah,...inilah dia....Bercerita pula mengenai Fadilatnya melalui Turunan Petua orang-orang lama, Damar dari teras kelor boleh dibuat serbuk dan dijadikan sebagai medium perubatan mistik dan juga medium perubatan alam nyata. Teras Kelor juga dikenali kerana Fadilat Ketahanan yang dimilikinya. Tetapi tidak semestinya fadilat tersebut Nyata bagi yang memakainya....Melainkan jika ianya tidak tersasar dari Landasan Tauhid serta Pegangan Aqidah yang sebenar-benarnya...pada pendapat individu, bagi saya, bab fadilat ini adalah Milik Mutlak Allah, siapakah kita untuk mengatakan bahawa fadilatnya sebegitu atau sebegini, apa yang boleh kita perkatakan adalah melalui pengalaman serta petua yang telah menjadi amalan orang-orang yang terdahulu daripada kita..kita ini hanyalah penyambung kepada Tradisi Petua yang telah diamalkan dengan berlandaskan Syariat Allah sedari turunan orang-orang lama...yang lainnya Wallahu..Aku Tak Tahu...

Damar Teras Kelor..2









Sebahagian Damar pada Bahagian Teras yang dipaparkan setelah ianya dikeluarkan..belum diolahkan dengan kaedah canaian...sebabnya jarang pengasas perolehi damarnya yang berketul-ketul. InsyaAllah, jika ianya boleh dicanaikan menjadi permata cincin..akan saya paparkan nanti...InsyaAllah

Tuesday, January 17, 2012

Geraham Gajah..Permata Tempahan.

Nak memotongnya payah betul jika menggunakan peralatan yang tidak sesuai. Dengan menggunakan mata diamond baru boleh putus..siap berapi-rapi lagi.


Api ke, air ke, jika telah mengambil amanah dari Para Sahabat, ianya perlulah disiapkan..Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Ni baru Geraham yang hampir menjadi Batu...kalau yang dah jadi batu..kematu la jawabnya waktu nak mencanai. Mencanainya pun menggunakan kaedah sebagaimana proses mencanai Batu Permata...pakai Diamond Disk....


Jika nak mengilatkannya, proses gosokkan dengan Serbuk Berlian (Diamond Powder 100,000 Grit)..tetapi permata yang dipaparkan tidak digosok dengannya..hanya menggunakan Kertas Pasir Grit 800 dan digosok dengan Air. Para Sahabat boleh mencuba teknik tersebut..tetapi gunakanlah kertas pasir dari jenis Wet and Dry..kalau pakai jenis-jenis yang ala kadar..jawabnya nanti...tak menjadi..Cari dari jenis yang berjenama Norton Silicon Carbide Waterproof Abrasive Paper...mahal sedikit..tetapi, kerja tangan anda menjadi....Selamat mencuba..

Nagasari..




Nagasari..terkenal dengan fadilat pemancar Tenaga Meta-Fisikal...Dititipkan dalam potongan melintang. Ianya juga akan diPasak-Tanam dengan Geliga Laba (Labah-Labah)...InsyaAllah..ada rezekinya nanti, pengasas akan paparkan cara proses pembuatannya.




Penunduk Penawar Lima....Rare Item.




Penunduk Penawar Lima pernah dipaparkan oleh pengasas..Telah Hampir 3 Tahun selepas pengasas memperolehinya, sehingga kini spesis ini tidak dapat diperolehi lagi. Pada ketika pengasas memperolehinya, pengasas ingatkan akan mendapatnya lagi..rupa-rupanya dah takder dah lagi...Spesis ini hidupnya bersama-sama dengan Raja Kayu Putih. memang la payah nak dapat.

Penunduk Hitam...Mistik Penunduk...

Kayu Tas..Kulit tebal







Kayu penunduk sering dikaitkan persamaannya dengan Kayu Tas..perbezaan antara Kayu Tas dan Kayu Penunduk adalah melalui Kulit Kayu. Kulit Kayu Penunduk adalah nipis, manakala Kayu Tas kulitnya tebal.



Kayu Penunduk Jenis Hitam dan Putih amat payah diperolehi, jarang sekali dipaparkan dengan paparan fisikal. Yang banyak sekali dipaparkan adalah dari jenis Kayu Tas. Kayu Penunduk yang dipaparkan adalah salah satu dari jenis yang jarang diperolehi..ada lagi satu jenis Kayu penunduk yang amat Jarang-Jarang disimpan oleh para kolektor...iaitu dari jenis Raja Penunduk,.. Penunduk Penawar Lima, Warna Kulit Penunduk Penawar Lima adalah Kekuningan.


ini adalah Permata Cincin dari jenis Penunduk Hitam..Penunduk hitam yang pengasas paparkan diperolehi secara mistik. Kalau nak cerita pun nanti dikhuatiri akan menjejaskan Aqidah orang lain...so, kita biarkan ianya diselubungi dengan misteri. Kalau tak, macam mana nak dikatakan Mistik Penunduk...hehehe


Diolahkan menjadi Permata cincin kerana pengasas mahu mendapatkan detail dari urat kayu dan baunya...so, rezeki lah kepada para sahabat yang mendapatkannya...sebabnya, Kayu Penunduk hitam ni ada sehasta sahaja. Koleksi Persendirian.

Allahu...Luka Lagi...Fadilat Raja Kayu Putih

Kekadang tu, bila berhati-hati sangat pun payah juga..kalau dah nak kena tu..kena la jugak.


Kalau saja-saja nak lukakan diri kerana nak jual barang..tu bodoh namernya..tetapi jika tidak sengaja..ambil kesempatan la. Jika terluka, ambil sepotong Raja Kayu Putih dan tekapkan terus kepada tempat luka tersebut. Raja Kayu putih akan melekat serta menyerap darah dari luka dan mengering.




Tekapkan selama satu-dua minit...kekadang tu Raja Kayu putih akan melekat terus. Tengok pada keadaan luka..Kalau luka yang terbarai..Pergilah ke Hospital, luka yang barai akan bertangkup kembali dengan Jahitan..huhuhu.






Raja Kayu putih yang melekat pada kesan Luka..


Apabila kering..Raja Kayu Putih akan jatuh dengan sendiri..tetapi ada kalanya, tak perlulah tunggu ianya jatuh..cukup jika ditekapkan selama 10-20 minit...InsyaAllah, Luka akan sembuh dalam masa yang telah ditentukan Allah..bukan baik terus tau..jangan salah paham.Fahammmm.

Isi Buah Delima Jadi Batu..Kan senang cakap cam tu...

Dijumpai didalam Buah Delima..ada sebiji ajer. Batu ini pengasas membuat pertukaran dengan seorang sahabat.


Asal ajer bercerita bab delima..tak lain tak bukan, letak dalam air, air jadi merah la, kebal umum la, buat tarik duit la...perhhhh...berbagai lagi lah..macam-macam yang nak dicarinya. tawarannya pula..mak ai...sampai ke anak cucu pun silap aribulan tak habis-habis duit tu.




Sememangnya ada biji delima sedemikian yang hebat diperkatakan...ianya nyata...sebabnya saya pernah tengok sendiri..tetapi rata-ratanya bukan untuk dijual, kerana ianya adalah milik keturunan, tidak boleh ditukar milik melainkan dengan ijab kabul pertukarannya. Apa, hangpa ingat senang nak dapat macam kita beli Batu Delima Burma atau beli roti canai...payah nak dapat bro...dapat cerita mungkin la banyak..


Isi Buah delima yang dimiliki saya tidak memiliki ciri-ciri memerahkan Air maupun memiliki Fadilat Kebal Umum, bab fadilat ni telah saya perkatakan dahulu, Fadilat Adalah Milik Allah..Cuma apa yang dipaparkan saya ialah, ianya unik kerana, kenapa ada sebutir sahaja yang jadi batu kat dalam buah tu..kenapa tak semuanya jadi batu...dan yang paling unik sekali, batu ni bila didalam air, batunya menjadi merah menyala..tetapi warnanya kembali pudar apabila dikeluarkan daripada air. Dan bentuknya pula adalah ASLI sebagaimana isi buah delima..begitulah rupanya..mungkin warnanya sebegini disebabkan buah delima tersebut belum cukup masak. Kalau yang cukup masak, warnanya macam merah darah..yang tu mungkin boleh kasi itu Air Merah la....apa pun, sekurang-kurangnya..aku ada Isi Buah Delima yang telah menjadi Batu, senang aku cakap macam tu dan bukannya Geliga Buah Delima...jadilah....kut mana lah tahu, dalam satu masanya nanti yang diIzinkan..ianya menjadi seperti mana biji batu delima yang diperkatakan...InsyaAllah....