DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, February 28, 2011

Tempahan Cincin Permata Teras Gabungan 45 Jenis

Lambakkan Cincin jenis Steel untuk pembuatan Cincin 45 jenis Teras dan Kayu yang telah ditempah..Pengasas agak kesibukkan kebelakangan ini bagi menyiapkan tempahan-tempahan sahabat serta pemborong Cincin Teras kayu..tu pasal lama tak update Blog..huhuhu

Cincin yang dalam bungkusan tu pun masih dalam proses pembuatan..kalau permata Teras menggunakan hanya sejenis sahaja..mudah kerja aku..hehehe..tetapi ni jenis gabungan...


Sebahagian dari Teras Akar Gemunggal @ Teras Akar Kelor yang dijadikan sebagai Kelongsong permata teras 45 dan juga untuk kelongsong Permata Pendekar Gempur (Gabungan Batu, Besi, tembaga dan jenis-jenis Logam)....ada lagi tu yang nak kena buat......kepada sesiapa yang menempah melalui Email..kalau saya tak balas tu..ada lebih baik sms saya secara terus..cepat sikit dapat reply feedback..la ni dah tak sempat nak tengok Komputer nak balas email..manyak bizi wooo...huhuhu...

Biji Tasbih Kayu Dan Teras..Dalam Pembuatan

Masih didalam proses pembuatan...




dah bercampur aduk diantara teras dan kayu....Biji-biji tasbih yang diproses bagi membentuk bulat agak begitu rumit kerana tiada peralatan konvensional...semuanya main buat manual ajer..tetapi lagi baik..ada penghayatan dalam pembuatan dengan tangan...baru tahu erti kepayahan dalam mencari rezeki yang halal...Kebiasaannya, biji-biji tasbih tidak akan diproses jika tiada tempahan melainkan jika ditempah oleh para sahabat yang menempahnya..ini kerana proses pembuatan yang mengambil masa sedikit..paling cepat pun dalam masa tiga hari nak membuatnya...InsyaAllah..saya akan mencuba sebaik mungkin dalam mempercepatkan tempahan-tempahan para sahabat dalam pembuatan tasbih dan gelang teras serta kayu..InsyaAllah..



Biji Tasbih dan Gelang Gaharu

Bukan mudah membuat biji-biji tasbih dari jenis kayu dan teras Gaharu..yang pertama..nak beli kayu ni punya la mahal nak mamposss...keduanya..masa nak buat pula, kayunya terbuang dengan begitu banyak..ketiganya pula..silap gosok..tergosok tangan..luka la pulok...huhuhu

Ini adalah bahagian Kayu yang belum menjadi teras..kalau bahagian yang mengandungi Resin Gaharu, warnanya agak Coklat sedikit..Kalau Teras yang berwarna Hitam pula (yang digelar Black Gold)..rasanya tak mampu la saya nak beli..yang ada ni pun naik pitam akaun poket aku kalau nak membelinya..tetapi minat bertasbih punya pasal...tak kesah la sangat...Duit boleh dicari..jalan nak mencari ketenangan kalu..ada duit berlori pun tak jadi tenang ko kalau dah hati tu nak sebut Subhanallah pun payah... Tasbih ni adalah tempahan sahabat yang telah memilih kayu ini sebagai bahan pembuatannya. Terima Kasih Sahabat...Alhamdulillah

Tempahan Tasbih buatan Tangan baru siap..

Gabungan teras dan kayu yang ditempah seminggu sebelum paparan ini dibuat...

Teras dan kayu yang digabungkan adalah dari jenis Teras Akar Gemunggal/Raja Kayu Putih/Teras Penawar Hitam/Teras Kemuning Hitam/Tas Jantan/Tas Betina/Tas Pontianak/Larak Salah Jantan/Larak Salah Betina dan benang hitam...hehehe..Gelang ajer lagi yang masih belum siap..huhuhu..

Tempahan Teras Gemunggal

Permata Teras Akar Gemunggal ini telah ditempah oleh beberapa sahabat..Dah lama diposkan dah....cuma baru buat posting ajer...cuma saya nak bagi tau..permata jenis ni masih boleh ditempah lagi...

Permata Tanduk Kijang



Permata yang dititipkan dari Tanduk Kijang..kijang jenis warna apa...tah tak tahulah..kalau saya kata Kijang Putih...masakan tanduknya ada warna kekuningan..kalau nak kata kijang hitam pula..saya tak pernah tengok kijang yang memiliki tanduk ini...cuma tanduk kijang yang diberikan kepada saya hanyalah sedikit sahaja oleh kawan lama yang telah menyimpan sepotong tanduk ini dari pemberian bapak kepada bapak oleh bapak yang datuknya punya bapak..deyy,...berapa punya banyak bapak daaa...nasib baik tanduk ni tak berbau hapak...yang pastinya..tanduk ni tidak dipotong dengan kapak..pakai gergaji besi daaaa....huhuhu


Permata Teras Larak Salah ( Teras Larak Hitam)

Banyak yang bertanyakan perihal Pokok Larak dan tidak kurang juga, ada yang menyangkal mengenai Fadilat Pokok Larak...Fadilat pokok larak (ada jenis-jenisnya) adalah bagi memperbanyakkan susu wanita lepas bersalin..Larak yang diguna pakai oleh orang-orang yang memburunya adalah Larak yang memiliki Tabie Salah, tabie salah adalah atur cara hidup pokok tersebut yang menyalahi dari yang sepatutnya..Pokok larak adalah jenis pokok yang melilit seperti Akar..bahagian yang paling sukar diperolehi adalah bahagian terasnya..teras akar larak terbina dalam satu jangka waktu yang begitu lama..agak payah juga menjumpai spesis larak yang berteras. Kalau dah dapat tu...kira nasib la...fadilat yang dimiliki oleh pokok larak dipercayai oleh yang memburunya adalah fadilat Pelimun, Pelembut dan Pembias..selebihnya wallahu...

Permata Teras Gemunggal @ Teras Kelor

Permata Teras Kelor selepas Buffing. Teras Kelor ini adalah dari jenis yang muda.

Permata Teras Kelor yang telah dipolish dengan kaedah gosokkan kayu pada kayu. Teras Kelor yang cukup tua berwarna Coklat tua dan hampir kepada warna Hitam..mengenai ketumpatan pula, ianya tenggelam didalam air, manakala yang muda akan timbul. Mengenai Fadilatnya pula..sama sahaja asalkan ianya teras gemunggal yang asli...mengenai gred dan katergori pula, pada pendapat saya..tiada istilah gred dan katergori..kayu adalah kayu..teras adalah teras..teras pun kayu juga asalnya.

Permata Teras Raja Kayu Putih..Tempahan Sahabat

Permata Raja Kayu Putih yang tidak dipolish..hanya Buffing (Gosokkan Kain)

Permata Teras Raja Kayu Putih yang dipolish menggunakan Gosokkan Kayu. (Natural Shine)

Cincin Permata Penunduk Pasung



Cincin Steel permata Penunduk Pasung...Ditempah oleh seorang Peniaga Cincin.

Permata Teras Penunduk Pasung



Bahagian Teras Kayu Penunduk Pasung dititipkan ke bentuk Permata Cincin...tempahan seorang sahabat.

Permata Penunduk Pasung



Ini adalah Kayu jenis Penunduk Merah berpasung yang telah dititipkan ke bentuk permata Loket. Permata Loket ini ditempah sedemikian kerana dipercayai memiliki fadilat Penunduk dan perangkap kepada Makhluk Halus jika memakainya..Wallahu

Tempahan Permata Penunduk Penawar Lima

Permata-permata ini telah ditempah oleh sahabat yang mahukan dalam bentuk yang masih belum diikatkan pada sarung cincin...Permata yang ditempah dalam potongan melintang dan menegak.

Delima Serai..






Ada sahabat yang bertanyakan perihal mengenai Batu Serai..katanya, kenapa banyak sangat yang dijual dan bagaimana hendak mengetahui bahawa ianya asli..jawab saya, batu serai ni bukan sekadar mengujinya pada permukaan cermin dan batu serai tersebut akan melekat pada permukaannya dan ianya dikatergorikan batu serai yang asli..tidak semestinya..kalau kita jumpa batu yang tertanam dibawah akarnya juga boleh dikatakan sebagai batu serai juga walaupun ianya batu granit...tetapi, batu serai yang dikatakan asli adalah batu serai yang berubah-ubah warnanya pada pancaran cahaya serta mengeluarkan warna-warna yang terdapat pada pelangi. batu serai juga ada yang tidak berkilau jika terkena cahaya..jika mencari batu serai..carilah yang mampu berubah warna dan memiliki kilauan kelip yang cantik..fadilatnya lebih kepada penyeri..wallahu.

Saturday, February 19, 2011

Tasbih Buatan Tangan (Gabungan beberapa Jenis Kayu dan Teras)

Bukan senang untuk menitipkan Tasbih yang dibuat dengan Tangan..nak membuatnya, sebiji demi sebiji..adusss...letihhh...tetapi demi untuk bertasbih...letih ke,...sakit ke..tak tidur ke..tiada berasa apa-apa..yang ada hanya penghayatan membuatnya demi Zikrullah....

Sahabat yang menempahnya pula adalah pengamal perubatan traditional dan urutan badan...katanya pula, nak buat ibadah dan sebagai asbab dalam Perubatan penggunaan Kayu dan Teras yang dititipkan dalam bentuk Biji Tasbih...Terpulanglah sahabat....janji amanah dah dijalankan oleh saya...Alhamdulillah.

Biji Tasbih adalah dari Gabungan Teras Kemuning Hitam/Teras Penawar Hitam/Teras Raja Kayu Putih/Kayu Tas Jantan/Kayu Tas Betina/Larak Salah Jantan/Larak Salah Betina/Teras Gemunggal/Nibung Tunggal/Tas Pontianak dan Kayu Penunduk Merah. Tasbih buatan tangan juga terbuka untuk Tempahan..tetapi agak mengambil masa sedikit dalam proses pembuatannya yang rumit. Kalau pakai mesin dah lama siap..dalam sehari dua tiga utas boleh disiapkan...wallahu..

Tanduk...

Ini adalah potongan Tanduk yang telah diberi kepada Pengasas oleh seorang Sahabat yang telah lama menyimpannya. tetapi beliau tidak memberitahu pengasas dari jenis Binatang apa??..katanya, buatlah Permata Cincin darinya..asal potongan tanduk ni dari turunan Keluarganya dan beliau dah malas nak menyimpannya sebab dah tinggal sikit ajer..saya kata Terima Kasih....boleh lah buat Kelongsong permata teras gabungan..InsyaAllah

Pilihan Jenis Sarung Cincin (Permata 45 Jenis Kayu dan Teras)

Pilihan Sarung Cincin Jenis Perak..

Pilihan dari Jenis Tembaga Syiling RM1..


Pilihan Sarung Cincin Steel..Ramai juga yang telah menempah Permata dan Loket 45 jenis kayu dan teras sehinggakan Pengasas nak membuat Posting pun tak sempat. Sekali sekala baru la dapat menjengahkan posting-posting yang terbaru..Allahu, Alhamdulillah, dapat jugak menjengah Blog sekali sekala..

Permata Jenis Pembisa..(Nibung Tunggal dan Bertam)

Sebahagian dari Kayu jenis Pembisa Nibung Tunggal dan Bertam yang masih belum siap diproses.

Permata Cincin Teras Raja Kayu Putih..Belum Siap Proses

Permata Teras Raja Kayu Putih yang masih didalam Pembikinan...

Bahagian yang berjalur adalah bahagian yang dikatakan bahagian Terasnya..Bahagian yang berteras tidak dapat ditembusi oleh cahaya lampu..hanya bahagian Kayunya sahaja yang dapat ditembusi oleh cahaya....Tak caya kalu..cuba try test...


Permata Tanduk Kijang..

Ini adalah titipan Permata dari Tanduk Kijang...Kata pemilik asalnya ..ni tanduk Kijang Putih...tetapi kata saya pula, selagi saya tak nampak ianya kijang putih..ianya hanyalah Tanduk semata..hitam atau putihnya...tah tak tau..

Dah banyak sangat kijang putih yang dikatakan..tetapi kalau dah dalam bentuk kulit, tanduk, kaki dan berbagai lagi..huiyooo...ada berapa banyak ekor Kijang Putih ni????


Walaupun jika tanduk Kijang ini bukan dari jenis yang Putih..ianya tetap juga memiliki Fadilat...fadilat apa???wallahu..tetapi kalau saya dapat menjualnya..sudah pasti saya mendapat fadilatnya yang berupa Wang Ringgit...hehehehe..Logik kannnnn...

Akar Teras Gemunggal..(Buckle Head) Kepala Tali Pinggang

Kepala Tali Pinggang dari titipan Teras Gemunggal bahagian Akar teras...

Bahagian yang berlubang ditengah-tengahnya adalah semulajadi...


Buckle Head ni boleh ditempah mengikut saiz..tetapi adalah lebih baik jika ada Tapaknya sekali.

Kemian Kelulut

Kemian jenis Kelulut didalam Simpanan Pengasas..kekadang tu ada jugak yang mencarinya..buat apa??..tah tak tau la..nak buat apa pun...terpulang lah kepada yang membelilnya..saya hanya mencari rezeki yang halal..

Batu Petir...

Asal ajer nak tangkap gambarnya..blur...ini ajer yang terbaik yang dapat dipaparkan..tah pasai apa tak tau??

Saya cuba memotongnya tetapi..mak aiiii keras nak mampossss...Siap berapi-rapi beb..mata pemotong dari bahan Berlian pun tumpul jadinya...tak boleh jadi ni..

Batu Tiger Iron

Mengandungi 3 jenis bahan dalam satu..Jasper/Hematite dan Tiger Eyes...

Inilah yang diwar-warkan sebagai Batu Besi Leleh yang Berjalur...


Memiliki fadilat perubatan untuk tubuh badan..(Sila Rujuk didalam Buku mengenai Batu dan Mineral ataupun Crystal Bible)



Batu ini didatangkan dari Negara Australia oleh seorang sahabat kepada Pengasas Blog. InsyaAllah, ianya akan dititipkan dalam bentuk Permata Cincin...InsyaAllah