DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, December 24, 2011

Tasbih Teras....Tempahan Terbaru.

Pada kali ini pengasas mengambil iktibar membuat tasbih dari jenis 33 butir agak besar sedikit..Butiran biji tasbih jika dipotong dua..boleh buat permata cincin 2 biji...kekadang tu, bila memikirkan untuk bertasbih, kalau kecik sangat saiznya..tak berapa best.


Saiz ditelapak tangan...sedap sikit jika melurut tasbih...sampai lebam la bertasbih..tetapi..itulah kenikmatannya...tu pun kalau yang dah biasa bertasbih....kan bagus tu...untuk diri sendiri jugak.


Yang ni masa ditangkap gambarnya, kepala tasbih sedang dilarik...tak siap lagi.






Yang ni dari jenis Kayu Pine Cypress..



Ada la rupa sikit dari yang sebelum-sebelum ni...Melarik ni kena dilatih tangan tu..bukannya keras..kena lembut..tapi nampak macam keras ketika melarik.....kekadang tu sewaktu melarik biji tasbih ni, Ingatan menjadi kosong, tetapi kekadang tu, terlintas didalam kepala memikirkan...Bagaimana ketika Rasullullah menyebarkan Islam kepada Penduduk Arab ketika itu...terhenti seketika melarik teras..yang terjadi ketika itu, yang disedari hanya Air Mata yang mengalir..Allahu, kekasihku....Hayatilah Perjalanan Rasullullah...Nescaya Tenang Jiwa mu..