DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, December 24, 2011

Melentur Buluh..Biarlah dari Rebungnya...Kalau dah Jadi Buluh..alamatnya kena Miang ler...

Ini adalah Muhammad Arif Fahmi....Anak Lelaki Pengasas yang sebelum ini tidak dipaparkan Gambarnya...Tasbih yang dipegangnya adalah milik beliau yang pengasas buatkan...saiz biji tasbih tersebut tidak serata dan tiada penghujungnya..ianya tasbih yang tiada pembahagi.



Memupuk sesuatu pada turunan kita, biarlah sedari bayi, dan pupuklah sesuatu yang baik demi kebaikan diri anak tersebut. Tidak semestinya sesuatu yang kita warisi akan diwarisi pula oleh anak-anak kita... tetapi jika tiada usaha yang berterusan..maka tiadalah tambatan pula baginya..Sekurang-kurangnya, jadikanlah kita sebagai contoh tauladan bagi anak tersebut kerana, mereka sentiasa melihat dan cuba meniru akan perbuatan kita tanpa kita sedari setiap hari semenjak bayi tu baru lahir lagi, ..kalau kita tu tuli...jawabnya..kena buli la dihari tua nanti....tak percaya kalu..cuba perhati dalam kehidupan kita pada hari kini...yang tua disuruh begitu begini..yang muda pula duduk goyang kaki...yang dah berlaki dok cari lagi..yang dah berbini dok main cinta tiga segi...yang bercerai laki atau bini..dok mabuk minum todi...terlentangnya pula..disana sini, anak dok bunuh mak bapak sendiri serta berbagailah peristiwa kini yang terjadi...buang anak merata-rata dah dikira sebagai cerita celah gigi, tu belum lagi cerita yang berbini tanpa tok kadi...Allahu Robbi...apa nak jadi dengan bangsa manusia itu sendiri.

Tasbih ni bermaksud..mengingati..Bertasbih, Bertahmid dan Bertakbir...Pengakuan buat diri..kita ni tak layak untuk memuji...yang Selayaknya memujiNya adalah Allah itu Sendiri..manusia ni hanya pandai mengeji, mencaci dan mencela dirinya sendiri.."Sesungguhnya mereka itu menzalimi diri mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri"...kalau frase tu dah dikalamkan didalam Al-Quran...maka, marilah kita bersama-sama mula menyucikan diri kita dengan Syariat Allah...kenapa perlu kita menzalimi diri kita sendiri sedangkan Allah telah membuka ruanganNya "Sentiasa" bagi kita untuk kembali ke dalam Rahmatnya..InsyaAllah...



Cerita-cerita la jugak...wahai anak ku...aku suruh hang belajaq bertasbih...yang hang pi makan kayu tasbih tu buat apa?????....begitulah kalau tidak dipupuk dengan betul..tetapi yang ni contoh ajer..sebabnya, anak aku ni tidak berakal lagi...sama jugak ler misalnya kepada yang telah berakal..ada yang menggunakan teras kayu sebagai pengantara dalam ilmu perubatan dan tidak kurang juga menggunakan teras kayu untuk menjadi Superman, Otromen, dan juga cicakmen....ada juga yang pakai teras kayu sebab nak jadi macam kereta kebal...yang paling bestnya..yang pakai teras kayu nak jadi paksi teras landasan kepada kesyirikkan yang tidak disedari oleh pemakai itu sendiri...MasyaAllah....orang dulu-dulu, paling cekai pun pakai teras kayu buat batang penyapu..kita yang masa kini pakai teras kayu dok kena sapu ajer..maner idaknya..hanya dok percaya cerita orang ajer pasal teras perkayuan nih tanpa asas Iman..mana daaa..dah terbalik kod....Allahu, kembalikanlah Ilmu Mu kepada hamba-hamba yang menjadikan Engkau sebagai Landasan Asas dimana apa jua yang telah dijadikan oleh Mu hanya sebagai Ikhtiar Pengantara...Subhanallah...