DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, December 14, 2011

Koleksi Geliga

Sebahagian dari Koleksi Pengasas....


Ada yang mengatakan, batu geliga tidak boleh bercampur aduk..kata mereka..nanti bergaduh..apa yang bergaduhnya..tah saya pun tak tahu...




Batu geliga sebenarnya tidak bergaduh, cuma mengikut petua, ianya perlulah diasing-asingkan mengikut jenis geliganya. Melalui pengalaman saya, Jenis geliga lipan tidak sesuai di peram bersama-sama geliga labah-labah, ini akan menyebabkan salah satu dari geliga tersebut akan terhenti proses penuaan atau proses penukaran warna dan struktur dalaman geliga tersebut. Terjadinya bentuk seperti awan didalam geliga tidak saya ketahui kenapa..inilah mistik namanya..mengenai fadilatnya pula..ini bukan kerja manusia...



Ini adalah sejenis geliga, geliga apa???..nanti cerita..Saya pernah bertanyakan kepada diri saya sendiri, bagaimana seseorang itu mampu memperolehi begitu banyak geliga dalam masa yang tertentu...Alhamdulillah, terjawab sudah pertanyaan tersebut..Ini yang terjadi didepan mata saya, Seorang sahabat yang hanya berlegar-legar diperkarangan tempat perniagaannya telah menemui beberapa jenis geliga dan saya berasa hairan kerana, tempat yang dijumpainya telah saya geledah beberapa kali dan tidak menemuinya..Beliau dengan hanya mengutip sahaja yang pada asalnya ditempat tersebut tiada geliga...Kata beliau, Ini bukan Sihir, ini adalah Kehendak Allah, lihatlah dengan hati, kosongkan minda, jika hati berkata-kata ada sesuatu disitu..pergilah dengan perasaan hati yang redha....saya cuba berbuat sedemikian...yang saya jumpa hanya batu pasir ajer...itulah dia..jika Tuhan berkehendakkan sesuatu bagi hamba-hambanya, tiada sesuatu pula yang dapat menghalangnya...tiada kata-kata bagi saya pula apabila melihatnya..cuma yang saya lihat dari kejadian tersebut, ianya adalah penyataan yang dinyatakan olehNya dari dalam Al-Qalam....Allahu...