DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, December 3, 2011

Akar Teras Kelor

Sebatang Akar yang menjulur didalam tanah dan telah menjadi Teras...Kekukuhan sesuatu pohonan itu terletaknya pada bahagian Akar. Bagi memperolehi teras akar yang sebegini tidaklah semudah mengutip buah durian yang gugur, ianya perlu dikorek sehingga kedalaman yang tertentu bagi mendapatkannya.


Mengapa Teras Akar?..Teras Kelor pada bahagian Akar adalah bahagian yang istimewa disebabkan, Nisbah Serat Kayu menjadi Padu kerana Minyak Getah Damarnya yang terkumpul pada bahagian Akar apabila bahagian atas pohonan rebah/patah atau mati. Bahagian Akar akan membina Kekuatan untuk kesinambungan hidup. Apabila pokok Kelor tidak lagi mampu untuk hidup dek kerana sesuatu bahagian utamanya telah musnah, maka sistem kitaran Alam akan mula memamah pokok tersebut pada bahagian-bahagian yang tidak tepu..dan kebiasaaannya, Teras Kelor yang tertinggal adalah pada bahagian Pangkal hingga ke Akar. Bahagian ini jika telah menjadi tepu dan padu dan tertimbus didalam tanah, dalam jangka waktu yang telah ditentukan, dengan Tindak-balas kimia dan silica, maka pada bahagian ini akan menjadi Fosil atau yang lebih dikenali sebagai Petrified Wood...Jika ianya dari Jenis Kelor..ianya lebih dikenali sebagai Galeh atau Gelih Kelor.




Kebanyakkan pendapat atau pengetahuan mengenai Gemunggal sering dikaitkan dengan Kelor..ada yang mengatakan ianya adalah benda yang sama cuma nama panggilan yang berlainan..tetapi, pada pendapat saya mengikut pengajian, teras kelor dan gemunggal adalah berlainan cuma dalam keluarga pokok yang sama. Paparan diatas iras dengan teras gemunggal pulau..walhal ianya adalah dari jenis akar Kelor..bintik pada ruang permukaan adalah bintik-bintik individu, sedangkan gemunggal memiliki titik bintik yang bersambung..Urat Gemunggal Kampung pula memiliki urat semacam cacing atau lebih iras dengan permukaan tapak kulit Ibu Jari (Cap Ibu Jari)...Pernah saya menjumpai Urat teras gemunggal pada teras kelor sebelah menyebelah..tetapi pada bahagian tertentu..ini juga merujuk yang kelor dan gemunggal adalah dari turunan Keluarga yang sama, manakala keadaan fisikal dan fadilat sahaja yang berlainan.