DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, December 31, 2011

Tempahan Nurul Syifa..

Kayu Asam Jawa...Bahagian yang paling hampir dengan bahagian teras.


Yang ditempah 100 batang..yang baru siap hanya 3 batang...huhuhu...




Baru lepas potong......






Nampak ajer macam lembut kayunya....Sebilah dah putus......Bend Saw ni khas untuk potong besi sebenarnya...cuma matanya boleh ditukar-tukar...mata yang pengasas tempah adalah untuk memotong kayu, cuma materialnya jenis material untuk potong besi...putus jugak..agaknya nak kena pakai material plastik kut....cayor jadinya...Tempahan kayu ini adalah untuk Sekolah Nurul Syifa, pengasas hanya mengambil upah melarik sahaja, kayu asam jawa ini dibekalkan oleh pengantaranya sahaja. Bukan jenis kayu ini sahaja yang ditempah..macam-macam mahunya..lurutkan ajer lah..

Tempahan Menunggu..Permata 60

Setiap longgokkan memiliki 10 jenis kayu dan teras.


Dua butir yang masih menunggu proses pembuatan...Kena beratur la bro..ada penempah yang lain dah lama menunggu...Sabor yeop.

Tasbih Teras Campur..Ikat Sendiri

Tempahan Biji Tasbih..Selebih pembuatan Ikatan dan campuran adalah dari penempahnya sendiri.


Gelang Kayu dan Teras

Tempahan sahabat lama..Untuk Paparan Beliau.


Cincin Perak Double Barrel









Nak tempah jenis macam ni..punyalah ganasnya harga dia...tetapi yang ni hanya Koleksi Pengasas...saiz 17/18...

Cincin Perak Teras 60..Tempahan..Saiz 26









Paparan Saiz mata cincin Teras dengan cincin besi kuningan sari..yang dapat hanya dari jenis tangkai kendi..Simple...Cuma nak besarkan saiz aje dari saiz 18 ke saiz 26. Kebanyakkan saiz cincin disimpan tukang tidak melebihi dari saiz 22, kalau dah terlebih saiz tu..kena la buat pengubahsuaian sedikit. Cincin ini adalah tempahan sahabat.

Cincin Perak Saiz 21 dan 22
















Cincin yang dipaparkan adalah tempahan sahabat dalam saiz 21 dan 22..nilai pasaran bagi perak amat tinggi masa kini, besi pun dah naik harga..depa nakkan kita ni pakai cincin dawai penyidai ke??..kekadang tu bila para sahabat mahukan cincin teras dari jenis perak, kita ni tak sampai hati nak letakkan nilainya tinggi-tinggi, sampaikan kekadang tu, nilai terasnya tiada, hanya nilai cincin perak sahaja yang dikira...maklumlah, bukan senang nak cari duit...upah tukang pun dah naik...takkan nilai upah tukang pun sama macam dulu jugak..anak bini depa pun nak makan juga. Allahu, globalisai-globalisasi

Wednesday, December 28, 2011

Permata 60 jenis Teras Kayu

Hanya ada sebutir sahaja yang baru siap...agak payah nak buat tanpa sarung ikatannya.


Permata teras gabungan yang terdahulu meliputi 47 dan 49 jenis...Pengasas telah membuat penambahan disebabkan ada jenis-jenis kayu dan teras yang terbaru didalam simpanan..maka, apa lagi..kasi tambah la...Jenis permata sebegini, pengasas tidak dapat membuatnya dalam saiz yang kecil disebabkan teras kayu menjadi payah untuk digabungkan..tetapi, InsyaAllah, pengasas akan cuba membuat dalam saiz yang sesuai dan juga akan cuba membuat design yang menarik serta unik dimasa yang mendatang......InsyaAllah




Tempahan Sahabat..Teras Pilihan 60

Cincin 60 Jenis Teras dan Kayu Pilihan..


Baru Siap..nak koyak rasa tangan yang membuatnya.




Loket, Cincin 60 dan Permata Teras Kelor yang ditempah...

Cincin Besi Kuningan Sari...Isian Pendekar Gempur

Dah Siap...


Bahagian yang diisi dengan Bahan-bahan batu dan logam-logam terpilih.




Bahan-bahan yang telah diisikan. ( lihat senarai jenis-jenis Bahan pada paparan terdahulu)



Pengikat asal dari jenis Steel...kini telah berubah kepada pengikat Perak..

Permata Paruh Menilin..Hajat Seorang Sahabat

Bahagian Paruh yang telah dijadikan Permata Cincin.







Huhuhu...Pengasas cadang nak simpan buat Koleksi...ada la pulak Sahabat Pengasas yang Berhajat bebenor nakkannya...apakan daya...Kita sampaikan hajatnya..biar putus paruh..jangan putus persahabatan..


Bahagian ini, InsyaAllah...ianya akan diposkan kepada sahabat yang telah berhajat.



Bahagian permata tu...buatlah cincin...bahagian yang lebih tu..terpulanglah nak buat aper..Nak buat berubat ke..nak ape ke..Terpulang lah...Mudahan Allah perkenankan.

Paruh Menilin

Inilah Bahagian yang digunakan dan bahagian yang paling berharga.


Terpaksa la kerat kerana menyampaikan hajat seorang sahabat pengasas.




Bahagian Tengkorak...


Ini adalah Paruh Burung Menilin yang MATI BERAGAN...maksud Mati Beragan adalah mati tua dan bukan mati dibunuh. Paruh Burung Menilin dikatakan memiliki Fadilat Sebagai Penawar Racun..Bahagian yang pengasas paparkan adalah bahagian yang dikikis bagi mendapatkan serbuk untuk dijadikan ubat penawar racun. Paruh ini juga telah sekian lama disimpan dan digunakan untuk berubat.






Kikisan lama dapat dilihat.

Bunga Pakma..Rafflesia...




Bunga Pakma dikenali kerana ianya dinobatkan sebagai Bunga yang Terbesar didalam Dunia dan dikatergorikan sebagai Spesis yang dilindungi. Bunga Pakma digunakan sebagai Ubatan Tradisional untuk Mengecutkan rahim perempuan baru bersalin...tu salah satu dari Fadilatnya.

Kulat Susu Harimau..

Kulat Susu Harimau juga dijadikan sebagai Penawar Penyakit Kanser....tetapi, masa kini dah susah nak mendapatkannya.


Rancang Besi dan Rancang Tembaga




Akar Rancang Besi dan Akar Rancang Tenbaga adalah ubatan Herba bagi kegunaan pelbagai..terutamanya...untuk penyakit lelaki...dengan beberapa gabungan, ianya boleh dijadikan sebagai penawar sakit jantung.

Bunga Pokok Damar Minyak

Inilah rupa bunga dari pokok damar minyak, popularnya kerana diangkat dengan nama Raja Kayu.


Sekali tengok macam ulat bulu...aku...ulat kayu.




Kalaulah begini rupa ukur lilit bahagian dahannya...besar mana la pula pangkalnya....

Saturday, December 24, 2011

Melentur Buluh..Biarlah dari Rebungnya...Kalau dah Jadi Buluh..alamatnya kena Miang ler...

Ini adalah Muhammad Arif Fahmi....Anak Lelaki Pengasas yang sebelum ini tidak dipaparkan Gambarnya...Tasbih yang dipegangnya adalah milik beliau yang pengasas buatkan...saiz biji tasbih tersebut tidak serata dan tiada penghujungnya..ianya tasbih yang tiada pembahagi.



Memupuk sesuatu pada turunan kita, biarlah sedari bayi, dan pupuklah sesuatu yang baik demi kebaikan diri anak tersebut. Tidak semestinya sesuatu yang kita warisi akan diwarisi pula oleh anak-anak kita... tetapi jika tiada usaha yang berterusan..maka tiadalah tambatan pula baginya..Sekurang-kurangnya, jadikanlah kita sebagai contoh tauladan bagi anak tersebut kerana, mereka sentiasa melihat dan cuba meniru akan perbuatan kita tanpa kita sedari setiap hari semenjak bayi tu baru lahir lagi, ..kalau kita tu tuli...jawabnya..kena buli la dihari tua nanti....tak percaya kalu..cuba perhati dalam kehidupan kita pada hari kini...yang tua disuruh begitu begini..yang muda pula duduk goyang kaki...yang dah berlaki dok cari lagi..yang dah berbini dok main cinta tiga segi...yang bercerai laki atau bini..dok mabuk minum todi...terlentangnya pula..disana sini, anak dok bunuh mak bapak sendiri serta berbagailah peristiwa kini yang terjadi...buang anak merata-rata dah dikira sebagai cerita celah gigi, tu belum lagi cerita yang berbini tanpa tok kadi...Allahu Robbi...apa nak jadi dengan bangsa manusia itu sendiri.

Tasbih ni bermaksud..mengingati..Bertasbih, Bertahmid dan Bertakbir...Pengakuan buat diri..kita ni tak layak untuk memuji...yang Selayaknya memujiNya adalah Allah itu Sendiri..manusia ni hanya pandai mengeji, mencaci dan mencela dirinya sendiri.."Sesungguhnya mereka itu menzalimi diri mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri"...kalau frase tu dah dikalamkan didalam Al-Quran...maka, marilah kita bersama-sama mula menyucikan diri kita dengan Syariat Allah...kenapa perlu kita menzalimi diri kita sendiri sedangkan Allah telah membuka ruanganNya "Sentiasa" bagi kita untuk kembali ke dalam Rahmatnya..InsyaAllah...



Cerita-cerita la jugak...wahai anak ku...aku suruh hang belajaq bertasbih...yang hang pi makan kayu tasbih tu buat apa?????....begitulah kalau tidak dipupuk dengan betul..tetapi yang ni contoh ajer..sebabnya, anak aku ni tidak berakal lagi...sama jugak ler misalnya kepada yang telah berakal..ada yang menggunakan teras kayu sebagai pengantara dalam ilmu perubatan dan tidak kurang juga menggunakan teras kayu untuk menjadi Superman, Otromen, dan juga cicakmen....ada juga yang pakai teras kayu sebab nak jadi macam kereta kebal...yang paling bestnya..yang pakai teras kayu nak jadi paksi teras landasan kepada kesyirikkan yang tidak disedari oleh pemakai itu sendiri...MasyaAllah....orang dulu-dulu, paling cekai pun pakai teras kayu buat batang penyapu..kita yang masa kini pakai teras kayu dok kena sapu ajer..maner idaknya..hanya dok percaya cerita orang ajer pasal teras perkayuan nih tanpa asas Iman..mana daaa..dah terbalik kod....Allahu, kembalikanlah Ilmu Mu kepada hamba-hamba yang menjadikan Engkau sebagai Landasan Asas dimana apa jua yang telah dijadikan oleh Mu hanya sebagai Ikhtiar Pengantara...Subhanallah...

Cincin Teras Pilihan..Gabungan 49
















Cincin ni tempahan sahabat...nak kata 47 atau 49...sebenarnya lebih dari 50 jenis..sebabnya, pengasas dok layan buat tasbih..dah lupa berapa daaa....tetapi memang lebih dari 50 jenis...InsyaAllah, dimasa akan datang, pengasas akan memaparkan Senarai Jenis kayu dan teras yang digabungkan..sebabnya, koleksi kian bertambah..nak kena buat listing terbaru...