DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, November 19, 2011

Work Shop Blog Rahsia Alam....Latest Setup.

Beginilah keadaannya sekarang ni..Alhamdulillah, dengan IzinNya..Allah jualah yang menjadikan segalanya..Alhamdulillah..


Beberapa jenis peralatan dari Wood chisel sehingga kepada Tungsten Carbide...maklumlah kalau dah main dengan teras keras..bahan carbide yang digunakan..kalau takat HSS Tools...simpan dok tepi jer la.




Sanding area..bahagian tempat Pencanai teras kayu..Silicon Carbide sand paper yang digunakan. Sya juga menyarankan kepada para sahabat yang memiliki minat yang sama agar mengunakan jenis Sand Paper dari Material Silicon Carbide (Wet/Dry)..kalau gunakan yang lain boleh juga..tapi tak lasak la...cepat habis.....



Kebanyakkan Ac Motor yang didatangkan dengan peralatan sander adalah buatan dari Negara China..saya telah membuat beberapa modification dengan menggunakan Induction Ac Motor buatan dari Italy, Austria, jepun dan Bulgaria..paling cekai pun dari Taiwan..bukannya apa..Barang dari China ni ada yang tahan dan ada juga yang tak tahan lasak..cepat panas..bila cepat panas..jawabnya Coil cepat terbakar..bila Coil terbakar..maka dengan itu..hati pencanainya pun terbakor ler jugak...tak leh jadi..kena la tukar juga untuk sejukkan hati yang terbakor nih..bila sejuk hati..happy..senang hati..Amanah sahabat pun menjadi..tempahan pun bertambah banyak lagi ler...hehehe.


Ada kalanya Mesin pemotong yang standard tidak boleh diguna pakai kerana kekerasan Teras-Teras Kayu dari Negara Kita ni kerasnya dah macam besi..so kena la buat Circular Saw sendiri...yang dipaparkan ni adalah sejenis Induction Motor dari Italy (Waterco)...Induction Motor dari Pam Air digalakkan kerana daya tahan yang lasak serta mempunyai Kekuatan Torque apa bila memotong teras kayu..tetapi..kalau dah keras sangat terasnya..pakai enjin motor bot pun motornya boleh terhenti ketika memotong teras kayu...melekat bro...pakai mata Tungsten pun jadi tumpul...so kena pakai Air....senang nak memotongnya....Bagaimana pun, Alhamdulillah..Saya amat bersyukur kepada Allah atas KurniaanNya dan kepada para sahabat yang banyak membantu saya dalam perjuangan untuk memertabatkan pengetahuan mengenai teras perkayuan Tanah air..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...InsyaAllah, Moga Allah memperkenankan dengan IzinNya...Subhanallah..Robbi Allah..wassalam