DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, November 19, 2011

Tasbih...Prayer Beads...

Masih belum di butir-butirkan lagi...dah siap bebanyak...baru kasi bikin....ada yang telah menempahnya...ada juga yang telah membuat penbayarannya....tapi kena bersabar...bukannya senang nak membuat tasbih...ada yang bertanya..yang harga Rm50-Rm80 ada tak??...saya kata..ada..Rm3 seutas pun ada..tapi beli kat Pasaraya Maiden la...yang dari Pengasas adalah Buatan Tangan serta mengunakan jenis-jenis teras yang tersohor..kat kampung area Kelantan pun tukangnya ambil upah untuk membulatkan biji-biji ni dalam Rm3 sebutir..upah kasi bulat ajer tau..tidak termasuk harga teras...itu kat kampung bro..kalau kat area bandar Rm5 sebutir..lain la kalau ada mesin buat guli...senang macam tu....murah pun murah bro.


Teras Kelor berwarna coklat hitam yang telah siap dilarik menjadi bulat memanjang..ni belum lagi nak dijadikan bulat sebutir-sebutir..bab tu yang payah nak buat...belum lagi bab melicinkannya...kena penuh dengan kesabaran dan jemari yang membuatnya pula kena ada fadilat ketahanan....lenguh bro....huhuhu...tak caya...tanya tukang yang mahir dengan pembuatan Biji Tasbih..payah bro.