DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, November 19, 2011

Raja Kayu Putih...

Potongan Raw Raja Kayu Putih...


Raja Kayu Putih ni banyak la fadilatnya...terutama dalam bidang perubatan..Pengasas sendiri telah mengalami beberapa peristiwa dengannya..Kalau luka tu..Raja Kayu putih ni dilekatkan pada luka tersebut..tempat luka akan segera kering dan bercantum...tu kalau luka kecil la..tetapi kalau dah terbelah dua..tak bercantum dah..tu kena jahit tu.




Raja Kayu Putih juga boleh diolahkan menjadi Minyak Urut atau Minyak Sapu untuk bahagian luaran badan. Kalau bahagian sendi dan urat yang tak tahan untuk berdiri lama..InsyaAllah, minyak dari Raja Kayu Putih sesuai digunakan. Kalau Ghout pula, boleh disapu pada bahagian yang dikatakan terkena Ghout...tetapi jangan lah hari ni sapu, esok dah elok..ianya kena diamalkan..paling kurang dalam masa seminggu...baru boleh nampak perbezaannya. InsyaAllah






Raja Kayu Putih ni banyak dipersoalkan dek kerana Raja Kayu Damar Minyak yang Bersepah-Sepah dipasaran...Memang, ianya juga Raja Kayu..tetapi tidak lah menyamai dengan Raja Kayu Putih. Raja Kayu Putih ni memang tiada pokok-pokok besar sekelilingnya., daun Raja Kayu Putih tidak Bertulang. Dahan atau Rantingnya menunjuk ke langit..Kayunya pula dipotong setebal 1-3mm, jika disuluh, cahaya akan menembusinya serta berwarna kemerahan..damar minyak pun sama juga....cuma berbeza, Raja Kayu Damar Minyak dibakar akan mengeluarkan sejenis damar dan ianya cepat mengeras, Raja Kayu Putih tidak pula mengeluarkan damar apabila dibakar...Dari sudut kepercayaan mistik pula...ianya dijadikan sebagai pelaris perniagaan jika kayu ini disimpan disalah satu bahagian sudut kedai...