DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, November 27, 2011

Tasbih Teras Kelor@Kilo

Pembahagi biji tasbih atau yang dipanggil Bilal...


Kepala tasbih atau yang dipanggil sebagai Imam Tasbih




Ini adalah sebahagian dari Paten atau bentuk larikkan..Pengasas tidak meniru mana-mana jenis kerana ianya adalah hasil dari gerak pembuatan tangan..kut mana tangan tu nak larik...larik lah..Buat para sahabat yang telah menempah Tasbih dari pengasas, dimaklumkan, Pembahagi/Imam dan Bilal tidak semestinya berbentuk seperti yang dipaparkan..ianya unik dan rupa dan bentuk tidak sama dengan tasbih-tasbih yang pengasas buat untuk para sahabat yang lain....agak-agak lebih kurang ajer la..kalau nak sama semuanya..dah tentu pakai mesin larik automatik..Mesin Larik yang pengasas gunakan adalah secara manual..masih dengan tangan...para sahabat yang talah menempah tasbih..ada yang telah diposkan dan ada juga yang masih didalam proses pembuatan...InsyaAllah..jika ada para sahabat yang berminat dengan tasbih dari teras-teras kayu yang tersohor..Sila membuat tempahan sahabat melalui SMS di talian 019-3387074/019-2563074..wassalam

Loket Teras Kelor..Tempahan Sahabat

Tempahan sahabat yang telah siap dan telah diposkan..


Salam Awal-Muharam...

Buat Para Sahabat Blog Rahsia Alam dan Keseluruhan Ummat...Selamat Menyambut Tahun Baru Islam...Salam Awal Muharam...Moga Allah Merahmati dan Memudahkan Segala Urusan Kita Sesama di Sepanjang Tahun Ini...InsyaAllah

Thursday, November 24, 2011

For Viewing Only..Not For Sale

Pandangan bias air..


pandangan biasa yang merubah-rubah warna mengikut kadar Flux Cahaya persekitaran..


bias pantulan cahaya ke mata


Bias pantulan cahaya pada dinding.....

Permata Tempahan Dwi Teras...Kelor n Gemunggal

Teras Kelor dan Gemunggal Bukit tempahan sahabat...







Tempahan dari sahabat...Kepada para sahabat pengasas, InsyaAllah..Tempahan boleh dibuat...Sms Pengasas )19-3387074/019-2563074..

Teras Kelor...Urat Timbul

Sejenis Teras yang dicanai secara manual dan permukaan permata teras dapat dirasai rona bintiknya..







Teras ni istimewa sedikit untuk sahabat yang istimewa..Buat Para sahabat pengasas semua..anda semua adalah sahabat pengasas yang istimewa..tiada kurang dan lebihnya diantara sesama...sama ajer..kalau berminat...boleh order...pembikinannya yang Istimewa....hehehe...

Kelor dan Gemunggal

Kalau tak kenal lagi tak tau la...yang hitam tu Kelor...urat bintiknya halus..yang cerah sikit tu gemunggal..urat bintiknya kasar sedikit..kalau gemunggal kampung..uratnya seperti sejenis teras yang dipanggil Semeru..Uratnya macam Thumb-Print..Urat Cap Ibu Jari...Kalau Gemunggal yang berurat seperti Urat Cap Ibu Jari dan jika ianya Solid serta tenggelam didalam Air..Bertuahnya badan..tetapi harganya pula..Kat Gombak ada yang menjualnya Rm500 Sebutir..tu yang jenis teras timbul tau...kalau yang tenggelam..mak aiiii harganya...tetapi kalau dapat murah..tu yang bertambah bertuah tuh...

Teras Kelor...Tempahan Pukal...Dalam Proses

Yang ni ditempah dalam tempahan Pukal...rupa yang sedemikian adalah warna asal (Core Colour)..ini lah warna asal teras kelor...tetapi apabila digosok dengan proses gosokkan berperingkat..ianya akan menjadi berkilau macam batu...Para sahabat yang berminat boleh menempahnya juga dalam bentuk tempahan pukal..harganya pula..harga pukal lah juga..

Nagasari Cerebon

3 Butir yang disiapkan..yang ni masih terbuka..belum bertuan lagi..Sms pengasas jika berminat.


Gemunggal Bukit...Potongan Menegak

Teras Gemunggal Bukit....yang ni padat dan solid.


Yang ni tak la berapa nak solid..Dua butir ni tempahan sahabat..pengasas akan mengeposkannya pada Tuannya..InsyaAllah

Gemunggal Bukit..Potongan Melintang




Tempahan seorang sahabat..dah siap..tunggu nak antar ajer...

Tanduk Seladang...

Potongan Menegak...







Seladang adalah Spesis yang Dilindungi oleh jabatan perhilitan..tanduk ni dari orang tua yang dah lama menyimpannya..bau dari tanduk ni ketika dicanai tidak serupa dengan bau dari tanduk Lembu Korban atau Kerbau.. tanduk ni nak kata lama tu tak la lama macam zaman batu..tetapi cukup lama la. Pengasas pun hanya memperolehinya sikit ajer..Fadilatnya pula jika nak dikaitkan..ianya seiring dengan Sifat Seladang tersebut..salah satu darinya adalah Ketangkasan.

Tas Semenanjung..

Mata Cincin yang dititipkan dari Kayu Tas Semenanjung..Kayu tas yang berbau Hancing...


Ukuran panjang...Jenis Kayu Tas ini..kalau nak uji..jika ternampak tulang ikan yang dikerumuni dengan semut..cuba letakkan kayu ini diatasnya..lari tak semut tu...kalau semut tu tak lari..tu gerenti semut yang kena selsema...hehehe

Tas Pontianak..Tas Penunduk...

Ini adalah titipan Mata Cincin dari Kayu Tas Pontianak...


Panjang lebih kurang 2cm..yang dipaparkan adalah dalam ukuran mm




Ukuran lebar...Mata Cincin dari Kayu Tas Pontianak boleh ditempah oleh para sahabat jika berminat. Mengenai Fadilatnya, pengasas telah menerangkannya pada paparan sebelum ini.

Gelang dan Tasbih...

Permintaan dari beberapa sahabat untuk Tasbih Campuran beberapa jenis Teras...Yang dipaparkan adalah dari 3 jenis Teras Kayu...Teras Kelor, Kayu Ibol Tunggal (Buje Galak) dan Teras Kemuning Merah.


Ini pula untuk pembuatan Gelang dari Teras Kelor Coklat Gelap...Teras ini adalah pilihan daripada bahagian Akar...ianya sesuai untuk Pemakaian Asbab Diri.....kalau yang ni besar sangat...nak yang kecil pun boleh juga.

Mini Tongkat...Teras Kelor..

Tongkat ni kalau manusia biasa yang nak pakai...memang la tak boleh..tetapi, jika ianya dibuat sebagai Penunjuk Ayat ketika mengkalamkan Al-Quran....dikira, lebih better dari pakai Duri Landak...


Nak buatkan sebagai perhiasan pun apa salahnya....Materialnya pula adalah dari Jenis teras yang boleh digunakan dalam bidang perubatan...




Tongkat yang dipaparkan boleh ditempah oleh para sahabat jika berminat...

Munggai Merah..

Bahagian Teras...Keras betul......bukan main jenuh nak memotongnya..


Didalam Web The Wood Explorer ada memuatkan jenis kayu atau teras gemunggal berserta dengan test sheet...diperakui akan kesahihan dari sudut saintifik..tetapi tidak pula ianya menyatakan akan fadilat Kebal Asid.




Gemunggal Merah amat jarang diperolehi disebabkan ianya sejenis Spesis tertua diantara spesis-spesis lain yang dikenali dengan nama Morringga Lamk...Kebanyakkan jenis Moringga yang dibuat tesis mengenainya adalah dari Kawasan Negara Afrika..ada sehingga 13 jenis spesis..ini termasuklah dari jenis yang dikenali sebagai Kelor...serupa tapi tak sama...Perbandingan boleh diibaratkan antara Orang Utan dengan Cipanzi...."ko ni tak boleh diharap la ceetah"..tu kata arwah M.Zain kat P.Ramlee.

Saturday, November 19, 2011

Work Shop Blog Rahsia Alam....Latest Setup.

Beginilah keadaannya sekarang ni..Alhamdulillah, dengan IzinNya..Allah jualah yang menjadikan segalanya..Alhamdulillah..


Beberapa jenis peralatan dari Wood chisel sehingga kepada Tungsten Carbide...maklumlah kalau dah main dengan teras keras..bahan carbide yang digunakan..kalau takat HSS Tools...simpan dok tepi jer la.




Sanding area..bahagian tempat Pencanai teras kayu..Silicon Carbide sand paper yang digunakan. Sya juga menyarankan kepada para sahabat yang memiliki minat yang sama agar mengunakan jenis Sand Paper dari Material Silicon Carbide (Wet/Dry)..kalau gunakan yang lain boleh juga..tapi tak lasak la...cepat habis.....



Kebanyakkan Ac Motor yang didatangkan dengan peralatan sander adalah buatan dari Negara China..saya telah membuat beberapa modification dengan menggunakan Induction Ac Motor buatan dari Italy, Austria, jepun dan Bulgaria..paling cekai pun dari Taiwan..bukannya apa..Barang dari China ni ada yang tahan dan ada juga yang tak tahan lasak..cepat panas..bila cepat panas..jawabnya Coil cepat terbakar..bila Coil terbakar..maka dengan itu..hati pencanainya pun terbakor ler jugak...tak leh jadi..kena la tukar juga untuk sejukkan hati yang terbakor nih..bila sejuk hati..happy..senang hati..Amanah sahabat pun menjadi..tempahan pun bertambah banyak lagi ler...hehehe.


Ada kalanya Mesin pemotong yang standard tidak boleh diguna pakai kerana kekerasan Teras-Teras Kayu dari Negara Kita ni kerasnya dah macam besi..so kena la buat Circular Saw sendiri...yang dipaparkan ni adalah sejenis Induction Motor dari Italy (Waterco)...Induction Motor dari Pam Air digalakkan kerana daya tahan yang lasak serta mempunyai Kekuatan Torque apa bila memotong teras kayu..tetapi..kalau dah keras sangat terasnya..pakai enjin motor bot pun motornya boleh terhenti ketika memotong teras kayu...melekat bro...pakai mata Tungsten pun jadi tumpul...so kena pakai Air....senang nak memotongnya....Bagaimana pun, Alhamdulillah..Saya amat bersyukur kepada Allah atas KurniaanNya dan kepada para sahabat yang banyak membantu saya dalam perjuangan untuk memertabatkan pengetahuan mengenai teras perkayuan Tanah air..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...InsyaAllah, Moga Allah memperkenankan dengan IzinNya...Subhanallah..Robbi Allah..wassalam










Storage 3 Tier..

Kat sini pengasas simpan permata teras-teras yang telah di tempah..biasanya berterabur..apa da..kasi bli itu box la....ni dia...senang nak di tagkan dengan nama dan penempah yang telah menempah jenis-jenis bentuk Teras yang telah dicanai....Alhamdulillah...ada la kawan aku tu yang tengah gelak tengok posting nih...

Tasbih...Prayer Beads...

Masih belum di butir-butirkan lagi...dah siap bebanyak...baru kasi bikin....ada yang telah menempahnya...ada juga yang telah membuat penbayarannya....tapi kena bersabar...bukannya senang nak membuat tasbih...ada yang bertanya..yang harga Rm50-Rm80 ada tak??...saya kata..ada..Rm3 seutas pun ada..tapi beli kat Pasaraya Maiden la...yang dari Pengasas adalah Buatan Tangan serta mengunakan jenis-jenis teras yang tersohor..kat kampung area Kelantan pun tukangnya ambil upah untuk membulatkan biji-biji ni dalam Rm3 sebutir..upah kasi bulat ajer tau..tidak termasuk harga teras...itu kat kampung bro..kalau kat area bandar Rm5 sebutir..lain la kalau ada mesin buat guli...senang macam tu....murah pun murah bro.


Teras Kelor berwarna coklat hitam yang telah siap dilarik menjadi bulat memanjang..ni belum lagi nak dijadikan bulat sebutir-sebutir..bab tu yang payah nak buat...belum lagi bab melicinkannya...kena penuh dengan kesabaran dan jemari yang membuatnya pula kena ada fadilat ketahanan....lenguh bro....huhuhu...tak caya...tanya tukang yang mahir dengan pembuatan Biji Tasbih..payah bro.

Memandang dan dipandang...Melihat dan Dilihat




Jika nak dilihat..tiada apa..tetapi apa jua diantaranya yang dikatakan tiada..itulah AdaNya...Fikirkanlah...Janganlah sekadar melihat apa yang dipandang...Pandanglah apa yang terlihat disebalik Muslihat wahai Muslimin dan Muslimat. Apa yang di Aminkan dan apa yang Sematkan dan apakah yang seliratkan...jaga lah sirat sesama...InsyaAllah, Rahim kan lah apa yang tersemat...Buangkan Kesumat..agar diri dan pemikiran jadi Smart....Bukan Kad Smart Touch n Go bro...




Raja Kayu Merah...

Koleksi sendiri Raja Kayu Merah...sebelahnya Teras Kelor Hitam....huiyo..best collection of Rahsia Alam.

Teras Kelor lagi ker???

Memang la teras kelor lagi...sebabnya, pengasas ada berkelong-kelong kelor nih...yang bebanyak tu nak buat apa?..nak buat apa lagi..nak buat tasbih la..dan banyak la lagi nak dipelbagaikan...


Ni jenis Kelor yang hidupnya kat area berbukit..bukan hanya Gemunggal ajer yang hidup kat area bukit....Kelor pun ada juga..Ada beberapa kekeliruan mengenai Kelor dan Gemunggal..jenuh juga pengasas nak menjawabnya...Pengetahuan yang pengasas kongsikan adalah melalui Pengetahuan Orang-Orang Lama dan pengasas juga membuat kajian mengenai perbezaan antaranya. apa salahnya dengan gemunggal dan kelor...lebih dari 80% yang berpendapat mengatakan bahawa, Teras Gemunggal ampuh dengan Sihir dan Santau. Teras Kelor pula dikatakan Over-All...Wallahu...tetapi Pengasas ada juga menggunakan Teras Gemunggal untuk Sihir dan Penghalau Makhluk Halus...Saka pun jalan jugak...Alhamdulillah...bukan sekadar cerita..dah lalui pengalamannya.