DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, October 16, 2011

Kelor

potongan Sisip tepi


potongan tegak




Akar yang jika dibiarkan selama beberapa lama lah tertanam didalam tanah..beginilah rupanya sebelum ianya menjadi fosil






Potongan yang sedemikian yang mampu memutuskan Mata Metal Bend Saw



Teras Kelor...Ramai yang mencarinya...lebih-lebih lagi pada bahagian teras akar tunjang...bahagian ini di paparkan untuk beberapa sahabat yang mahukan potongan sedemikian rupa untuk koleksi peribadi..kata mereka..tengah ada, baik sapu dulu..bila dah takde sok..jenuh pulak nak mencarinya. Bukan sekadar dipercayai oleh turunan masyarakat melayu sahaja...malahan, masyarakat Cina telah menggunakannya dalam kepercayaan mereka dalam menghalau makhluk halus dan sebagai pendinding diri. Mereka menggunakan Teras Kelor dan Teras Raja Kayu Putih dalam pemakaian harian mereka serta dijadikan sebagai pelaris perniagaan...Yang peliknya pada pengasas..mana depa dapat maklumat mengenai Teras-teras kayu nih???...dan yang paling pengasas kagumi pula..penggunaan mengikut petua orang-orang melayu la pula...cuma bagai mana mereka olahkan, tak pula diketahui oleh pengasas..ingatkan mereka hanya menggunakan Teras Gaharu sahaja..Pengasas ada menjumpai Blog yang menjual Teras Kelor ini diarena Antara-Bangsa sebagai Amulet and Sacred Charmed Wood..yang bestnya pula..depa panggil dengan Nama Kelor...tapi harganya tak main la dalam nilai Ringgit..USD tu bro...bila pengasas dok kira balik nilai tukarannya...semuanya Rm 3++ keatas tu pun kecik ajer saiznya...