DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, October 12, 2011

Biji Tasbih Saiz XXL..Raja Kayu Putih

Inilah cara pengasas membuat bentuk asas dengan penggunaan Mesin Lathe.


Larikkan dengan penggunaan Chisel ataupun Lathe Tools yang dibuat sendiri oleh pengasas dari bahan Carbide..boleh juga menggunakan Chisel jenis HSS..tetapi selalu la kena asah kerana untuk melarik teras-teras kayu yang berfadilat dari Negara kita ni selalunya akan menumpulkan besi-besi yang tajam..walaupun kayu atau teras yang nampaknya macam kayu lembut.




Gelang-gelang urat kayu yang kelihatan adalah dari bahagian yang dipanggil teras...Urat kayu Raja Kayu putih sememangnya cantik jika kena dengan cara larikkan dan digosok dengan cara yang betul...



Untuk mendapatkan imej urat teras kayu yang asli, bahagian finishing, pengasas akan membuat secara manual. iaitu ...cara tradisional. Biji-biji tasbih ini bukan hanya untuk pembuatan tasbih, ianya juga akan diolahkan menjadi Gelang teras-teras campuran.