DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, October 26, 2011

Teras Bambu atau Semambu...Neem

Bercerita bab pokok bambu ni, banyak kegunaannya, salah satu dari fadilatnya ialah mengubati penyakit demam campak/pelentong atau chicken pox.


Selain dari perubatan, ianya juga dipercayai memiliki fadilat mistik sebagai pelindung/penghadang/penghalau/pemagar dan berbagai lagi menurut kepercayaan dalam masyarakat India. Daun bambu kebiasaannya dapat dilihat digantung pada alang pintu rumah, ianya dipercayai dapat melunturkan sihir pada orang yang melalui dibawah dedaunan bambu. Manakala terasnya pula..huhuhu...mana ada orang pi potong pokok bambu..yang ada teras ni pun dah kira nasib baik dah ni...Alhamdulillah.

Halban

Kayu dan teras jenis spesis Halban..memiliki urat kayu yang cantik dan juga memiliki fadilat perubatan sebagai ibu herba.


Teras Sepang Mas..

Teras Sepang Mas adalah salah satu jenis teras yang jarang diperolehi. Memiliki fadilat perubatan. Kebiasaannya teras ini direbus atau direndam didalam air panas lalu diminum airnya..baik untuk kesihatan tubuh badan.

Antara Kelor dan Gemunggal














Renung dan tenung...yang dikenali dengan nama Kelor dan juga yang dikenali dengan gemunggal..ada yang kata sama ajer dan ada juga yang mengatakan ianya berbeza...wallahu, yang mana satu..tah tak tahu..tetapi cubalah amati dari sudut fizikalnya..InsyaAllah, saya akan paparkan Teras Gemunggal Kampung yang dikatakan Teras Semeru nanti...InsyaAllah.

Two Tone Kelor..Kelor Dwi Teras..

Jenis ni bukanlah jenis permata teras gabungan...ianya adalah semulajadi


Bahagian akar yang memiliki kepelbagaian warna..yang putih tu teras luar dan yang hitam tu teras dalam..

Gaharu..Kepala Kayu..

Yang ni untuk buat bukhur...


Bahagian Kepala Kayu dimana resinnya overflow.











Yang ni untuk buat koleksi...

Kelor..Member Tempah...

Dah siap..


Bukan semuanya untuk seorang sahaja..yang ni untuk beberapa sahabat yang telah menempahnya.

Friday, October 21, 2011

Kelor Hutan....Kelor Bukit

Kelor Hutan dan Kelor Bukit..apakah yang bezanya..


Warna dan rona?...




Jelas paparannya, Jenis hutan memiliki bintik yang halus, manakala jenis bukit memiliki bintik kasar. Jenis bukit juga berkongsi ciri bintik yang sama dengan jenis kelor pulau.


Bintik Kasar pada Kelor Bukit.


Paparan penuh Kelor jenis bukit.....



Kelor Hutan yang memiliki bintik halus...



Paparan penuh kelor jenis hutan..Kebanyakkan jenis teras yang berwarna coklat kehitaman terdapat pada jenis kelor hutan serta memiliki sifat ketumpatan yang padu dan yang dikatakan tenggelam dalam air. Tidak semestinya yang tenggelam tu hanya pada kelor hutan sahaja, jenis bukit, pulau dan jenis kampung juga ada yang memiliki ketumpatan yang padu..tetapi agak susah sedikit nak dapat..itu pun nak kena pilih dan diuji setiapnya didalam air...Kelor hutan pun ada juga yang jenis padu..tetapi masih timbul jika diuji dengan air...rata-rata..semua jenis teras kelor tidak mengira jenis yang mana....sama sahaja..sebabnya..ianya adalah turunan spesis yang sama....cuma berbeza dari keadaan tempat hidupnya sahaja.

Teras Kelor Bukit

Teras Kelor ni ada berbagai....yang bintik halus dan bintik kasar.


Rongga roma jelas kelihatan padanya..













Potongan daripada teras asal serta telah dibuat finishing.






Saya mengumpul teras kelor dek kerana minat dan berbagai jenis darinya seperti kelor jenis hutan/kampung/bukit dan pulau didalam simpanan. Nak kata banyak sangat tu takder ler..tapi cukup untuk dikongsi bersama dengan yang meminatinya.

Teras Kelor Hutan..

Sebatang teras Kelor hutan yang panjangnya 6 kaki..tapi ni untuk buat tongkat..Tempahan Khas...

Teras Cendana Bukit...Sandalwood

Sandalwood atau cendana adalah sejenis spesis keluarga Gaharu...tetapi tidak begitu popular seperti spesis Subintegra/Crassna/Aqualaria Malasensis dan sebagainya. seorang sahabat saya ada menggunakan teras cendana yang direndamkan kedalam air serta membuat minuman darinya..rasa airnya agak pahit-pahit kelat sedikit...orang kata pahit itu ubat...

Kemuning Hitam

Spesis ini dikenali sebagai Kemuning Hitam, dan ada juga dikenali sebagai Spesis Raja Kemuning.


Berbeza sedikit dari jenis teras kemuning hitam yang pernah saya temui, jenis ini memiliki teras yang beralur bunga.




Jenis kayu atau teras yang berwarna hitam selalu dikaitkan dengan fadilat penawar dan tidak kurang juga sebagai pembisa/pembias/pendinding dan berbagai lagi mengikut kepercayaan yang berdasarkan pengalaman atau petua....dan tidak kurang juga yang yakinnya semata-mata kepada teori penceritaan.

Monday, October 17, 2011

Pilihan Teras Dan Saringan..(cara membuat mata cincin serta proses kilatan)

Potongan Teras Terpilih dari bahagian yang Padu...




Pengesahan kepaduan dibuat dengan Air....






Sedia untuk Proses Mencanai Teras untuk bentuk Asas...Pada paparan berikutnya adalah proses bagai mana membuat Permata Cincin dari Teras-Teras Pilihan...paparan ini adalah atas janji pengasas buat para sahabat yang berminat untuk membuat permata cincin untuk kegunaan sendiri sebagai hobi dan juga boleh dibuat secara komersial...InsyaAllah...Selamat Mencuba dan Paparan yang mengandungi maklumat pembuatan adalah melalui Pengalaman Pengasas dimana Ilham yang datang adalah dari Kurniaan Allah semata...

Proses Gosokkan Teras..Gosok Meratakan Permukaan

Grid 400, 600 dan 800 digunakan..pastikan para sahabat menggunakan kertas pasir jenis yang berkualiti..kalau pakai dari jenis yang kurang berkualiti, maka gosokkan menjadi rumit.




Pastikan gosokkan yang rata pada bahagian permukaan atas dan bawah.

Proses Bentuk Teras Permata...Canaian

Dicanai dengan menggunakan Grid Kertas Pasir 60/120 dan 400..Setiap grid adalah mengikut aturan..Grid 60 adalah untuk bentuk, 120 untuk membulatkan bahagian permukaan permata dan 400 untuk melicinkan.

Proses Kilatan..

Proses gosokkan permata teras dengan menggunakan Kertas Pasir grid 600 dan 1500 dan digosok menggunakan Air..pastikan kertas pasir para sahabat adalah dari jenis wet and dry.




Keringkan Teras Permata dengan tisu mendap Air bagi mengeringkan Permata Teras.






Gunakan Kayu atau Teras dan mula menggosok pada permukaan Mata Teras...








Gosoklah dengan rata pada keseluruhan mata teras..gosokkan kayu dengan kayu akan menghasilkan kilatan yang semulajadi..InsyaAllah selamat mencuba..(Jika gosokkan kayu dengan kayu pada permukaan dan gosokkan terasa kesat..bermakna mata teras tersebut masih belum digosok dengan rata)..Ulang proses gosokkan..

Teras Kayu Kelor..Finishing..

Bahan kilatan..Teras Kayu dan juga Kulit Tali Pinggang.




Selain dari gosokkan kayu dengan kayu, penggunaan Kulit Tali Pinggang juga boleh digunakan.


Finishing yang pasti memuaskan hati yang membuatnya dan juga pemakainya...




Teras Mata Cincin yang telah siap..