DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, September 20, 2011

Tasbih 7 Teras...Tempahan Sahabat dari Kenya.

Dalam dok sibuk menyusun barang-barang....sempat jugak pengasas siapkan tempahan seorang sahabat dari Kenya.


Masih lagi menggunakan kaedah pembuatan dengan tangan..tetapi senang la sedikit bila ada mesin Pelarik (Wood Lathe)..Pembuatan tasbih menggunakan Wood Lathe adalah untuk saiz dan bentuk asas..untuk membuat Sphere (Bulat) masih lagi kaedah lama...Gosokkan kertas pasir dengan tangan.




Kepala Tasbih boleh dikira cantik sedikit la dari dahulu..tetapi dari design pula...tiada ketetapan..ikut tangan la..mana yang boleh...agak tak elok ajer ..buat yang lain..






Cuma yang masih lagi tak dapat dibuat oleh pengasas adalah pembuatan tasbih yang bersaiz kecil..lagi kecil...lagi susah pembuatannya. kalau yang bersaiz 10mm dan lebih..agak senang..kalau nak buat 10mm kebawah..yang tu ada susah la sedikit..tetapi, InsyaAllah..Pengasas akan terus berusaha untuk pembuatan tasbih yang bersaiz kecil..Para sahabat yang menempahnya berkata...:brader..tasbih kecik tak boleh buat ker??..dah macam bomoh siam la pulak nak bawak kesana kemari..hehehe...tak per para sahabat, kini pengasas sedang berusaha untuk pembuatan peralatan (Home-Made Half Moon Chisel) untuk saiz tasbih yang lebih kecil...InsyaAllah, bila dah siap nanti, akan pengasas paparkan didalam Blog..sabarrrr..




Saiz anak tasbih...Tempahan Tasbih kini telah dibuka untuk para sahabat....Hubungi Pengasas jika berminat.

Workshop Rahsia Alam...Baru Siap

Dah siap pun table-Top..Work Bench...baru la nak susun serba sedikit..dalam masa yang sama..sambungan tempahan dok buat la jugak...cuma...bila nak cari balik peralatan...mak aiii..mana gergaji aku nihhhh...


Paling sesuai untuk seorang sahaja yang membuat kerja dalam persekitaran tempat ni..kalau lebih kang kut melekat kat mesin grinder ler jawabnya.



Alhamdulillah, baru la senang sedikit untuk pengasas membuat kerja-kerja yang bersangkutan..kalau dulu agak bertaburan..kini tidak lagi bertempiaran kekayu yang melayang akibat pusingan mesin pencanai teras kayu yang terlepas dari tangan. Agak tersusun la sedikit bila para sahabat yang datang menjengah pengasas..yang datang pulak tu bukan orang alam sebelah...tetapi para sahabat yang dari luar Negara..Syukran....Alhamdulillah

Peminat Teras Kayu..

Baru dok selesai mengemas serba sedikit...rupanya baru pengasas sedar yang bilik pengasas dah jadi hutan.


teras-teras serta kayu yang bergelimpangan....ibarat emas bertaburan..




Kerat rentas teras yang berbagai jenis, tak sempat pengasas susun..kerat rentas untuk pembuatan pelbagai bentuk dari tasbih hinggalah ke pembuatan mata cincin...InsyaAllah...Workshop baru nak start sibuk dengan sambungan tempahan para sahabat.

Mani Gajah dan Cenuai

Cenuai dan mani gajah...mmm...sama fadilat..tapi tak serupa.


Mani Gajah ini dimiliki oleh seorang sahabat yang mahu memaharkannya..pengasas sendiri dah cuba,try,test....puiii...bau hanyir nak mamposss..




Pengasas telah membuat pengujian dengan menggunakan buluh perindu...memang menjadi..tetapi mani gajah ni nak dimaharkan oleh pemilik asalnya dengan nilai yang poket pengasas tak berapa nak menjadi...ada sapa berani...hubungi..

Friday, September 16, 2011

Workshop dan Rumah...Upgrade

Salam sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah, ramai la pulak para sahabat bertanya, Tuan Waliqudus masih dok beraya lagi ka??..Lemang pun dah basi la brader..bila nak update Blog...kami ni dok tunggu la pulak bila tuan nak pamerkan update terbaru...Kata saya pula..buat masa ni para jin semua balik kampung bercuti, so...masa inilah pengasas berkesempatan membuat perubahan di worshop..kalau tak nanti jin-jin yang ada gerenti kecoh sebab tempat persembunyian mereka terbongkar...nasib baik Tv3 tak mai..tu belum lagi Uncle Seekers..Alhamdulillah, dikesempatan ini, saya membuat perubahan menaik-taraf tempat kerja saya bagi memudahkan saya sendiri untuk tempahan pembuatan buat para sahabat semua...InsyaAllah..dalam 2-3 hari lagi siap lah.... Syiling dah nak kena tukar..anai-anai ni pun cerdik..tak dapat bantai teras kayu..bumbung umah aku jadi mangsa....


Tools aku yang paling canggih pun main kena sepak ajer...huhuhu..mahei woo nak beli..tapi apa boleh buat..pengorbanan perlu ada jika mahu maju kehadapan...ewahhh...




ni time baru-baru nak berubah tempat.....pengsan woo kasi bikin.



ni pun dah dikira teratur nihhhh...dah macam kapai karam umah aku....huhuhu















Ini tempat workshop aku yang dah habih kena bongkah...nak buat table-top...senang nanti bila nak buat keje...maklum lah, kekadang bila para sahabat datang ke rumah, depa kata..man, mesin hang ni macam dari alam sebelah ajer..aku kata..alam sebelah la..nak mai kut mana lagi..mana la tak nya bila mesin yang ada bertelangkup nampak sebelah ajer disebabkan dah terlampau banyak sangat barang experiment yang menutupi bahagian yang lain. Berterabur macam Harta karun kat dalam kubur piraun...InsyaAllah, apabila dah siap nanti, saya paparkan keadaan worshop Rahsia Alam..la ni tak dapat nak paparkan sebab tengah sibuk mengemas kini barangan yang ada..Barangan tempahan sahabat pula ada yang dah siap dan ada juga yang masih tergantung pembuatannya...InsyaAllah..dah siap nanti..saya hantarkan..
 Kat depan rumah pengasas ada ditanam beberapa pohon gemunggal...tetapi yang ni rumah kat kampung la. Nak tanam depan rumah pengasas yang sekarang ni, alamatnya Highway NPE depan umah eksiden la memanjang dok langgar pokok gemunggal pulak.
 Cara menanamnya pula paling mudah. Potong bahagian mana-mana sahaja dan dicucuk terus kedalam tanah...nahhh...hidup kau...
 Kayu yang lembut dan masih tidak menjadi teras sehinggakan ianya boleh diperah.
Pernah pengasas berjanji untuk memaparkan perihal bahawa pokok gemunggal sebenarnya adalah jenis kayu yang lembut jika tidak berteras..kalau dah jadi teras...anai-anai bukak klinik gigi la jawabnya.