DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, August 14, 2011

Teras Kilo/Teras Kelor/Teras Gemunggal

Mata cincin dari teras yang berkualiti..teras kilo atau teras kelor atau teras gemunggal..sama ajer...cuma pada sesetengah tempat ianya dipanggil dengan nama yang berbeza.




Yang berwarna hitam selalu dikaitkan dengan teras kilo atau kelor...manakala warna yang agak coklat kekuningan dipanggil gemunggal. (mengikut panggilan disesetengah tempat)


Ada juga pendapat yang mengaitkan bahawa teras kelor atau kilo adalah jenis gemunggal hutan dan yang berwarna coklat kekuningan dipanggil gemunggal kampung.






hanya yang membezakannya adalah dari bintik pori yang terdapat pada permukaan teras yang dipotong secara menegak. Bintik porinya pula ada yang kasar dan ada juga yang halus. Tetapi ada juga jenis yang dipanggil gemunggal kampung memiliki bintik pori yang halus serta berwarna coklat kehitaman..kalau berjumpa jenis yang sedemikian, ianya adalah jenis teras yang betul-betul cukup tua. Saya pernah menanyakan pada orang tua saya tentangnya..beliau mengatakan bahawa yang selalu orang-orang tua dahulu guna pakai adalah dari jenis hutan, kalau jenis yang kampung payah nak dapat terasnya dan amat jarang sekali diperolehi dalam kuantiti yang banyak, kalau ada pun banyak yang muda-muda..bertanya saya lagi kepadanya mengenai fadilat pula, beliau menjawab, gunakanlah akal kamu..sebelum adanya Bandar, ada Kampung kan.., sebelum adanya kampung....ada apa??...jawab saya, hutan banat la..tempat jin bertendang dan bergendang....lalu beliau tersenyum sinis jer...