Urat bintik alur Teras Gemunggal berliang besar dan menyerupai Finger Print (Cap Jari Manusia), manakala Teras Kilo memiliki urat bintik yang halus seperti liang bulu roma manusia. Mengenai Fadilat Mistikalnya pula. Teras gemunggal ampuh pada Sihir dan Santau, manakala jenis yang dikatakan Kebal Asid, Penunduk, Menghalau Makhluk Halus dan..kalau nak bawak bertempur adalah dari jenis Teras Kilo...wallahu...ini adalah pendapat orang-orang lama. Saya pernah diketemukan dengan beberapa Pakar (Orang Lama) dan bertanya tentang Teras Gemunggal dan Teras Kilo...apakah perbezaannya, menurut beberapa pakar teras perkayuan, Gemunggal ni ada dua jenis, Berbintik Kasar dan Berbintik Halus. Kebiasaan jenis yang berbintik kasar terdapat pada gemunggal kampung dan gemunggal pulau..(rata-ratanya), manakala yang berbintik halus lebih merujuk kepada jenis hutan dan bukit iaitu yang dikenali sebagai Kilo. Jenis yang dikatakan jenis berbintik Kasar adalah jenis Betina dan yang berbintik halus adalah jenis Jantan...Saya sendiri telah membuat beberapa kajian dari sudut bintik-bintik pada kedua-dua jenis teras tersebut dan mendapati, pendapat orang-orang lama ini ada kebenarannya...Cuma saya mendapati, kedua-dua jenis ini memiliki bau yang hampir sama..dan saya ada teringatkan buah durian...ada dua jenis durian..Durian kampung dan Durian Hutan...sama...tapi tak serupa..Wallahu, setiap kejadian, pasti ada kegunaannya buat manusia...Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar...kut mana la tau berjumpa pokok gemunggal yang berbuahkan buah rambutan..hehehehe...
Assalamu'alaikum...
Pendahuluan kata dan tata-cara:
Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.
Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian
Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian : 6019-3387074/6019-2563074
ChatON & Whatsup: 6018-2244065
Email :waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional
(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)
Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.