DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, August 17, 2011

Teras Gemunggal @ Teras Kelor @ Teras Kilo

Teras Gemunggal atau Teras Kelor yang dikatakan Berkualiti memiliki ketumpatan yang padat...hanya, ianya tidak boleh dimakan dengan nasi sebagai ulam...tapi kalau nak try test macam makan petai..apa salahnya..kalau tercekik...pegi ajer spital..tak pun tempah ajer liang lahat..hehehe.


Jalur trade mark dan pori-pori yang halus pada asalnya selari ketika pembentukan teras. Apabila ianya meningkat matang, pori-pori yang asalnya selari akan mula berserakkan kerana serat-serat kayu yang terbina akan mula mampat pada bahagian yang dikatakan Teras, ini adalah fakta dari sudut kajian. Sewaktu terbinanya bahagian teras, jika pokok gemunggal yang masih muda ditebang, jalur dan pori-porinya akan kelihatan menyerupai teras yang dikatakan teras semeru atau jenis teras yang selain darinya. Dan...kalau pokok gemunggal yang di tebang sewaktu terasnya masih belum terbina, bahagian kayu pokok gemunggal adalah lembut dan bahagian terasnya boleh di genggam perah dengan tangan. Kayu gemunggal yang tidak memiliki teras jika dibiarkan dibawah terikkan panas mentari dan digenangi dengan hujan, lambat laun, kayu tersebut akan mereput dan ianya akan menjadi makanan anai-anai dan semut hitam akan menjadikannya sebagai transit sementara sebagai sarang perumahnya. Ini adalah rumusan atas sebahagian dari pengalaman saya sendiri yang melaluinya mengenai perihal gemunggal. Masih ada lagi rahsia-rahsia yang belum terungkai dengan Teras Gemunggal ni..ini kerana, saya ni daif dan saya tiada pula memiliki Ilmu..apa jua yang saya lalui, maka saya lebih suka berkongsi maklumat dengan para sabahat yang melayari Blog ini demi Pengetahuan dan renungan buat semua...InsyaAllah




Bahagian bawah mata teras.






Jenis yang dipaparkan adalah dari jenis teras gemunggal yang berkualiti. Jenis teras yang sebeginilah yang selalu diwar-warkan oleh sebilangan orang. Jenis teras yang sebegini selalunya terdapat pada bahagian Akar pangkal teras dan bahagian pangkal pokok. Memiliki ketumpatan yang begitu mampat sehinggakan jika tertelan sebuku potongannya boleh memudaratkan sesiapa sahaja. Malah ayam cemani aku pun padam sekor bila mematuk-matuk jenis teras ni....tak tau lah kut ayam tu padam sebab kena penyakit Sampor...hehehe




Teras Gemunggal yang sedemikian rupa, rata-ratanya adalah dari jenis gemunggal hutan. Gemunggal jenis kampung pun jika ianya berumur melebihi dari 100 tahun, berkemungkinan memiliki ciri-ciri yang sebegini..wallahu, sebab aku hidup pun belum tentu sampai macam tu. Menyentuh serba sedikit mengenai fadilatnya pula, pada pendapat saya, bab fadilat ni, kita serahkan sahaja pada Penciptanya, sebab ianya adalah sesuatu yang bukan dari kalangan manusia itu yang berhak mengatakannya, cuma apa yang menjadi ikutan adalah melalui turunan petua dari orang-orang lama. Jangan lah nak memandai-mandai pegi celup tangan tu kat dalam minyak panas atau kat dalam Asid jika tiada berkeyakinan dan cuma sekadar nak mengujinya. Cukuplah sekadar memilikinya dan diguna-pakai ketika memerlukan atas dasar Petua dan Berkeyakinan penuh pada Yang Maha Pencipta. Bab kekeliruan mengenai Teras Gemunggal Asli dan yang Palsu pula....la ni kat dalam internet dah banyak sekali diberi penerangan mengenainya, tepuk dada tanya hati, tumbuk muka pecah gigi. Fahami dahulu, baru beli....agak kalau mahal sangat, beli ajer kuih koci buat pembuka selera sebelum mandi...hehehe..(Teras yang dipaparkan adalah Tempahan Sahabat)..kalau nak jenis ni..kena buat tempahan lain...