DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, August 4, 2011

Teras Berlian

Tompokkan halus yang berkilau pada permukaan teras seperti kilauan berlian.


Kenapa dinamakan Teras Berlian..ini disebabkan teras kayu ini mengandungi sejenis bahan yang berkilau seperti berlian pada pori-pori liang teras. Sering dikaitkan dengan teras gemunggal dari sudut fadilatnya. Spesis Kayu Berlian amat dilindungi oleh jabatan perhutanan...melainkan jika pokoknya telah tumbang dalam keadaan semulajadi dan bukan dari kegiatan pembalakkan. Spesis kayu berlian amat berharga kerana ianya sejenis kayu yang lasak, keras dan tidak mudah mereput walaupun tertanam didalam tanah maupun terendam didalam air, ibarat kata..makin lama..makin keras..makin bernilai. Tetapi sekeras-keras terasnya..keras lagi hati manusia....sekeras-keras hati manusia, tiada nilainya...tetapi..lembut jua akhirnya kerana insan yang bernama Hawa...