DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Eidil Fitri dan Salam Merdeka Se-Malaysia..

ASSALAM'MUALAIKUM'WARAHMATULLAHI'WABARAKATU...SALAM SEJATERA PARA SAHABAT SEMUA, YANG DIKASIHI DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA....INSYAALLAH.




Yang dipaparkan bukanlah Masjid berkubah sebagaimana yang biasa dipaparkan orang lain dalam menyampaikan mesej Selamat Hari Raya kepada rakan taulan serta sahabat handai. Yang dipaparkan hanyalah Khadam Pengasas yang terbaru diimport dari Negeri Jermen. Khadam yang diimport dari Negeri Cina sebelum ini telah meletakkan jawatannya kerana Khadam tersebut telah tidak mampu memegang teras gemunggal yang berkualiti dengan teguh untuk dilarik oleh pengasas, Mungkin Khadam tersebut telah beransur tua kut..dah tak larat menjalankan perintah disebabkan tempahan para sahabat yang berderet. Walau bagaimana pun, InsyaAllah, Khadam Jet yang dipaparkan memungkinkan pengasas menepati tempahan para sahabat semua semacam roket sebagaimana nama Khadam ini...InsyaAllah.




Didalam kesempatan ini, Pengasas hanya mampu menyusun jari dan berkata-kata, Maafkanlah pengasas atas segala kedaifan dan kekurangan diri dalam bentuk apa jua yang telah Pengasas sampaikan dan paparkan didalam Blog Rahsia Alam. Sesunggunya, ianya adalah gurauan dan juga sebagai renungan kepada kita semua. Untuk para sahabat yang telah menempah barangan sebelum ini yang masih tidak menerimanya, Pengasas akan membuat pengeposan selepas hari lebaran. Ada juga tempahan yang tidak diproses oleh pengasas kerana pembayaran tidak dibuat terlebih dahulu. (Terma Syarat Blog Rahsia Alam adalah : Tempahan akan diproses setelah Permaharan/Pembayaran telah Dibuat oleh Penempahnya), ini disebabkan yang menempah dan apabila mendapat barangan, lalu bab permaharan dilupakan oleh mereka..pada pengasas, Alhamdulillah, mereka tidak berhutang apa-apa dengan Pengasas, Mereka berhutang dengan Allah sesungguhnya. Penempah yang berkunjung terus ketempat Pengasas kebiasaannya mendapar Priority kerana tempahan dapat dibuat terus didepan mata para penempahnya. InsyaAllah, kepada para sahabat semua, Pengasas Mengucapkan Salam Eidil Fitri, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Maaf la kalau Pengasas tak sempat membalas SMS Ucapan..Bukannya apa bro..Banyak sangat...dengan ini juga...Salam MERDEKA Se- MALAYSIA....




Wassalamualaikum' Warah'matullahi'Wabarakatu..