DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, August 9, 2011

Persamaan...

Alurnya hampir menyerupai teras gemunggal kampung dan juga macam teras semeru..tetapi mana pegi bintik-bintik padanya????...


Ada yang berpendapat Teras yang sebegini menyerupai teras semeru dan ada yang berkata teras gemunggal..pada pengajian saya pula, teras yang sebegini tidak boleh dikatakan sepertinya dek kerana, kebanyakkan jenis-jenis teras memiliki persamaan dari sudut alur dan rona kayu..tetapi, yang membezakan jenis-jenis teras perkayuan adalah dari pandangan fizikalnya, iaitu dari pokok yang hidup, ianya dikaji dari daun, buah, kulit kayu, banir kayu, warna kayu, bau dan rasa. Di dalam hutan yang tebal, ada ketika dan waktu-waktu tertentu pokok-pokok kayu yang hidup memiliki jenis-jenis bakteria pada permukaan kulit dan daunnya dimana ada ketika waktu, ianya seakan mengeluarkan cahaya. Saya diajar oleh beberapa pakar ketika didalam hutan bagi mengenali jenis-jenis pokok dan kayu..tetapi, saya sendiri merasakan bahawa saya ni cukup daif dari sudut pengetahuan mengenai teras perkayuan, didalam hutan ni, janganlah kita sesekali mengatakan bahawa pengetahuan kita ni cukup...Allahu,..kalau masuk ke hutan mana-mana pun..saya rasa, belum apa-apa lagi, baru ajer selangkah memasukinya, ada berjuta-juta pengetahuan yang tersembunyi disebaliknya..tu yang nyata...belum lagi bab yang mistik dan yang pelik-pelik...Allahu, mudahan dipermudahkan bagiku..marilah kita sama-sama renungkan..