DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, August 2, 2011

Perihal Teras Gemunggal @ Teras Kelor @ Kilo @ Marronghi

Beginilah Alur Rona yang terdapat pada Teras Gemunggal Kampung..ianya seperti cap jari...memang benar dan.......rona sebegini bukan sahaja terdapat pada teras gemunggal jenis kampung sahaja...kalau dok kata teras gemunggal kampung jer yang ada rona macam ni..maka alamatnya..pendek ilmu lah.


Saya telah lama memiliki seketul teras yang sebesar ibu jari dari seorang sahabat yang telah mengambil sendiri teras gemunggal kampung yang berhampiran rumahnya di Kuala Kangsar Perak..telah diuji dengan asid dan sebagainya oleh beliau..




Ini pula adalah Teras Gemunggal Hutan yang dimiliki oleh Pengasas..ini adalah jenis Teras didalam teras...Sebenarnya, bahagian yang dikatakan memiliki Rona seolah jari manusia.sememangnya terdapat pada jenis teras gemunggal..tak kiralah jika ianya gemunggal pulau ke, kampung ke atau yang hutan..kalau dah jenis teras gemunggal tu sememangnya ada trade mark ni..tetapi, perlulah tahu..bahagian yang mana yang memiliki urat yang dikatakan..
kebiasaannya, hanya tukang potong dan tukang canai je yang dapat mencari bahagian yang mana. Tukang jual biasanya tahu cakap ajer....


Permata Teras Gemunggal yang dipaparkan pengasas bukan jenis yang disambung...tetapi ianya adalah bahagian pusaran teras pangkal.



Bahagian yang telah dipotong dan dicanai....