DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, August 2, 2011

Kayu Nagasari

Inilah jenis Kayu Nagasari. Kayu ini diperolehi sendiri bersama-sama dengan seorang lagi yang berpangkat Cikgu sewaktu kunjungan di Jakarta beberapa bulan yang lalu.



Finger print yang terdapat pada Kayu Nagasari ini jelas menyerupai finger print yang terdapat pada Teras Gemunggal.





Tetapi, yang membezakan antaranya adalah urat-urat halus jika diperhalusi melalui pandangan mikro.



Selain dari Urat dan alur kayu, bau juga memainkan peranan penting dalam mengenal kayu. Ada juga yang menggunakan Sifat warna air dan juga rasa.



Urat yang berupa Finger Print diambil dari titik permulaan Pusaran kayu. Ada sesetengah pendapat mengatakan Spesis Kayu Nagasari dikatergorikan sebagai Kayu Langka nombor satu...Wallahu..tetapi kalau nak dikira dari sudut kepayahan untuk mendapatkannya..betul..memang payah pun. Sewaktu nak mendapatkan Kayu Nagasari ini, ianya bukan diperagakan dikhalayak ramai, ianya disorokkan oleh penjualnya kerana...kami dah booking sedari awal lagi....hehehe..