DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, August 12, 2011

Fosil Geraham Gajah
















Yang dipaparkan adalah sebahagian dari Geraham Gajah..asal jenis gajah tidak pula pengasas tahu...kalau pengasas tahu, mungkin pengasas pun telah bertukar menjadi batu macam fosil Geraham Gajah ni. Sesuatu yang menjadi Fosil atau "Jadi Batu" bukanlah akibat terkena sumpahan dari sesiapa, tetapi ianya adalah hukum alam. Proses sesuatu yang menjadi batu bukanlah terjadinya dalam satu jangkamasa yang singkat. Proses yang dikatakan "Menjadi Batu" mengambil masa ribuan atau jutaan tahun, Mengenai fadilatnya pula, Sesuatu yang didatangkan dari jenis Gajah, sama ada ianya untuk Medium Pengasihan ataupun pembias sihir...tidak memungkinkan sipemakainya menyumpah orang untuk menjadi batu dengan menggunakan fosil geraham ini...tetapi masa kini, tak perlu pakai Geraham Gajah jadi batu untuk pembias sihir..tak payah pakai sihir pun Hati manusia yang kebanyakkannya dah keras semacam batu tidak akan tunduk kepada sihir..kenapa??..ini kerana Hati Manusia yang keras semacam batu yang sebenarnya adalah Ahli Sihir..dan tatkala diNeraka Kelak, Hati yang membatu, la akan menjadi bahan bakar kepada pemiliknya yang meminjam dari Pemilik Mutlak Hati tersebut..ini kerana Allah itu Maha Lemah Lembut..masakan kalau nak kembali kepadaNya..hatinya perlulah lembut jua..Hati yang keras perlulah dicuci dahulu di Neraka bagi melembutkannya bagi untuk Kembali kepada yang Mutlak....sekadar renungan..