DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, August 4, 2011

Akar Teras Gemunggal Merah.
















Nak kata merah sangat tu...tak la jugak, ada warna asasnya lagi, iaitu..coklat..tetapi, ada warna kemerahan...dah tua sangat kot..tak pun..aku yang rabun kaler kot...Teras Akar yang sebegini telah disimpan begitu lama oleh pengasas sehinggalah dirasakan telah sampai serunya untuk dipaparkan dan juga untuk dijual sebahagian darinya kepada para sahabat Blog yang setia. Umur Blog yang telah memasuki Tahun 3 dan pengasasnya masih dok belajar A,B,C 1,2,3 lagi. Alhamdulillah, jika tiadalah para sahabat semua yang memberi sokongan yang padu dan berketumpatan tinggi macam teras gemunggal yang dipaparkan, maka tiadalah terdirinya Blog yang bernama Rahsia Alam..Alam Allah...Pengasas masih lagi mencari-cari dan tercari-cari bahagian yang tersirat didalam Alam SemulajadiNya yang penuh berselirat dengan berbagai saknika benda..Buat masa ni pun pengasas masih lagi tidak tahu yang mana diluar sana masih terdapat kepelbagaian kejadian dan keajaiban yang tidak terungkai, masakan si Ungka yang bergayutan pun pengasas tak tahu kenapa dia suka bergayut..kalau manusia tu bergayut..pengasas paham la...kenapa si buaya suka sakat orang-orang kat tepi sungai. Kalau manusia tu menyakat macam buaya tu..pengasas paham la. Kenapa si Nabil Raja Lawak dapat nombor 3, tapi yang paling banyak dapat Rm-nya pun, dia juger, yang menang dapat nombor 1 pun, dapat tak banyak macam dia dapat?...Kenapa kuih Lepat dilipat..kalau lepat buruk tu..pengasas faham la..dan yang paling pengasas tak paham-faham, kenapa manusia ni suka menyalahkan yang benar, dan membenarkan yang salah??...rasanya..pengasas kena pakai Kayu Larak Salah la cam nih, opppssss...kayu tu tak salah..yang bersalah...adalah orang yang tangkap orang yang salah..kerana dia akan berasa bersalah kalau tak tangkap orang yang salah...lagi satu..orang yang serba salah..orang yang serba salah ni selalunya kena belasah..sebabnya dia sentiasa serbanya salah sahaja...alamak, aku pun dah salah dah ni..ni patut cerita bab Teras Gemunggal Merah yang ku rasakan salah...ahhh belasah ajer lah..Salah-uddin al-ayubi pun belasah bertubi-tubi Negara Turki, Negara yang Dahulunya di-Takluki, Kini..Salah, pemerintahnya dulu diumpan dengan Wanita dikanan dan kiri sehinggakan....., apa yang aku merepek niiiii....hehehe..biasa la tu nak bagi tau yang wanita Turki cantik sekali...pehhh, langsung takda kena mengena dengan posting pasal Teras Gemunggal Merah...huhuhu.posssssa nihhhh....Hangpa Posssaaaaa...jangan buat Dosssaaaa...arrrr