DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Eidil Fitri dan Salam Merdeka Se-Malaysia..

ASSALAM'MUALAIKUM'WARAHMATULLAHI'WABARAKATU...SALAM SEJATERA PARA SAHABAT SEMUA, YANG DIKASIHI DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA....INSYAALLAH.




Yang dipaparkan bukanlah Masjid berkubah sebagaimana yang biasa dipaparkan orang lain dalam menyampaikan mesej Selamat Hari Raya kepada rakan taulan serta sahabat handai. Yang dipaparkan hanyalah Khadam Pengasas yang terbaru diimport dari Negeri Jermen. Khadam yang diimport dari Negeri Cina sebelum ini telah meletakkan jawatannya kerana Khadam tersebut telah tidak mampu memegang teras gemunggal yang berkualiti dengan teguh untuk dilarik oleh pengasas, Mungkin Khadam tersebut telah beransur tua kut..dah tak larat menjalankan perintah disebabkan tempahan para sahabat yang berderet. Walau bagaimana pun, InsyaAllah, Khadam Jet yang dipaparkan memungkinkan pengasas menepati tempahan para sahabat semua semacam roket sebagaimana nama Khadam ini...InsyaAllah.




Didalam kesempatan ini, Pengasas hanya mampu menyusun jari dan berkata-kata, Maafkanlah pengasas atas segala kedaifan dan kekurangan diri dalam bentuk apa jua yang telah Pengasas sampaikan dan paparkan didalam Blog Rahsia Alam. Sesunggunya, ianya adalah gurauan dan juga sebagai renungan kepada kita semua. Untuk para sahabat yang telah menempah barangan sebelum ini yang masih tidak menerimanya, Pengasas akan membuat pengeposan selepas hari lebaran. Ada juga tempahan yang tidak diproses oleh pengasas kerana pembayaran tidak dibuat terlebih dahulu. (Terma Syarat Blog Rahsia Alam adalah : Tempahan akan diproses setelah Permaharan/Pembayaran telah Dibuat oleh Penempahnya), ini disebabkan yang menempah dan apabila mendapat barangan, lalu bab permaharan dilupakan oleh mereka..pada pengasas, Alhamdulillah, mereka tidak berhutang apa-apa dengan Pengasas, Mereka berhutang dengan Allah sesungguhnya. Penempah yang berkunjung terus ketempat Pengasas kebiasaannya mendapar Priority kerana tempahan dapat dibuat terus didepan mata para penempahnya. InsyaAllah, kepada para sahabat semua, Pengasas Mengucapkan Salam Eidil Fitri, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Maaf la kalau Pengasas tak sempat membalas SMS Ucapan..Bukannya apa bro..Banyak sangat...dengan ini juga...Salam MERDEKA Se- MALAYSIA....




Wassalamualaikum' Warah'matullahi'Wabarakatu..

Tempahan Bersambung...Tasbih Gaharu

Larikkan biji tasbih dari jenis kayu gaharu yang masih dalam proses pembuatan..punya la banyaknya yang aku nak kena siapkan..tetapi, yang ni bukanlah kadar segera yang perlu disiapkan. Tempahan para sahabat semuanya saya dahulukan, tetapi ikut Que la..(No Giliran la tuh)


Yang paling banyak mendapat tempat dihati para sahabat semua adalah dari jenis Teras Kilo@Gemunggal@Kelor..yang dipaparkan adalah potongan untuk pembuatan tasbih..yang ni lepas raya lah baru dapat disiapkan. InsyaAllah

Thursday, August 25, 2011

Pendekar Gempur Berkalimah Semulajadi.









Permata Pendekar Gempur yang dipaparkan bukanlah dilarik dengan KalimahNya..Sesungguhnya ianya terjadi dengan tidak sengaja sewaktu ianya ditempa, ianya adalah KehendakNya Belaka. Pengasas membuat permata ini atas tempahan seorang sahabat dimana ianya untuk beliau hadiahkan kepada seseorang, dan pengasas telah menempa dalam beberapa butir untuk beberapa sahabat yang lain juga. Apabila hendak mengosok permata ini, pengasas perasankan akan bentuk kalimah yang terjadi dan pengasas tidak mengosok bahagian ini kerana keunikkannya. Kalimah yang dilarik lebih sempurna bentuknya sedangkan Kalimah yang terjadi secara semulajadi agak unik. Pandangan jarak dekat, KalimahNya tidak berapa kelihatan, tetapi jika dari pandangan jauh, ianya agak menyerlah. Allahu...Dah rezeki sahabat miker yeop...ada yang disebaliknya tu...

Pendekar Gempur

Tempahan berbentuk empat segi.


Bahagian bawah permata Pendekar Gempur yang memaparkan bahan-bahan yang digabung.




Jika nak dibandingkan dengan jari saya, mak ai..besor yeop...tapi yang ni sahabat saya berbadan sasa...sesuai untuknya..

Tasbih Teras Kilo@Kelor@Gemunggal..Tempahan Siap
















Tempahan yang baru siap untuk sahabat. Alhamdulillah...yang lain tu kena tunggu sikit ajer lagi nak siap. Dah siap jer nanti saya terus poskan. InsyaAllah.

Gemunggal..Potongan Raw..

Ini adalah potongan Raw dari teras kilo@Kelor@Gemunggal. Dipotong pada bahagian yang berkualiti. Ianya adalah tempahan seorang sahabat yang mahukan dalam bentuk Raw....


Nibung Tunggal Merah

Seimbang..tanpa ditopang...







Cincin Nibung Tunggal Merah Tempahan Sahabat..dah sampai kut agaknya pada tuannya..

Wednesday, August 24, 2011

Teras Kalimah Rahsia Kejadian Alam....

Teras ini pada sebelumnya tidak pula pengasas buatkan permata cincin, saja-saja lah nak buat nak tengok uratnya..Sesungguhnya Allah itu Segalanya..telah diNyatakan kepada hamba-hambaNya jua.."Tidak Aku Jadikan Alam Ini kerana Muhammad"..saya ada mendapati urat pada permata ini ada yang menyerupai Kalimah Min Ha Mim Dal, Yaasin serta seperti ayat-ayat tulisan Arab...

Teras ini juga saya perolehi secara tunggal..tidak dalam kuantiti yang banyak..tetapi yang banyaknya adalah keunikkan yang terdapat pada urat kayunya yang merujuk kepada Alif, Lam Mim...Alam

Tuesday, August 23, 2011

Dalam Proses Pembuatan...Tempahan Tasbih

Masih dalam proses pembuatan...nampak ajer macam senang..tapi banyak prosedur yang nak kena lalui sebelum ianya menjadi Utas Tasbih.


Baru dua ni ajer yang siap dibentuk, tu belum lagi dipotong sebutir-sebutir, lepas tu nak digosok lagi..kalau ada mesin gosok senang ler keje..tapi bahagian gosok adalah dengan tangan..




Dari setongkol hanya dapat banyak ni..pembuatan tasbih banyak terasnya terbazir kerana untuk membentuk biji tasbih akan menghasilkan habuk dan serpih teras yang banyak..habuk dan serpihnya tak banyak yang dapat digunakan, melainkan ianya dibuat minyak..tapi pengasas tak buat minyak...mana ada masa....Tasbih yang diproses ini adalah tempahan dari beberapa sahabat...InsyaAllah, paling cepat 3 hari..paling lewat 7 hari...dah siap nanti saya buat posting mengenainya dan dihantar kepada sahabat yang telah menempahnya...InsyaAllah..

Bahan Tasbih dari Teras Kilo@Gemunggal

Teras yang hampir kehitaman dari kualiti yang terbaik dalam simpanan pengasas blog.







Ini adalah sebahagian dari bahan untuk pembuatan tasbih teras gemunggal. Potongan ini dibuat kerana tempahan dari beberapa sahabat untuk biji tasbih.

Monday, August 22, 2011

Baekkk Punya...







Tempahan sahabat...Teras Kilo@Kelor@Gemunggal yang tua matang, jenis ni buang kat dalam mulut buaya pun, buaya tu gerenti tenggelam dalam air, tu belum lagi badak air. Kalau bawak naik kereta, kereta tu gerenti berjalan punya..tu pun kalau dah diisi dengan minyak petrol..Kalau si pemakai teras ni nak terbang pun boleh jugak..tapi kena la naik kapai terbang. Kalau nak jadi ghaib pun boleh jugak...kita bakor jer..lepas tu, abu nya buang kat sungai...gerenti ghaib bro wa cakap lu...hehehe...Gurau ajer....sebab banyak tahyol dari toyol..yang percaya pulak....memang la bahlol....yang pastinya..kalau kena gigit nyamok..gosok ajer teras ni kat tempat yang kena gigit..InsyaAllah, hilang rasa gatalnya...yang tu aku gerenti sebab dah pakai..kalau tak hilang jugak gatalnya..yang tu bukan kena gigit nyamuk...yang tu kurap...

Teras Kelor@Gemunggal Cukup Matang




Keratan rentas dari Teras yang berkualiti untuk perhatian sahabat yang telah menempah untuk pembuatan Mata Cincin dan Gelang..Ianya akan disegerakan dalam proses pembuatan...InsyaAllah...

Beluru..




Buat para sahabat, ini adalah teras beluru yang mahu ianya dipaparkan untuk perhatian...beberapa jenis teras juga akan digabungkan bagi pembuatan mata cincin seperti yang sahabat inginkan.

Terima Kasih....




Terima Kasih buat para sahabat yang telah menempah permata teras kelor@gemunggal daripada pengasas. Yang mana dapat terlebih-lebih tu, ianya bukanlah sebagai sedekah..tetapi ianya adalah Hadiah dari Pengasas Blog buat para sahabat semua...Alhamdulillah

Friday, August 19, 2011

Teras Gemunggal untuk Dijual....mari-mari-mari beli...

Dari jenis yang tenggelam..sampailah yang timbul...



Dari yang takder kaler sampailah yang kaler itam...





Pilihan ditangan para sahabat semua..tepuk dada...tanya hati...hangpa pilih lah sendiri ...




Kawin satu dapat satu, kawin dua dapat dua..kawin tiga..dapat lapan...kalau hangpa kawin lapan..gerenti lari nyorok dalam jamban. Kalau hangpa nak kawin empat dan hidup tak nak kacau bilau....hangpa pi menuntut ilmu dengan S.Y...siapa lagi...Salleh Yaakop la bro..terer wooo orang tua tu.....



Terpulang kepada para sahabat yang berminat untuk memiliki teras kayu dari jenis teras Gemunggal@Teras Kelor@Teras Kilo yang dipaparkan. InsyaAllah cukup untuk para sahabat semua...cuma jangan tempah satu lori 18 Tan sudah lah...macam tu tangan aku pun tak kebal dah kalau dok canai sampai banyak macam tu, silap ari bulan roti canai pun belum tentu boleh pegang sumbat kat dalam mulut. Jika para sahabat tidak mahu dalam bentuk yang siap dicanai, boleh juga didapati dalam bentuk potongan raw..tetapi harganya mungkin ada lebih la sikit dari yang telah dicanai..harganya juga tertakluk pada potongan bahagian serta saiz...

Teras Kelor @ Teras Gemunggal

Permata yang dititipkan dari jenis teras gemunggal hutan yang memiliki fadilat yang diistilahkan sebagai peluntur asid..tetapi sejauh manakah ianya mampu bertahan jika hanya dijadikan sebagai tatapan semata?...tetapi kalau orang dulu-dulu dah perturunkan pengetahuan dari pengalaman mereka sedangkan kita masih lagi ditakuk yang baru macam nak ambil tahu...itulah sebabnya jika tak nak ambil tahu...kan sekarang ni ada banyak kes mangsa simbahan asid??

Di dada-dada akhbar masa kini, hot, panas, geram, kesian dan berbagai lagi tentang perkhabaran tersebut..tetapi bila kita tak ambil iktibar darinya..teras gemunggal yang dijual diBlog-Blog yang ada cuma jadi pengantara yang tiada makna..tetapi bila dah terkena..baru lah nak mencarinya pula. Apakah salahnya bila tengah ada ianya disimpan pakai..ramai la sahabat-sahabat saya yang memiliki teras gemunggal yang mereka jual mengeluh kerana tidak dapat membantu kepada yang menjadi mangsa simbahan asid..kata mereka, bila time tak kena tak nak beringat...bila dah kena..pakai teras gemunggal dah tak berguna..yang berguna hanya kayu papan untuk buat keranda ajer.




Pengasas bukannya nak promote teria-ia nak kan teras gemunggal ni laris. Tetapi pengasas termenung panjang dan merasakan tiada daya upaya nak membantu mereka yang telah menjadi mangsa. Setahu pengasas, ada ramai bloggers yang menjual teras gemunggal ni yang menjualnya dengan nilai yang mampu dimiliki oleh mereka-mereka yang berpendapatan rendah..ada kalanya, para bloggers ni ada juga yang memberinya secara percuma sebagai hadiah sampingan..bukan apa para sahabat semua. apabila tengah ada, beli ajer..sebutir ke, setongkol ke..buat tagan...tak perlu pun beli dari pengasas jika merasakan kut pengasas nak promote sangat..ada Blog yang menjualnya dengan nilai rendah diantaranya, Blog Cikgu Nasir, Blog Zamrudtech,Blog Megamistik, Blog KayudanTeras, Blog Tasukri,Blog Cikgu Mie, Blog Teras Kayu dan Permata..serta berbagai-bagai lagi Blog yang ada (Cuma Blog Tok Ayoh jer yang tak jual teras gemunggal dia...tapi ada dia bagi penerangannya)..Kalau hangpa ada dok ingat ke depa..ingat la kat aku skali....hehehe...InsyaAllah,Para bloggers yang telah saya senaraikan adalah bloggers yang menjual teras gemunggal yang benar-benar asli dan yang paling pentingnya, mereka menjualnya dengan nilai yang para sahabat semua mampu miliki..marilah kita berusaha mengelakkan sesuatu yang tidak kita duga dan ketahui...la ni orang dah tak main pukau-dan sihir lagi..depa terus main simbah asid ajer...saya hanya berusaha dengan menyatakan kepada sesiapa yang berfikiran terbuka tentang fadilat yang diketahui oleh orang-orang lama menerusi petua tentang perihal teras gemunggal..Allah sahajalah yang melindungi mereka-mereka yang teraniaya...InsyaAllah...InsyaAllah...InsyaAllah...Astargh'firullah'hal'azim

Wednesday, August 17, 2011

Cincin Teras Gemunggal...

8 bentuk cincin teras gemunggal yang berkualiti ini untuk dijual.


Teras gemunggal yang berkualiti dipilih daripada bahagian-bahagian tertentu untuk dijadikan Cincin yang dipaparkan.




Kilatan dari teknik gosokkan kayu dengan kayu..(Wood Friction)






Mata cincin yang tidak menonjol..ramai para sahabat tidak mengemari mata cincin yang terlalu menonjol..atau dengan kata pendek.. " cincin bomoh mana nih".



Cincin yang dipaparkan boleh ditebus atau dibeli, cuma nyatakan saiz jari, nilai harganya juga termasuk kos cincin dan kos penghantaran dalam Negara..Kos tambahan akan dikenakan untuk penghantaran Luar Negara mengikut cas yang dikenakan oleh pihak Poslaju. Pengasas Blog akan membuat cincin yang lain, jika saiz jari tidak bersesuaian..Teras Matanya masih tetap dari jenis yang berkualiti...kalau nak bubuh jenis gredingnya pula...Gred A di kali 18 juta kali...walau memiliki gred A 18 juta kali sekalipun, pemakai cincin teras ini tetap tidak boleh bernikah 18 bini sekali gus, dan untuk menjadi gaban pun tak boleh, untuk bertukar menjadi kereta kebal pun tak boleh kalau nak jadi kebal..tetapi yang pastinya GERENTI..ianya adalah sebagai hiasan jari di Aidil Fitri. Kalau nak buat sebagai pelaris pun gerenti menjadi..tetapi syaratnya..kene siapkan Ang-Pou dengan nilai top-up yang banyak..kalau tak cukup pun takpe.. buat jer cincin tagan untuk penam-pou kat pipi, gerenti nampak anak bulan dan bintang..hehehe..jika berminat..sms ajer kat no tipon pengasas yang tertera di atas....wassalam, selamat berposaaa....

Teras Gemunggal..Tempahan Buah Loket.

Tempahan yang belum ditebus...Buah Loket Teras Akar Gemunggal







Sahabat saya bertanya kepada saya, boleh tak buat canaian yang menampakkan teras ni macam teras semeru...dia berkata lagi.."orang dok sebok cakap teras semeru tu teras gemunggal sebab urat terasnya, la ni aku nak teras gemunggal tu sebijik macam teras semeru lak. Apa la yang dok sebok sangat dengan teras semeru tu"..jadi, saya pun mencuba membuat canaian menyerupai teras semeru....tetapi wahai sahabat..teras gemunggal tu tetap teras gemunggal..semeru tetap semeru....nasib baik dia tak cakap pokok rhu tu pokok semeru...hehehe
Canaian macam ni ajer yang mampu saya buat bro....














Memang benar kata sahabat saya, cara potongan dan canaian boleh membuatkan orang menyangka bahawa teras gemunggal tu teras semeru...penyamaran yang baik..tetapi, orang yang mengetahuinya sudah pasti dapat membezakannya, walaupun dicanai secara tunggang terbalik...