DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualai'kum kepada Para Sahabat Blog Rahsia Alam yang diRahmati Allah.

Dengan kesempatan ini, Pengasas sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia kepada keseluruhan Umat Islam di Malaysia Am-nya dan di seluruh Dunia umumnya. Marilah kita bersama-sama merenungi keperibadian Diri serta menyelami isi Hati dalam menjalankan Ibadah seharian di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang dimuliakan Allah.

Wassalamu'alaikum warrah matullahi Ta'ala wabarakatu...

Friday, July 29, 2011

Native Gold..Gold Nugget..Gold Ore









Ini lah yang terjadi..Batu Meteorite yang dah rupa Basalt..bila dikaji pula tak jumpa nama...tetapi apabila didalami didalamnya...inilah bahan yang terkandung selain dari Platinum..Si Wak Karimon pun tak sangka..Batu yang seberat 2.5kg disangka Lunar Meteorite..tetapi terjadi disebaliknya pula..yang disangka Pyrite mengandungi Serpentine, Dunite, Chromite,Iridium,Osmium, sperillite,nickel serta berbagai lagi jenis yang telah bercampur aduk didalam satu ketul batu yang tak disangka-sangka..Allahu...Maha DasyatNya...

Native Platinum..Cempedak dah jadi Naga




Ini adalah sejenis logam yang Raw dari jenis Platinum...pengasas dapat macam mana???itu lah..kalau cempedak dah jadi nangka, nangka pula dah jadi buaya rupa-rupanya si naga..Alhamdulillah..

Besi Badar..




Besi Badar ini adalah simpanan terakhir pengasas...ada seorang sahabat yang mahu melihatnya dari dalam paparan.

Tektite..




Tektite...terhasil dari letusan hentaman Meteorite dan ada juga bahan sepertinya dari serpihan letusan dari Gunung Berapi...

PEMBERITAHUAN...

Salam Sejahtera buat para Sahabat semua. Jika para sahabat yang cuba menghubungi talian 019-3387074 dan jika tiada reply, adalah lebih baik menghubungi pengasas melalui talian 0192563074. Ini kerana Mobile-Phone tersebut tersampuk dengan bebatu yang ada termasuklah sejenis batu yang sebelum ini dipaparkan didalam blog sebagai batu meteorite. Maka Mobile-Phone tersebut telah dihantar berubat dengan Pakar Bomoh yang bernama Zitron. Bila Pengasas bertanya pada bomoh tersebut..katanya, huiyo ta tau wo, mana pernah jumpa ini macam punya sakit..takpa kita kasi yampi nengok..So buat para sahabat semua. Sms atau menghubungi terus kepada talian 019-2563074 untuk pelbagai urusan, InsyaAllah, apa bila talian yang tengah sakit tenat tu dak ok nanti, akan pengasas umumkan..InsyaAllah..

Wassalam...Pengasas Blog Rahsia Alam

Thursday, July 28, 2011

Batu Besi Petir Merah




Batu Petir sememangnya amat payah diperolehi, inikan pula jenis yang mengandungi besi, yang dipaparkan adalah koleksi pengasas dalam bentuk Raw. Batu petir juga dikaitkan dengan batu meteorite..mana satu betul ni?..pada pendapat pengasas...sama ajer..asal dari langit.

Basalt...






















Untuk Paparan sahaja...

Lunar Basalt

Meteorite 1..
















Tompokkan berkilau adalah bahagian besi manakala yang berwarna seperti damar berkilau adalah sejenis bahan yang dipanggil sebagai olivine. Ada berbagai jenis Meteorite dari Chondrite, Acondrite, Pallasite, Luna A, Luna B, Mesoderites, Martian Meteor dan berbagai lagi. Apa yang dipaparkan adalah sebahagian dari jenisnya cuma tiada kajian yang standard bagi menyatakan bahan-bahan yang dikandungi oleh Batu Besi Meteorite ini. InsyaAllah, jika ada peluang nanti pengasas akan mendapatkan pengesahan dari pakar yang bertauliah bagi mendapatkan nama sebenar jenis Meteorite yang dipaparkan...InsyaAllah..

Meteorite 2














Bahagian yang masih didalam Kajian..masih belum mendapat keputusan mutlak dari jenisnya. Tetapi ianya seperti Karbon yang memiliki logam Nickel...wallahu, InsyaAllah , kita tunggu keputusan dari pakar yang bertauliah.

Wednesday, July 27, 2011

Teras Larak Salah..




Hanya terdapat beberapa butir sahaja dan bukannya banyak yang diperolehi...sebahagian sahaja. Permata yang dipaparkan adalah untuk dijual atau dimaharkan. Seperti apa yang pernah dikatakan oleh seorang blogger yang sangat saya hormati dan beliau pernah menyatakan tentang Fadilatnya iaitu, jangan percaya pada teras kayu, cuma anggaplah ianya sejenis spesis yang amat jarang ditemui dan diperolehi disimpan sebagai koleksi. Yang dikatakan sebagai medium Pelimun, Pembias dan Pelembut, ianya hanya perantaraan sahaja dimana sandaran Kepada Allah semata-mata adalah yang Se-ianya..




Permata Teras Gabungan







Permata Teras Gabungan yang terdiri dari jenis Raja Kayu Putih, Raja Kayu Hitam, Raja Kayu Merah, Raja Kayu Damar Minyak dan Teras Gemunggal@Teras Kelor. Dititipkan untuk seorang sahabat dari Bandar Baru Uda...Salam Ramadhan...

Tuesday, July 26, 2011

Stony Iron Meteorite

Dua butir yang sedia untuk dimaharkan...


Nak potong satu kejer la pulak..nak canai pula pun berbagai kerenah...tetapi Batu Besi Tahi Bintang ni memiliki satu fadilat Pemancar kekuatan Fisikal..salah satu fadilatnya. Ini disebabkan saya telah hampir 2 hari tidak tidur dan badan tidak merasa letih kerana membuat kerja-kerja membersih, memotong dan mencanai Batu Besi Meteorite ni. Dalam masa tersebut saya juga membuat kerja-kerja lain dan peliknya sentiasa energetik..Alhamdulillah..tah apa puaka la pulak ada kat batu ni...hehehe. ni pengalaman saya la.. kut kata pakai batu meteorite ni ada benda-benda yang lain tah tak tahu la pulak...




Bahagian Bawah Permata yang bersaiz agak sedehana. Ada orang yang suka permata cincinnya dalam keadaan fisikal yang asal dan ada juga yang meminatinya dalam bentuk canaian yang sempurna.


Saya sendiri tak habis lagi mengkaji batu ni. Maklum lah, jenis meteorite ni ada berbagai spesis, ada lunar A la, Martian la, ada berbagai dimana akhir namanya banyak yang berbunyi tite, kite, cite dan berbagai..kandungan terbahagi kepada jenis batu dan juga jenis besi ada juga yang bergabung antara besi dan batu serta komposisi mineral yang lain. Apa yang membuatkan Batu atau Besi Meteorite ni menjadi sejenis Pemancar Energi, ianya masih lagi dikaji oleh para Saintis di seluruh dunia. Dari sudut kajian juga, ada pendapat para saintis yang mengatakan tentang kewujudan kehidupan di planet lain dengan mengkaji batu-batu meteorite yang diambil dari angkasa lepas maupun yang telah gugur ke Bumi. Ini dari sudut pandangan yang berdasarkan kajian saintifik, tetapi kajian masih diteruskan kerana, Alam ni kan luas, hari ni depa kata kut ni...besok depa kata kut lain pulak...tah la..saya sendiri pun tak berapa tahu nak bagi tahu..sebab hari ni saya tahu..kut-kut besok..atas perkara yang sama..mungkin saya tidak tahu...lagi banyak kita tahu...lebih banyak yang kita tak tahu...yang ya nya.....Wallahu..Allah MAHA Mengetahui.

Monday, July 25, 2011

Paku Rel, Paku Jambatan Lama




Ada beberapa sahabat yang bertanyakan mengenai Paku lama yang ingin ditempa kembali untuk dijadikan sebagai Badik, Keris dan berbagai lagi...kini pengasas mempamerkannya untuk dijual kepada yang berminat....benda bukannya ada banyak...siapa yang cepat, dia dapat dulu...SMS Pengasas jika berminat. First Come, First Serve.

Loket Timah Hitam dengan Batu Besi Meteorite

Loket yang telah siap dalam bentuk yang tidak dirancang.


Leburan Timah Hitam bersama-sama campuran Batu Besi Meteorite dalam acuan..




kena la bagi sejuk dulu...






Baru boleh pegang..kalau tak..melecur beb...tak kebal dahhh...








keadaan yang yang siap...pakai cam ni dah la...kalau ada orang bertanya, kata ajer ; Ni timah yang melekat kat tayar lori tu...sajer buat tagan kat leher.....hehehe

Meteorite

Batu Besi Meteorite...Fadilatnya...Hanya Allah lebih mengetahuinya...kut nak kata kebal kang...bebal la pulak...

Berbagai pendapat...tetapi, tenaga pancaran darinya...haaa...tahan la..



Ketul-ketul yang sedemikian untuk dimaharkan..atau dengan dengan kata yang lebih jelas lagi...untuk dijual...for sale...





Bahagian ni pula adalah sebagai salah satu daripada bahan pembuatan Permata Campuran Batu dan Besi...Permata Pendekar Gempur...

Menuntut Ilmu Perubatan Traditional

Yang Berbaju Kuning tu digelar Pak Yeop...Yang berbaju putih tu adalah seorang pelanggan yang berbangsa Cina..ahhh pengasas dah tak ingat namernya, tetapi beliau sedang dikung-fukan oleh Pak Yeop tentang pengetahuan mengenai Herba Traditional. Pak Yeop ni tak kedekut Ilmu, dan Beliau juga amat terkenal dikawasan Kuala Kangsar, Perak. Sultan Perak pun mengenali beliau sampaikan beliau nak menyorok dari Tuanku pun payak..dari sisi pandang pun Tuanku Sultan mengenali beliau...maklum la..orang lama dan orang yang menjunjung Ilmu Tradisi sehingga kini. Pengasas juga banyak diberi tunjuk ajar oleh beliau serta beberapa lagi orang-orang lama disana. Alhamdulillah, sementara masih ada.


Punya la banyaknya herba-herba yang diolahkan sendiri oleh beliau dan beberapa kenalan beliau, Selain dari Pak Yeop, ada seorang lagi yang pengasas tidak paparkan gambarnya oleh sebab takut di pinang oleh awek-awek yang berkenan...Pak Talha, memang berpengalaman dalam arus Teras Perkayuan...bayangkan lah, beliau yang juga salah seorang yang disegani oleh Masyarakat sekitarnya. Pengasas juga banyak belajar dari beliau mengenai Ilmu Teras Perkayuan, Akar Herba, Dedaunan dan berbagai lagi...sehinggakan Pengasas Muntah keluar Akar kayu akibat banyak sangat pengetahuan mengenainya yang perlu dimamah didalam kepala. Walau bagaimana pun Pengasas amat berterima kasih kepada mereka-mereka yang menurunkan Ilmu yang telah putus dan hampir pupus ditelan dek Zaman kepada pengasas...Alhamdulillah


Kebanyakkan herba-herba yang tersedia dibekalkan kepada Pengusaha-pengusaha herba traditional yang terkenal dan produk-produk tersebut juga hampir dijajakan hampir keseluruhan Negara kita, salah satunya adalah kepada Syarikat Afiat...Pengasas hanya mendapatkan jenis-jenis teras yang payah diperolehi dari Beliau dan tidak kurang juga barangan Mistik yang Beliau jumpai didalam Hutan Banat..kekadang tu, beliau tidak kurang juga terserempak dengan jin-jin yang mempamirkan diri dalam olahan yang tidak dapat dicapai oleh hukum akal didalam hutan...Cuma Pengasas Berdoa akan keselamatan mereka agar tidak menjadi jin juga untuk join bersama-sama dengan jin-jin yang ada untuk bermain ten-ten..hehehe...Alhamdulillah, teruskanlah usaha murni Pak Yeop dan Pak Talha serta kenalan-kenalan yang ada, InsyaAllah ada masa nanti, teman naik lagi lah ke Kuala jumpa memiker smua...apa nak ada, ni semua cerita Dunia....

Cendawan Harimau

Dari Kulat...menjadi Cendawan...Fadilatnya pula bagi Mengubati Penyakit Kancer tahap satu...kalau dah tahap yang last tu ..kira tunggu Harimau ngap ajer la...dah tak pakai lagi Kulat Susu Harimau dah..hehehe..Gurau ajer.

Gaharu untuk Bukhur




Gaharu yang belum diolah menjadi Bukhur..ada juga diolah menjadi Ubat, Gaharu ni memiliki sejenis Resin yang mengandungi Agen Anti Septik...