DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, June 29, 2011

Pendekar Gempur...




Dua bentuk cincin gempur dan sebentuk cincin teras 47 yang telah siap diolahkan..sedia untuk disampaikan kepada sahabat yang menempahnya...ianya adalah Amanah yang dipikul oleh Pengasas selagi ianya belum sampai kepada sahabat yang menempahnya...InsyaAllah, akan diposkan...inilah yang termampu oleh pengasas dari sudut pembuatan. Segalanya adalah dari Allah...




80% proses pembuatan yang siap...seterusnya permata ini akan dicanai bagi melicinkan permukaan permata serta bentuk pada bahagian permukaan permata yang serata dan sekata.


Bahan dari logam-logam terpilih serta batuan yang digabungkan menjadi permata yang digelar Permata Pendekar Gempur...


Tidak diklasifikasikan sebagai Cincin Besi 13 atau pun Besi 21...Titipan Permata Pendekar Gempur adalah dari Ilham Allah dan ianya tiada bernama pada asal pembuatannya....Pengasas tiada daya upaya bagi menyatakan akan kelebihan fadilatnya..jika memakai Permata Gempur..ikutlah dari Gerak Rasa Hati..cuma jangan mengikut gerak rasa Hawa Nafsu....wallahu

Teras 47...Permata Cincin Perak (Tempahan)

Teras Permata 47 tempahan sahabat...Penyudahan pembuatan


Beginilah asalnya..potongan kayu dan teras sebanyak 47 jenis dimasukkan kedalam acuan kelongsong dari Teras Akar Gemunggal.




Teras dari bahagian Akar yang berkualiti dipilih bagi pembuatan sarung kelongsong...agak rumit untuk membuat lohong kelongsong dari teras ini yang begitu keras...silap ari bulan...berlubang tangan, bukan teras kayu yang berlubang...

Teras Setanah..

Telah dipaparkan dahulu mengenai Teras Setanah mengenai Fadilatnya..kini ianya didatangkan dalam bentuk Permata Cincin dan Loket.


Teras Halban...

Dalam dunia perubatan, tidak dapat diasingkan lagi teras jenis Halban Rontok...jika gabungan beberapa jenis herba rebusan dibuat, tidak dapat dikecualikan dari jenis teras Halban sebagai salah satu dari Ibu Herba...

Kumpulan Koleksi Teras..Potongan Raw..

Teras dan kayu yang diolahkan dalam potongan Raw untuk dimaharkan sebagai Koleksi. Terdiri dari beberapa jenis teras Pilihan oleh para sahabat yang meminati teras perkayu. Sms Pengasas untuk Pilihan dari jenis-jenis yang sahabat ingini....


Teras Kemuning Sutera Emas...

Lagi sejenis spesis yang amat jarang ditemui...Kemuning Sutera Emas....Sutra Mas...


Memiliki Alur kayu seperti Sutera dan kilatan Emas...Fadilatnya pula...tungguuuuuuuuuuuu....




Teras Kayu ni baru diperolehi oleh Pengasas.....Jungle Farm....

Larak Salah Pasakkan Istimewa

Terdiri dari Larak Jantan, Betina, Rotan Songsang, Buluh Tumpat, Tempurung Buta, Tahi Besi, Timah Hitam dan kalau nak tambah lagi...selitkan sedikit Kayu Nagasari...Belum cuba belum tahu..dah cuba...menung sagu....loket kayu, buat gundu..


Nagasari

Permata Teras Nagasari dari Cirebon...ada juga yang didatangkan dari Solo....tetapi dari Solo warna kayu nagasari agak coklat kemerahan. Dikatakan oleh beberapa Guru teras perkayuan tentangnya, Nagasari adalah Kayu yang dilabelkan sebagai kayu nombor 1 diikuti dengan Dewadharu, Kelor, Setigi dan sebagainya...walau bagaimana jua, pada Pengasas...setiap kayu dan teras pasti ada keistimewaan tersendiri...tiada nombor satu, dua dan tiga....cuma kayu nagasari ni agak payah nak diperolehi sahaja... naga DragonFly banyak la....


Butiran Biji Tasbih dari Raja Kayu Putih

Raja Kayu Putih sememangnya diketahui memiliki berbagai fadilat..lebih-lebih lagi untuk perubatan.


Butiran biji tasbih maupun gelang sememangnya mendapat perhatian dan permintaan dari para sahabat Blog yang menempahnya dengan nilai mahar yang kekadang memutihkan biji mata. Tetapi jika dah minat kalu...apa salahnya jika dimiliki dalam bentuk yang diabadikan dalam kegunaan seharian.

Larak yang Bersalah....hehehe...

Potongan Larak Jantan dan Betina yang memiliki Tabie salah....jenis ni dari jenis akar yang melilit ke Kiri...


Larak Salah yang asli kebiasaannya dipercayai memiliki fadilat Pelimun, Pelembut dan Pembias. tidak dikira samaada jenis jantan atau pun yang betina. Fadilatnya sama sahaja..tetapi adalah lebih baik jika ada kedua-duanya. Larak Salah jika nak diuji ada berbagai cara....salah satu caranya adalah terjun dari bangunan tinggi...kalau dah jatuh, si pemakainya masih hidup..bermakner pemakainya terjun pakai paracut....kalau mati, bermakna...memang dia frust menongging sebab tak dapat join siri Maharaja Lawak kat Bangladesh....pehhh..langsung takde kena mengena dengan fadilat larak salah....Larak Salah yang dipaparkan adalah tempahan para sahabat yang mahukan dalam bentuk Loket serta dipasak dengan beberapa bahan lagi...




Tempahan Gelang Teras Gemunggal Hitam

Punya la susahnya nak menggosok kayu ni sampai jadi bulat-bulat...


Tempahan ulangan dari sahabat yang meminati teras gemunggal jenis yang berwarna coklat kehitaman...InsyaAllah, ianya akan siap tidak lama lagi...jenuh weh nak gosok..

Peninggalan Lama Turunan..

Ini adalah Logam Tembaga Lama dari Cerebon yang digunakan oleh Turunan Keluarga kepada Pengasas Blog.


Solid dan Berat serta panas....kalau pengasas kata ni besi kuning..silap ari bulan mak sedara ketuk kepala aku dengan logam ni.....hehehe..




Logam Tembaga ini dibuat sebagai Alu lesung untuk menumbuk berbagai bahan. Masa pengasas kecik-kecik dulu Arwah nenek pengasas suka membuat kuah Ketupat dan...siapa lagi yang kena tumbuk kacang tanah pakai lesung nih....aku lerrrr...hehehe...Al-Fatihah buat Nenek ku...

Wednesday, June 22, 2011

Tasbih Teras Gemunggal 33 Butir

Tasbih Teras Gemunggal 33 Butir yang diolahkan mengikut gerak hati.


Ianya bersaiz sederhana dan sesuai dibawa kemana sahaja....simpan dalam poket ajer...




Sebahagian teras yang berwarna kehitaman....lama-lama pakai...berkilat wooo...






Tasbih jenis Teras Gemunggal 33 butir ini diolahkan sedemikian agar ianya senang dibawa kemana sahaja dek kerana Tasbih 99 butir yang agak begitu panjang dan kekadang tu ianya dikalungkan ke leher pembawanya kerana nak simpan didalam poket tak sesuai...tetapi kalau nak pakai macam kalung pun apa salahnya... Bertasbih dengan jenis-jenis teras amat diunjurkan oleh masyarakat orang-orang lama tambahan pula jika ianya dari jenis teras-teras yang berfadilat. Saya membuat Tasbih dari jenis teras-teras berkualiti kerana...saya suka membuatnya...hehehe...

Gelang Teras Gemungga...Tempahan

3 Set gelang Teras Gemunggal yang setiap satunya mengandungi 19 Butir...(Tempahan Para Sahabat).


Teras Gemunggal yang berkualiti dan terpilih dari bahagian-bahagian yang tertentu pada akarnya..Tempahan untuk Gelang ini terbuka kepada sesiapa yang berminat..InsyaAllah..

Tasbih 33...Tempahan Sahabat

Gabungan dari Jenis Teras Gemunggal, Teras Kemuning Kuning dan Raja Kayu Putih..


Sebutir Raja Kayu Putih...




Pembahagi pada setiap 11 Butir..Tasbih ini adalah tempahan sahabat yang baru disiapkan..InsyaAllah, ianya akan disampaikan kepada pemiliknya..

Tuesday, June 21, 2011

Buluh Bertemu Mata @ Buluh Bertemu Ruas..

Pada paparan sebelum ini dipaparkan dua unit sahaja..Kini yang tinggal hanya yang dipaparkan..ada beberapa sahabat yang booking buluh ni...tetapi macam biasa lah...siapa masuk dulu dengan Nilai Maharnya...kira dia punya...Pengasas dah malas nak tahan-tahan...

Kayu Tas Semenanjung...Saiz Besar

Kayu tas dari Tanah Semenanjung...memiliki bau yang seakan Kayu Tas Sarawak...


Saiz yang diperolehi pada kali ini agak besar sari biasa. Sesuai dibuat Key Chain, Tasbih, Gelang, Loket dan Permata Cincin.

Lek Lai...

Peacock Ore Stone atau Lek-Lai..dikenali sebagai batu yang membawa tuah kepada pemakainya...menjadi sesuatu kepercayaan dikalangan kaum Cina.


Sebahagian dari koleksi yang ada...buat masa ni la...mana la tau kot lepas ni dah takder....

Akar Kayu Gigit Batu..

Bahagian Akar Kayu yang mencengkam Batu...


Berbagai kepercayaan dengan keadaan fisikal bahan yang dipaparkan...ada yang kata sebagai pelaris, ada juga yang mengatakan sebagai medium penghalang dan juga penembus halangan...wallahu..

Kayu Potongan Asli

Gabungan dari beberapa jenis kayu yang dipotong sedemikian atas permintaan.


Terdiri dari jenis Raja Kayu Putih, Bertam, Nibung Tunggal, Kemuning Hitam, Penawar Hitam, Kemuning Wangi, Rotan Songsang dan Buluh Tumpat.




Potongan asal dalam bentuk Tongkat yang masih belum diproses.






Bertam Batu yang telah dibuang kulitnya...sebahagian dari akar ini yang diperolehi dalam keadaan menikam kayu dan batu.

Loket Raja Kemuning..

Potongan untuk pembuatan Loket dari spesis Raja Kemuning..di sesetengah daerah, ianya dipanggil Raja Kayu Hitam....wallahu

Buluh Pelaris..




Paparan ini dibuat atas permintaan Sahabat. Buluh ini bersaiz besar dan berdiameter lebih kurang 4inci dan panjangnya hampir 4 kaki.

Pati Cenuai dan Bunga Buluh Perindu..

Pati yang dipaparkan adalah dari gabungan beberapa jenis akar yang berasaskan Fadilat Pengasihan, Kewibawaan, Disenangi oleh orang sekeliling, Pelaris Diri dan berbagai lagi yang seiringan,gabungan daun, buah, buluh perindu, cenuai malam, senduduk liar, dan bermacam-macam jenis lagi. Pati Wangian pula adalah dari gabungan 9 jenis. Ramai para sahabat yang bertanya tentang pati cenuai dari Blog Rahsia Alam..bermacam-macam persoalan yang diutarakan..Beginilah.."Jika menggunakan apa jua yang berkaitan dengan Mistik dan Supernatural, Pandanglah pada Hati sendiri..Jika Yakin dengan hati sendiri dan bukan diyakini oleh penceritaan semata, InsyaAllah....tetapi kalau yakin pada sesuatu barangan tanpa asasnya..maka, nasihat saya, jangan pakai dan jangan beli.


Ini adalah sebahagian dari usaha alternatif. Penggunaannya juga bukan dari jenis yang dicalit pada orang lain. Ianya adalah untuk pemakaian sendiri. Menyentuh pada bab Pantang-Larang...Pati Cenuai ni, tiada kepantangannya..Cukup dengan Pantang-Larang yang diPerintahkan oleh Allah dan bukannya pantang larang yang dibuat dek manusia. Buat apa la nak pakai barangan yang menyusahkan diri sendiri, Allah Taala pun Menciptakan sesuatu untuk manusia bagi memudahkan hambanya untuk beribadat dan bukan disebaliknya..Wallahu.

Thursday, June 16, 2011

Biji Tasbih dan Gelang dari Teras-Teras yang berkualiti.

Yang dipaparkan adalah dari jenis Teras didalam Teras Gemunggal Hitam. Pada masa kini Tempahan yang banyak diterima adalah dari jenis teras yang dipaparkan. So...jika para sahabat yang berminat, boleh membuat tempahan dalam bentuk yang diingini. Ini disebabkan...senang pengasas nak membuatnya dalam sekali gus..InsyaAllah...Tempahan hanya diterima melalui SMS agar para sahabat mendapat jawapan instant reply dari pengasas, kalau pengasas tak jawab tu..bermakna pengasas tengah tido..tetapi, apabila tersedor ajer dari tido..InsyaAllah, kesemua sms atau miss call akan dibalas dan dijawab....InsyaAllah...InsyaAllah...InsyaAllah