DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, May 31, 2011

Assalamualaikum...Salam Sejahtera Para Sahabat Blog

Baru Kini dapat pengasas kembali meneruskan Amanah-amanah yang telah diberi oleh Para Sahabat yang berurusan dengan Pengasas Blog Rahsia Alam...yang mana dah terima barangan dari Pengasas tu..Terima Kasih Pengasas ucapkan...Alhamdulillah..Kalau Barangan tersebut tak sempat dipaparkan kat dalam Blog atas urusan lain, InsyaAllah, akan dipaparkan dimasa-masa akan datang..Maafkan Pengasas...Sibuk sangat dok melayan Si Putera yang baru 7 Hari Umurnya...Alhamdulillah...asal ajer aku nak pegang teras kayu...dia pulak sibuk bising nak susu...alahai...si putera aku...


Kini baru la nak start dengan bongkahan-bongkahan teras-teras yang masih belum dipotong..




Baru start nak buat keje ajer...ada bunyi siren la pulak...baru ajer nak upload paparan..ada bunyi bunyian la pulak...baru ajer nak buat keje lagi...sat-sat ni..dah meremang la pulak bulu roma..aper ke bendernya...opsss...tak bagi salam dulu ropernya masa nak buat keje....Assalamu'alaikum...hehehe..nikmatilah Paparan maklumat terkini..kini dan akan datang.....itu pun jika aku masih bernafas lagi..InsyaAllah...InsyaAllah

NAHHH...Hangpa Nak Tengok Sangat..

Sapa Tuh????.....kalau jumpa Pengasas Jangan Tanya....Sendiri Pikir...


Tasbih Dan Gelang...On Going Proses..




Dah lama tak keudara...Kini bergegas kembali bagi memenuhi Pembuatan yang tertangguh dek kerana urusan Keluarga...InsyaAllah...Tempahan kini dibuka lagi...

Pati Cenuai....Perhatian..

Ramai juga yang meng SMS Pengasas untuk melamar Pati Cenuai yang didalam Koleksi Blog Rahsia Alam, ada juga yang bertanya.."Saudara, ada banyak jenis la,..tak reti nak pilih yang mana satu..tak de penerangan katanya"..Beginilah, telah banyak kali Pengasas Smash Sipi-Sipi kerana tidak mahu menceritakan Fadilatnya..Sebabnya, kalau Pengasas cerita, para sahabat semua sudah pasti hanya mempercayai akan cerita pengasas sahaja dan adalah lebih afdal para sahabat mengalaminya sendiri...Fadilatnya menjurus kepada Pelaris, Pemanis, Wibawa, Disenangi oleh orang-orang sekeliling, Penunduk, Pelembut....itu hanya basicnya ajer..selebihnya pula percaya lah pada ALLAH, Yakinlah padaNya...Kalau tak yakin..tak jadi..Pantangnya pula amat senang..Apa yang Disuruh Buat..Apa yang dilarang...jangan la buat..yang lain tu..takder bendanya yang menjadi penghalang...buat apa nak menyusahkan diri dengan pantang larang yang dibuat dek manusia..Pantang Larang yang Maha Pencipta pun kita dah tak terikut...Allahu..


Tali Pinggang Teras Setigi Laut...

Teras Setigi Laut yang telah diolahkan kedalam bentuk Tali Pinggang...


Hasil Pembuatan Tangan...Larikkan Asma-Ul Husna melingkari pada dalaman Tali Pinggang Teras Setigi ini..











Ada beberapa sahabat yang teragak-agak untuk menebusnya dek keadaan poket...Pada kali ini, Pengasas membuka peluang kepada sesiapa yang berminat dengannya...Tali Pinggang ini Pengasas memperolehinya dengan cara bertukar Barangan dengan Seorang Sahabat Lama..Jika Berminat..SMS Pengasas..

Teras Sedarah...

Pada pandangan melintang, urat potongan Teras Sedarah ini berombak-ombak...namun, fadilatnya pula membuatkan rakan-rakan si pemakainya maupun yang tidak dikenali merasakan sipemakainya seperti telah lama mengenalinya...maklumlah...sedarah...


Teras jenis sedarah ini amat Terhad sebagaimana terhadnya teras nagasari..terdapat dalam bentuk Loket dan Permata Cincin sahaja..kalau nak buat tasbih atau gelang....alamatnya nangis keluar air mata darah lah baru leh siap...huhuhuhu

Buckle Head Kosong...

Dalam banyak-banyak jenis kepala Tali Pinggang, yang dicari pengasas adalah jenis yang kosong dimana bahagian kosong akan diisi dengan Teras Pilihan...dapat satu ajer...


Tempahan Buckle Head ini dalam perhatian oleh beberapa sahabat...tetapi hanya ada satu sahaja..siapa cepat dia punya dulu...hehehe..




Kalau ada pun jenis Kepala Buckle ni dari jenis yang diikat dengan Batu Akid...nak cari yang kosong untuk ikat Kayu Teras...takder bro....

Bertemu Ruas....Asli...

Punya lah jenuhnya nak mendapatkan Jenis Buluh yang sebegini...yang ada-ada tu adalah dari jenis Buluh jadi-jadian yang dibuat dek manusia...


Jenis yang ni dah puas membelek..Alhamdulillah..pasti....




Tiada kesan sambungan atau kesan habuk pada kedua-dua ruas mata.






Buluh Bertemu ruas yang ingin dimaharkan kepada para sahabat yang berminat...SMS pengasas

Buluh Pethuk @ Buluh Bertemu Mata @ Buluh Bertemu Ruas..

Dalam banyak-banyak jenis buluh yang pengasas berjumpa kebiasaannya adalah buatan manusia..dan nak dapatkan yang benar-benar asli amat jarang sekali seperti yang dipaparkan..


Mata ruas yang bertemu adalah kejadian semulajadi dan yang biasa ditemui adalah dari jenis yang beranting..yang tu biasanya buatan manusia..kalau yang Asli, mata ruasnya seperti yang dipaparkan..buluh ini untuk dimaharkan...diwarwarkan sebagai Pelaris dan sebagainya mengikut kepercayaan masing-masing.

Buntat Kersani @ Pyrite..

Kebanyakkan Pyrite yang dijumpai tidak memiliki batu didalamnya yang digelar buntat batu..


Buntat Kersani @ Pyrite ini untuk dimaharkan..Sila Sms pengasas jika berminat..

Wednesday, May 25, 2011

Perhatian buat Para Sahabat Blog Rahsia Alam..

Assalam'mualaikum warrah' matullahi..Buat para sahabat Pengasas, Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Illahi..Pengasas begitu sibuk dengan berbagai aktiviti sehinggakan tiada kesempatan untuk membuat paparan...dengan bakal hadirnya seorang Insan yang dinanti-nantikan oleh Pengasas sekeluarga selama 9 bulan, kini pada tanggal 21 jamadil Akhir (25/05/2011) 09:05am..Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...






Adalah disarankan kepada para sahabat semua yang berminat dengan apa-apa yang dipaparkan didalam Blog Rahsia Alam, SMS...SMS...SMS..SMS...secara terus kepada pengasas bagi mendapatkan status tempahan para sahabat semua dan juga kepada sahabat yang telah menempah beberapa barangan sebelum ini, barangan sahabat yang telah ditempah dan siap, ada juga yang dah ON DA WAY kepada sahabat yang menempahnya..ini disebabkan, pengasas hanya memaklumkan melalui SMS..SMS...SMS sahaja buat masa ini...nak pakai Email, jawabnya...berminggu la nak dapatkan reply..bukannya malas..bizi wooo....untuk paparan terbaru pula...sabarrrrr...InsyaAllah, apabila selesainya birokrasi yang ada ni..pengasas akan memaparkan info maklumat yang terbaru, ini termasuklah, pinggan mangkuk periuk belangga..tak lupa juga botol susu anak aku yang baru lahir...yahoooooo.....best betul ada putra yang bakal membantu pengasas memotong teras kekayu yang ada dan tidak kurang juga yang bakal menyepahkan kekayu aku yang ada (Part ni kena tunggu lagi dua-tiga tahun, agaknya baru la dia pandai menyusun sepahkannya)...hehehe..Ucapan Terima Kasih kepada Para sahabat yang mengucapkan Tahniah kepada Pengasas Sekeluarga...Alhamdulillah...Indah Sungguh Rahmat Allah....




Gambar H/P tu..hanya syarat sahaja dan bukan untuk dimaharkan...kang marah pulak bini aku...hehehe...Salam Sejahtera buat para sahabat yang menantikan Bulan Rejab/Syaaban/Ramadhan yang bakal tiba..InsyaAllah, muga Allah memberkati Amal-Amal yang diredhai dari HambaNya..InsyaAllah...InsyaAllah..InsyaAllah..Salamun Alaika...

Cincin Perak Berpasak Geliga...

Penyudahan pembuatan..


Bahagian bawah permata...




Bawah Permata yang ditebuk untuk ruangan udara..






Geliga Embun dan Geliga Lipan...Batu geliga yang tterpilih untuk pemakaian diri..




Bukan semua geliga lipan yang dipasak tanam kedalam permata teras gabungan..hanya yang terpilih sahaja..



Permata dari jenis teras didalam teras Gemunggal@kelor serta penutup bahagian bawah permata dari jenis Nagasari....Tempahan Khas buat sahabat....


Tempahan Cincin Perak Teras Gabungan..

Beginilah penyudahan tempahan buat sahabat. Cincin Perak bersaiz 22..


Design yang diinginkan..




Nak dapat cincin perak senang..tetapi jika ianya ditempah secara spesifik...payah jugak





Inilah kayu dan teras yang digabungkan..Kayu Cintamani, Teras dalam Teras Gemunggal@ Kelor serta Teras Kemuning Hitam..dah lama siap dah..tetapi pengasas amat sibuk dengan bakal kelahiran seorang insan yang dikasihi dengan rahmatNya kedalam keluarga pengasas...Alhamdulillah...

Wednesday, May 18, 2011

Fosil Bahar Putih...

Ukuran sebenar...


Akar Bahar Putih ini telah menjadi separa Fosil...




Fosil Bahar Putih yang ingin dimaharkan dalam bentuk sedemikian rupa..Sila Hubungi jika Berminat..SMS Pengasas...

Bahar Putih..Tempahan Sahabat

Bahar Putih yang ditempah sahabat...setiap satunya melebihi dari 6 inci...


Dipergunakan untuk tujuan perubatan...




Sahabat yang mengirimnya mahukan dalam bentuk sedemikian...InsyaAllah, ianya akan diposkan dalam masa yang terdekat..

Tuesday, May 17, 2011

Menbelek apa tu Bro???

Apa yang dibelek dek sahabat kita ni??..Beliau sedang mengkaji mengenai Pokok Gaharu dimana beliau mempunyai kecenderungan untuk menanamnya di tanah seluas 40 Ekar miliknya..tetapi..bukan senang nak mengusahakan Ladang Gaharu...Modal nak kena Banyak..nak menuainya pula nak kena tunggu lebih dari 10 tahun...kalau silap buat treatment, tak menjadi pula terasnya...mudahan dipermudahkan Allah atas usaha anda sahabat...InsyaAllah.

Kayu Naga...

Seorang sahabat menghubungi Pengasas kerana nak berkongsi pengetahuan mengenai sejenis spesis kayu yang memiliki alur seperti Kulit Naga....dipanggil sebagai kayu naga di beberapa daerah pendalaman...cuma dalam pemikiran pengasas..pernah ka depa tengok naga??..cicak komodo pernah la...tu pun kat dalam TV...hehehe..


Koleksi Kayu Jenis Penunduk dan Teras Laka..

Koleksi himpunan jenis-jenis kayu Tas dan Kayu Penunduk..


Koleksi Teras Laka atau lebih dikenali sebagai kayu menang..

Tempahan Kayu Potong..Nibung Tunggal..

Diolahkan sedemikian rupa atas tempahan..panjangnya dalam 7 inci..Nibung Tunggal (Coklat)..


Gaharu..Overflowed Resin..

Gaharu ini diperolehi dari orang Asli..Pengasas hanya melihatnya ajer dek kerana tak larat nak menebusnya..Mahal sangat bro...Resin dari pokok Karas yang mati....tetapi terasnya tak banyak...

Kemuning Emas...

Teras Kemuning Emas atau pun yang dikenali sebagai Kemuning Gading adalah antara spesis yang termahal jika diolah dalam bentuk Sarung persenjataan tradisional..boleh mencecah Rm 200-300 sekilogram...itupun tengok jenis urat yang macam mana..


Kemuning emas memiliki urat galur yang cantik serta tahan. selain dari dibuat sarung senjata, ianya juga memiliki fadilat Penawar..

Akar Tikam Akar...Akar Penunduk..

Bahagian yang paling dicari adalah bahagian akar, lebih-lebih lagi jika ianya memiliki fadilat penunduk..dan yang paling-paling dicari dan dibuat koleksi unik adalah dari jenis yang menikam diantara satu sama yang lain..ada beberapa pendapat mengenainya..bahagian yang disimpan adalah bahagian yang menikam..dan ada juga berpendapat disebaliknya pula...wallahu..