DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, April 7, 2011

Tasbih Teras Kilo @ Teras Gemunggal..Tempahan Teman Sa-iring Sa-jalan..

Ini adalah Tasbih tempahan dari Seorang sahabat...Kenapa yang dikatakan Seiring, Sejalan....takkan kita bertasbih untuk mengingati selain dari Allah kannnn...sudah tentunya bunyi dan maksud yang sama ...kut ada bunyi zikir yang lain tah tak tahu la plak....
Tasbih yang dipaparkan adalah dari jenis teras gemunggal 33 butir dan 99 butir yang tiada pembahagi diantaranya....ini adalah mengikut spesifikasi sahabat yang menempahnya kerana, pendapat beliau biarlah kita bertasbih dengan tanpa mengikatkan kiraan berapa kalikah zikir tersebut, biarlah ianya tiada batasan berzikir mengikut kemampuan dan bukan juga dengan paksaan mengikut had batasan yang ditentukan.

Tasbih 99 butir adalah untuk beliau dimana yang 33 butir pula adalah titipan Hati dari Seorang Ayah buat Anak Lelakinya...Alhamdulillah..Melentur Galur biarlah dari Benihnya, agar susur yang dilentur menjadi bilah yang sempurna dan bukan melentur Buluh dari rebungnya..la ni dah tak pakai ayat tu lagi dah, sebab Rebung tak sempat jadi buluh ..depa dok juai rebung kat pekan rabu..hehehe...

Inilah rupa saiz keseluruhan bagi tasbih 99 dan 33..Tasbih tempahan Khas...Sa-Iring, Sa-Jalan..Bapa yang mengiringi anak yang baru tatih berjalan..dengan..ajaran Zikrullah, santapan hati untuk benih yang sejati..Barakallah..Berkatilah Kami dengan Rahmat-Mu, yang sentiasa bertatih mencari Jalan kepadaMu...Rabbi Allahu