DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, April 20, 2011

Tas Hujan Panas...

Bercerita mengenai Kayu Tas, ada yang tahu tapi tak berapa tahu, yang tahu pula hanya mendengar cerita..rupanya pun kekadang..hampehh tak kenal..


Dalam pengajian saya mengenai Kayu Tas atau pun yang dikenali sebagai Hujan Panas, teramat jauh sekali jika nak dibandingkan dengan Kayu Limpanas atau pun jenis Tas Penunduk. Sebenarnya ada beberapa Jenis Kayu Tas. Dari Sabah sehinggalah ke tanah Semenanjung..berbeza-beza dari segi rupa dan bau. Tetapi Jenis Kayu Tas yang benar-benar ampuh adalah dari yang berwarna Coklat serta berbau Hancing seperti bau Kencing Harimau, bukan yang berbau seperti bau rempah, yang berbau rempah tu kasi cincang kayu tu buat tambahan perisa dalam masakkan kari,,hohohoho.....Binatang didalam Hutan, kebiasaannya sudah pasti akan menjauhkan diri dari kawasan yang telah ditandakan dengan Kencing si Harimau. Secara logiknya pula, kayu yang dapat menundukkan binatang buas adalah dari yang memiliki bau yang seakan bau kencing Harimau. Kenapa pula Harimau akan Tunduk kepada Kayu Tas yang berbau kencing yang seakannya??..manakan tidaknya..Harimau tu akan kata pada dirinya..Pehhh..lagi Hancing bau kayu ni dari Kencing aku...sambil berkedut kening rimau tu dan tertunduk dan mencuba menutup hidung dengan kaki tangannya apabila terbau kayu tu sebab tak tahan sangat. Tu sebab Harimau bila kena dengan kayu tas tu tergolek sebab cuba tutup hidung dengan kaki dan tangannya...jawabnya, tergolek la dia sebab tak leh berdiri...kah..kah...kah.