DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, April 28, 2011

Nagasari..Permata Cincin dan Loket..

Nagasari dipercayai oleh segelintir Masyarakat dari Negara Seberang kerana Tuah Fadilat yang dimiliki oleh Kayu Nagasari sebagai Medium Pemancar Energi metafisika, Penolak Sihir, Anti Ilmu Tenung, Kewibawaan, Pelaris Perniagaan, Penolak Ilmu Hitam serta berbagai lagi yang tak dapat Pengasas nyatakan dek kerana, ini semua adalah Kerja Tuhan dan bukannya sebarang manusia yang boleh menyatakan akan Fadilat-fadilat tertentu pada sesuatu yang telah diciptakan olehNya. Apa yang boleh dinyatakan adalah melalui Petua-petua serta pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh orang-orang sebelumnya dengan teras-teras perkayuan atau yang seiringan dengannya....selebihnya pada saya,... Wallahu...tu yang aku tahu... kekadang tu, mekanik kereta yang handal pun tak dapat nak pastikan kerosakkan pada kereta yang dibaikinya..inikan pula kayu kayan yang dijadikan oleh Penciptanya yang lebih Mengetahui akan setiap satu-satu kejadian. Masakan kita yang daif dengan Ilmu Alam pada masa kini dapat menyatakan akan tiap-tiap satunya ilmu yang telah pupus ditelan masa, tambahan pula dizaman 'muka buku' ni (Facebook la tuh..). Saya juga telah banyak meluangkan masa dan apa jua yang ada bagi mendapatkan sebahagian kecil dari Ilmu-ilmu tersebut dari orang-orang lama yang masih mengamalkannya, tu pun hanya segelintir ajer yang ada..selebihnya banyak yang mengamalkan ilmu tarik duit, ilmu 4 nombor ekor, ilmu macam mana nak kawin lapan serta berbagai lagi. Zaman ni orang-orang dah kurang nak dapatkan ilmu macam mana nak menghadapi mati..yang depa tau....macam mana nak hidup seribu tahun lagi,...band Bumiputra rockers pun yang nyanyi lagu Seribu Tahun takkan Mungkin pun dah berkubur kini. La ni slogan kata Dulu, Kini dan selamanya tidak relevan dah lagi...Slogan kata yang ada kini..."Bangun Pagi..ohh idup lagi aku ni, tapi esok belum tentu lagi. Sesetengah kepercayaan kata, kalau dah mati, ianya akan dihidupkan kembali didunia ni..kalau lah ianya hidup kembali menjadi Pokok Nagasari kat depan umah aku..maka, ku kerat-kerat jadi permata Cincin di jari...hehehehe...apa lagi...