DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, April 28, 2011

Larak Salah Bergabung..Jantan dan Betina

Permata yang dititipkan dalam bentuk yang telah digabungkan...Larak Salah dikaitkan dengan Fadilat Pembias, Pelimun dan Pelembut...hanya yang telah melaluinya akan mengetahui akan fadilatnya yang sebenar...wallahu..


Tasbih Marongghi..Tasbih Teras Gemunggal@Kelor

Tempahan yang terbaru..baru siap daa...Tasbih 33 dari jenis Teras Gemunggal...


Tasbih yang dititipkan bersaiz besar..jenis yang ni sesuai dibawa kemana sahaja...asalkan hati mahu bertasbih...Subhanallah...Walhamdulillah...Wala'illa'ha'ilallahu..Allahu'Akhbar..

Nagasari..Permata Cincin dan Loket..

Nagasari dipercayai oleh segelintir Masyarakat dari Negara Seberang kerana Tuah Fadilat yang dimiliki oleh Kayu Nagasari sebagai Medium Pemancar Energi metafisika, Penolak Sihir, Anti Ilmu Tenung, Kewibawaan, Pelaris Perniagaan, Penolak Ilmu Hitam serta berbagai lagi yang tak dapat Pengasas nyatakan dek kerana, ini semua adalah Kerja Tuhan dan bukannya sebarang manusia yang boleh menyatakan akan Fadilat-fadilat tertentu pada sesuatu yang telah diciptakan olehNya. Apa yang boleh dinyatakan adalah melalui Petua-petua serta pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh orang-orang sebelumnya dengan teras-teras perkayuan atau yang seiringan dengannya....selebihnya pada saya,... Wallahu...tu yang aku tahu... kekadang tu, mekanik kereta yang handal pun tak dapat nak pastikan kerosakkan pada kereta yang dibaikinya..inikan pula kayu kayan yang dijadikan oleh Penciptanya yang lebih Mengetahui akan setiap satu-satu kejadian. Masakan kita yang daif dengan Ilmu Alam pada masa kini dapat menyatakan akan tiap-tiap satunya ilmu yang telah pupus ditelan masa, tambahan pula dizaman 'muka buku' ni (Facebook la tuh..). Saya juga telah banyak meluangkan masa dan apa jua yang ada bagi mendapatkan sebahagian kecil dari Ilmu-ilmu tersebut dari orang-orang lama yang masih mengamalkannya, tu pun hanya segelintir ajer yang ada..selebihnya banyak yang mengamalkan ilmu tarik duit, ilmu 4 nombor ekor, ilmu macam mana nak kawin lapan serta berbagai lagi. Zaman ni orang-orang dah kurang nak dapatkan ilmu macam mana nak menghadapi mati..yang depa tau....macam mana nak hidup seribu tahun lagi,...band Bumiputra rockers pun yang nyanyi lagu Seribu Tahun takkan Mungkin pun dah berkubur kini. La ni slogan kata Dulu, Kini dan selamanya tidak relevan dah lagi...Slogan kata yang ada kini..."Bangun Pagi..ohh idup lagi aku ni, tapi esok belum tentu lagi. Sesetengah kepercayaan kata, kalau dah mati, ianya akan dihidupkan kembali didunia ni..kalau lah ianya hidup kembali menjadi Pokok Nagasari kat depan umah aku..maka, ku kerat-kerat jadi permata Cincin di jari...hehehehe...apa lagi...

Marongghi...Teras Gemunggal

Bahagian yang berwarna kehitaman adalah dari jenis teras didalam teras...manakala yang cerah sedikit adalah dari bahagian akarnya...ini adalah Teras Gemunggal...


Teras Nagasari...

Beginilah keadaan rupa bahagian teras pohon Nagasari yang diolahkan menjadi permata cincin dalam potongan melintang...


Warna kemerahan yang agak tua kelihatan terpancar apabila terkena cahaya. Ini adalah kerana serat-seratnya yang mengandungi warna keemasan..




Tempahan Permata dari Teras Nagasari terbuka untuk para sahabat Blog.

Kayu dan Teras

Beginilah kekadang tu..Pengasas mencanai dan mengosok kayu dan teras untuk membuat perbandingan urat rona jenis-jenis kayu...bukan sekadar membuat perbandingan uratnya..malah Bau yang terhasil dari canaian juga membezakan jenis-jenisnya.


Wednesday, April 27, 2011

Tasbih Teras Gemunggal...Saiz XL..

Perbandingan Tasbih XL dengan saiz Tasbih Standard....dengan pemetik api....


Bertasbih bermula dari Rumah...Tasbih yang bersaiz besar ini paling sesuai ditempatkan di mimbar atau bersebelahan dengan sejadah....tidak sesuai untuk dibawa keluar rumah dek kerana bersaiz besar...tetapi...terpulanglah kalau nak dibawa sekali....apa salahnya...

Cincin Perak Teras Gemunggal Hitam...









Cincin Perak yang berukuran saiz 26 tempahan sahabat yang beriringan dengan tempahan seutas Tasbih dari sejenisnya...

Cincin Permata Larak Salah...Gabungan









Cincin yang berukuran lilit 6.5cm ini adalah tempahan sahabat yang mengabungkan Larak Jantan dan Larak Betina yang memiliki Tabie Salah...

Tuesday, April 26, 2011

NAGASARI

Telah dikaji dari sudut Rona Bintik...Amat berbeza dari Gemunggal dan Kemuning maupun Penawar Hitam...Inilah kayu Langka...Teras Nogosori atau yang dikenali sebagai Nagasari yang Asli....


Warna Merah Jambu...



Gandek, Mandiro, Sari atau Nogosori. Dah lama Pengasas mengidam nak ada Stok Spesis Teras Nagasari...tetapi baru kini memperolehinya...tu pun pesan kat kengkawan yang pergi ke Negara Seberang..sebabnya kat Tanah kita...kayu ni takde...dah tiga-empat kali kengkawan yang pergi ke sana tidak dapat memperolehi kayu dan terasnya...Payah nak dapat...Orang dari seberang pun payah nak dapat kayu ni....Fadilatnya pula berbagai...sebahagian darinya adalah untuk Anti Petir, Anti Daya Negatif dan Keharmonian....Dipercayai juga sebagai Pembisa nombor satu...wallahu...

Nagasari..Cerebon@Cirebon..

Pohonan Nagasari hanya boleh diperolehi di dua daerah di Negara Seberang...Cerebon dan Solo..tempat tersebut adalah tempat Raja-Raja didalam Jajahan Kerajaan dibawah naungannya. Nagasari dikatergorikan sebagai Kayu nombor satu dalam spesisnya...tetapi bagi pengasas, setiap satu-satu Spesis kayu atau teras, sudah tentu ada keistimewaannya yang tersendiri. Tiada yang pertama dan terakhir...sama sahaja.


Nagasari dikatakan akan seperti berbulu-bulu jika terkena air, memang ada,...tetapi mitos mengenainya yang dikatakan, habuknya akan menjadi seperti lipan adalah dongeng...cuma habuknya macam bergerak-gerak sedikit ada la...tu pun sebab kena angin...




Pengasas telah memesan dari seorang sahabat yang telah pergi ke Pameran Purba yang diadakan di Jakarta baru-baru ini...Alhamdulillah..hanya memperolehi dalam sekaki lebih sahaja, pemergian beliau kesana sebelum ini tidak membuahkan hasil....tetapi, berkat dari Rahmat Allah, dipermudahkanNya, beliau telah mendapatkannya untuk Pengasas Blog Rahsia Alam. Tak kesah lah...mahal pun mahal lah...janji kini Pengasas ada sedikit Kayu yang meliputi teras Nagasari kini didalam senarai...Alhamdulillah..






Dikatakan, Nagasari yang berwarna kemerahan pink adalah dari Cerebon, manakala yang lebih cerah sedikit warnanya adalah dari Solo...yang dipaparkan oleh pengasas adalah spesis dari Cerebon..Pengasas akan memaharkannya kepada para sahabat dalam bentuk Permata cincin dan teras gabungan...nak buatkan dalam bentuk tasbih...payah..kalau dalam bentuk gelang pun payah sebab stok teras nagasari ni tidak banyak..kongsi-kongsikan lah bersama-sama sahabat yang lain...mau kalu...kasi sms kat pengasas....

Tasbih Nagasari @ Nogosori...

Hanya dapat seutas sahaja dari seorang sahabat yang telah mendapatkannya di Jakarta sewaktu ziarah beliau ke sana.


Tasbih ini untuk dimaharkan...Sila SMS pengasas jika berminat..

Cincin Steel....Tempahan Larak Salah

Ini adalah Cincin Steel tempahan Permata Larak Salah Jantan dan Betina...dah siap nanti..paparan penyudahan akan dipaparkan...InsyaAllah


Cincin Perak...

Ini adalah Cincin Perak asam yang ditempah untuk diikat dengan teras gemunggal Hitam...InsyaAllah, dah siap nanti, ianya akan dipaparkan untuk perhatian Sahabat yang telah menempahnya..


Cincin Perak Batu Serai Merah..Tempahan Sahabat

Permata Merah ini adalah milik seorang sahabat yang mahu diikatkan dengan sarung perak bersaiz 27...dah siap pun..


Cincin ini akan diambil oleh beliau sendiri, InsyaAllah...inilah penyudahannya...Alhamdulillah

Monday, April 25, 2011

Batu Beliung...

Jika terjatuh pada lantai batu, bunyinya seperti besi...tetapi batu ini bukannya besi...cuma pelik sedikit dek kerana rupanya seperti mata kapak beliung...kapak zaman batu...nak kata batu petir...bukan...nak kata batu bata...jauh sekali...kalau kata batu sungai...boleh jadi...kalau tak kenal lagi batu ni..kena la ketuk kat kepala sendiri...kut mana la tau...hehehe


Teras Gemunggal Hitam...

Potongan dari jenis teras gemunggal yang telah cukup matang...teras yang Hitam....


Asalnya masih tetap dari warna kekuningan coklat tua jika ditatap pada habuk terasnya...warna hitam adalah merujuk kepada warna coklat tua...menandakan ianya telah cukup matang...usianya sudah pasti menjangkau lebih dari 100 tahun....teras sebegini yang dicari untuk pelbagai kegunaan bagi yang mengetahuinya....

Teras Hitam Kilat....

Bagaimana ianya terjadi...Teras ini hanya menyerupai teras gemunggal jika dikaji dari Rona bintik halus yang terdapat padanya..tetapi, tidak saya ketahui, kerana, teras ini terbenam didalam dasar sungai dikawasan daerah Gombak sebelum pembangunan. Di jumpai oleh orang didaerah tersebut yang telah menyimpan teras ini sedari tahun 70an...terbenamnya pula..mungkin ratusan tahun...wallahu...


Akar Teras Gemunggal...

Pemotongan sebegini dapat dibuat setelah penggunaan Mesin Pemotong (Band Saw atau Bend Saw)....mesinnya punya la mahal nak mamposss...tapi....puas memakainya...berbaloi bro...


Banyak jenis kayu dan teras menyerupai rona bintik-bintik yang seperti terdapat pada teras gemunggal...cuma bagi mengenal pasti apakah ianya teras gemunggal yang asli...caranya adalah dengan mencanainya bagi mendapatkan bau serta dari warna teras yang jika dipotong akan menghasilkan habuk warna kekuningan atau warna coklat. teras gemunggal juga jika diuji dengan rendaman air semalaman, ianya tidak akan merubah jisim airnya dengan menggunakan alat pengukur TDS (Total Dissolved Material)..warna air sahaja yang merubah..tetapi kandungan asid ataupun selain darinya tidak mempengaruhi air tersebut...jadi Air Rendaman Teras Gemunggal masih boleh diminum, walaupun direndam didalam air selama 3 hari berturut-turut...(Bacaan Air paip = 006ppm (rendaman teras semalaman, masih dalam bacaan 006ppm) (Raja kayu putih = 016ppm...Teras Nibung Tunggal 027ppm)..



Tempahan Tasbih Bersaiz Besar..(Masih dalam pembikinan)

Nak dapatkan sedemikian rupa bentuknya amatlah payah dek kerana kekurangan pengetahuan dalam pembikinan Biji Tasbih dengan menggunakan Lathe Machine (Wood Turning)..tetapi dengan Pengetahuan yang diceduk dari Guru-guru pembuat Tasbih serta dari Internet, maka Pengasas dapat juga membuatnya..tetapi hanya 40% pembuatan menggunakan Mesin..selebihnya...pakai tangan yang dianugerahi dari Allah jua baru menjadi...Alhamdulillah..


Jika mata pelarik tidak tajam sentiasa..maka larikkan pada biji tasbih ini tidak akan menjadi, Teras Gemunggal yang berkualiti memiliki Kekerasan seumpama yang macam besi. Pembuat tasbih yang telah biasa membuat tasbih dari jenis kayu atau teras yang lembut..pasti keluhan yang keluar dari hatinya disebabkan mata pelarik yang menjadi tumpul walaupun baru sebutir biji tasbih yang dilariknya...lebih-lebih lagi dari jenis teras gemunggal yang berkualiti.




Pada masa ini pengasas sibuk membuat larikkan biji tasbih dan juga gelang dari jenis teras gemunggal yang berkualiti bagi para sahabat yang telah menempahnya....tempahan tasbih masih terbuka...tetapi masa pembuatan masih memakan masa sedikit...so, kalau nak tempah tasbih...kena la bersabar sedikit...InsyaAllah...(Ukuran lilit biji tasbih 15-17mm..ketebalan 10-12mm)..

Permata Nibung Tunggal Merah...

Tempahan untuk Sahabat yang sekian lama mencari jenis Nibung Tunggal Merah..


Pendekar Gempur Lagiii....

Tempahan yang sentiasa mendapat tempat dihati para sahabat Blog..Cincin Permata Pendekar Gempur..Paparan Finishing..


Bahagian bawah permata yang menyentuh bahagian kulit...




Bahagian permukaan yang masih belum diproses lagi...baru lepas dituang cairan Timah Hitam keatasnya...Permata Pendekar Gempur masih dibuka untuk tempahan sekiranya berminat..tetapi Terhad kerana Bahan yang terhad jua....

Cincin Pendekar Gempur...Tempahan

Cincin Perak empat segi yang telah ditempah oleh sahabat pengasas...


Patent lama sarung perak empat segi...pemakaian mengikut gerak niat dihati...sekadar batu dan besi...pembinasa fadilatnya jika niat pembawaan serong dihati...mati oooiii...

Wednesday, April 20, 2011

Selerak Tarak--Workshop ku Bz Gila..

Salam Sejahtera Para Sahabat yang diRahmati Allah...Bersua Kembali dengan Posting-posting yang tak seberapa nak giler..kerana Pengasas Amat Bz Giler dengan Tempahan-tempahan yang mengiler...idup tak serupa orang giler kerana Pengasas masih waras dan tidak giler..hanya kerja ajer yang mengiler..makan tidur yang tak serupa biasa..sehinggakan Posting pun luper....aper ke dia nyeee...cher citer...cher citer...naik terbakor jari dibuatnya..nasib baik usop tak suruh demer ..kite bakor ajer...


Alhamdulillah, Para sahabat semua. Pengasas sememangnya amat sibuk kebelakangan ini, Alhamdulillah, Hadrat Allah Rezeki dariNya. InsyaAllah, akan dipaparkan berita-berita terkini mengenai maklumat teras perkayuan serta yang seiringan dengannya. Pengasas menyarankan agar Para sahabat menghubungi terus dengan Pengasas Melalui SMS di Talian 019-2563074 dan 019-3387074 untuk Pertanyaan dan Tempahan. Buat masa ni Pengasas dah tak sempat nak bukak PC...la ni pun dok tengah memotong kekayu yang ada..dan paparan yang ada pun tak lah seberapa sangat..tetapi buat para sahabat yang setia..Pengasas cuba juga buat posting-posting kut yang mana sempat, InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah. Paparan yang terkini akan dibuat apabila kesibukan yang ada telah reda sedikit..., teruskan bersama-sama Blog Rahsia Alam ......Wassalam

Release Ten-Sen...

Time ni la aku bagi kadam aku relax...mana tak relax...sebab aku dah penat dok buat keje..mesin aku tu kira kadam aku la...banyak jugak kadam aku yang padam dimasa-masa yang lalu..cian kadam yang padam tu kene tereban dalam Lori Sampah nak wat recycle jadi kadam balik....hehehe...Ni bukannya aper...saja bakar Bukhoor yang ada bagi mendapatkan aroma wangian untuk meredakan urat-urat yang tegang kerana proses pembuatan barangan dari kayu dan teras yang begitu rumit. Bukhoor adalah Kayu atau Teras Gaharu yang telah melalui beberapa peringkat pemerosesan bagi menjadikan bahan sebagai Wangian dalam bentuk dibakar.


Permata Teras Gemunggal Berdamar...

Ini adalah Teras Gemunggal yang berkualiti...Bukan Teras Gemunggal yang berwarna Hitam sahaja yang dianggap Berkualiti..Bahagian yang paling Berkualiti adalah Bahagian yang Memiliki Damarnya...


Teras Gemunggal Hitam terjadi adalah dari Tindak-Balas Damar yang telah Kering pada Bahagian tersebut..tetapi jika digosok..warnanya masih tetap Coklat Kekuningan.. telah menjadi lumrah bagi yang mencari teras gemunggal akan mencari yang berwarna Hitam disebabkan atas penceritaan...kayu jenis apa pun jika dipakai, ianya akan menjadi warna hitam...kalau nak warna putih..apa lagi..kasi spray kaler putih la...