DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, March 1, 2011

Nibung Tunggal Panah Petir...

Pada awal penglibatan pengasas dalam pengumpulan teras-teras dan juga kekayu yang ada, salah satu yang disimpan oleh pengasas adalah Spesis Pembisa dari jenis Nibung Tunggal..yang paling istimewanya adalah Nibung Tunggal ini dipanah petir...pernah pengasas menceritakan mengenai Nibung Tunggal ini didalam paparan awal Blog Rahsia Alam...Pokok Nibung yang telah ditebang oleh seorang Sahabat kepada pengasas dengan menggunakan Chain Saw sehingga berasap-asap dan putus rantai mata pemotong..tebang pakai kapak..kapak patah...

Sewaktu tumbangnya pokok tersebut..bahagian yang tidak terputus telah melibas tegak seperti lembing. Kawasan pokok nibung yang diperolehi juga, keadaan pokok sekelilingnya juga mati dan setunggal-tunggal pohon yang tinggal hanya sepohon pokok nibung ini dimana bahagian atasnya telah disambar petir.. agak lama juga pengasas menyimpan potongan kayu ini...ada juga sebahagian darinya telah dihadiahkan kepada para sahabat yang menjadi peminat setia Blog Rahsia Alam...Bisa yang di miliki pada Kayu ini amat terserlah kerana pernah pengasas titipkan ianya menjadi permata cincin, lalu dipakai oleh seorang sahabat...beliau meminta pengasas menutup bahagian yang bersentuhan dengan kulit jarinya dengan jenis kayu yang lain kerana bisanya amat dirasai oleh beliau...lalu Pengasas menutup bahagian tersebut dengan sepotong Kayu dari Jenis Buluh Tumpat...pilihan yang tepat dan seiringan (Secara tidak Sengaja)...masa tu pakai buluh tumpat sebab kayu lain takde dalam simpanan daaa...kira ok la tu...hehehe..