DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, March 4, 2011

Batu Besi Petir....



Rupa bentuk Batu Petir ni ada berbagai bentuk...ada macam mata lembing, macam Kapak, bulat memanjang, leper dan sebagainya..tetapi tidak pernah la pula saya berjumpa dengan jenis berbentuk Zig-Zag macam Dewa Zeus tu...tu tipu....macam dalam cerita kartun...


Jenis ni rupanya seperti Batu dan ada kesan terbakar kemerahan padanya...ianya pula mengandungi bahan besi serta melekat pada besi magnet..kat kepala pun boleh melekat jugak..tu kalu hempuk kat kepala la...hehehe Batu Besi Petir ini saya membuat trade dengan seorang sahabat lama dengan barangan istimewa yang saya miliki..huhuhu..sayang wooo...tetapi untuk mendapatkan seketul Batu Besi Petir ini adalah lebih rare lagi..bukan senang nak dapat...kalau kena sambar dengan petir pun belum tentu boleh dapat batu jenis ni...batu nesan dapat la kalau kena sambar dengan petir...hehehe..Astargfirullah'hal'azim..Jangan Sambor aku udah lerrr....



Berbagai jenis Fadilat dimiliki dan dipercayai mengenai perihal Batu Petir ni, fadilat Kepantasan, Pembias Tenaga Negatif, Pemanah Makhluk Halus dan berbagai lagilah kalau nak diungkaikan...itu pun hanya dengan Redha Kuasa PenciptaNya..Kalau dah batu..tetap jugak batu...Kejadiannya pula...Renungkan lah pada Yang MenciptaNya...Allahu Rabbul Alamin...