DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, March 28, 2011

Mini Workshop...Blog Rahsia Alam

Assalamualaikum buat para sahabat Blog semua, Pengasas agak kesibukkan kebelakangan ini bagi menyiapkan amanah-amanah para sahabat yang menempah barangan seperti permata cincin, gelang teras pilihan, tasbih, tongkat dan berbagai lagi. Pengasas juga agak tidak berkesempatan untuk membuat posting-posting terbaru bagi tatapan para sahabat semua pada masa ini. InsyaAllah, Pengasas akan membuat posting-posting yang terkini jika berkesempatan. Tempahan melalui E-mail juga tak sempat dibuka oleh pengasas, maka dengan itu, adalah lebih positif membuat tempahan dan pertanyaan melalui Sms ditalian (019-256-3074 dan 019-3387074) bagi mendapatkan maklum balas segera. (Instant Reply)..Tempahan barangan dari apa yang dipaparkan sebelum ini masih dibuka...cuma pembuatan tasbih mengambil masa sedikit kerana ada beberapa tempahan yang istimewa telah dibuat oleh beberapa sahabat masih didalam proses pembikinan. Alhamdulillah...Wassalamualaikum....

Hilang Tensen jap...dapat idea baru....

Masa Khadam aku padam, kerja aku pun terbantut jap...maka aku pun membakar lah Bukhur yang ada bagi mendapatkan Idea untuk mengantikan Khadam aku yang padam sebab terlebih keje ober time...la ni dah dapat dah si Khadam baru dari Italy untuk menjalankan Amanah Para sahabat bagi pembuatan Tasbih...Alhamdulillah..Benar Kata orang tetua dulu...dengan membakar Bukhur yang berkualiti, bauan darinya dapat meredakan serabut dan tekanan serta idea-idea baru mendatang bagaikan asap bukhur yang dibakar...tetapi ada la kawan aku tu..dia kata...aloo brader, ente bakar bukhur ke atau bakar rumah ni???...mana taknya, asap Bukhur dah naik satu rumah macam asap hutan terbakar......tetapi aromanya...mak aiiii sodap wehhhh....so, tak kesah la...janji amanah para sahabat dapat diteruskan...InsyaAllah, Alhamdulillah..

Break Down...Break Down..Break Down...

Akibat terlalu berat bebanan yang ditanggung oleh si khadam hitam aku ni..maka dah padam lah ia dan dah tak dengar arahan dari aku lagi..sebabnya khadam aku ni terlalu kuat berkerja sampai terbakor coil dia masa aku larik kayu yang paling digemari ramai...Teras Kelor dan bermacam-macam lagi..so..kerja aku tergendala sebentar...huhuhuhu...kena employ khadam baru dari Italy nihhhh...maka koyak lah poket aku menebusnya dari si maniam penjual khadam pusing........motor yang berputar lah tuhhhh...kena pakai khadam dari eropah la plak, baru tahan sket..dulu pakai khadam dari Taiwan, tak tahan panas la pulokkkk....

Teras Kelor @ Teras Gemunggal..Tempahan Para Sahabat

Ini adalah Tongkol Teras Gemunggal yang baru dan yang dah cukup tua untuk dijadikan sebagai biji tasbih dari tempahan para sahabat pengasas Blog Rahsia Alam...

Akar Kelor, Kayu Tas dan Kemuning Kuning..

Ini adalah sebahagian dari tempahan para sahabat yang mahukan dalam bentuk Tasbih dan juga Permata Cincin..sabar arrr...haiya....manyak cibuk wooo...

Rotan Bertemu Ruas..

Ini adalah Spesis Rotan yang Bertemu Ruas..yang dikatakan Bertemu Ruas adalah dua gelang ruas yang menjadi didalam satu. Salah satu dari Fadilatnya yang dipercayai adalah sebagai bahan Medium Pelaris...wallahu..

Thursday, March 17, 2011

Woolly Mammoth Ivory...Gading Gajah Mammoth..Tempahan Permata (TERHAD)

Ini adalah Pelekat pada bahagian Kotak....

Ini pula adalah Alamat Syarikat yang menjualkannya...bukannya aper bro...Nak pastikan ASLI...


Banyak ni ajer yang ader untuk Tempahan Permata dari Gading Mammoth yang telah berusia 2 juta-9000 tahun semenjak Zaman Ais...dah jadi Fosil dah...Tempahan Permata agak terhad kepada saiz dan kuantiti...Sila hubungi Pengasas melalui SMS (Instant Reply) jika berminat untuk Tempahan bersama Sarung Cincin Perak...

Bakhoor....Bukhur...Home Made Wood Fragrance

Bakhoor atau bukhur amat terkenal di Negara Timur tengah. Digunakan sebagai Pewangi rumah atau pakaian. Selain dari mengikuti sunnah, ianya juga dapat merendahkan serta menghilangkan tekanan stress disebabkan wangian yang begitu menenangkan minda apabila Bakhoor ini dibakar didalam Dupa ataupun dengan cara menggunakan pembakar elektrik.

Bakhoor atau Bukhur yang sebelum ini pengasas hanya membawakan dari Jenis Bakhoor Fantasia dan Karisma sahaja, kini Pengasas telah mendapatkan 2 jenis lagi yang amat digemari oleh Masyarakat Melayu kini yang gemarkan wangian yang ringan serta melembutkan.


Selain jenis fantasia dan karisma, kini jenis Arissa dan Ajmal diperkenalkan pula dimana dua jenis ini amat digemari oleh orang-orang dari Singapura dan Negara Brunei. Tidak seperti Bakhoor yang didatangkan dari Negara India dan dari Negara Arab..Bakhoor ini diperbuat dengan Bahan Rumusan yang terbaik dengan Pati Wangian yang Berkualiti...yang paling bestnya....MALAYSIAN HOME MADE BAKHOOR...Buatan orang kampung bro...


Bakhoor berjenama Arissa.....




Bakhoor berjenama Ajmal...ianya disediakan dalam Bungkusan 1kg/500g/250g/100g dan 50gram..Sila hubungi Pengasas secara SMS jika berminat....

Permata Zamrud Colombia Asli...






Permata Batu Zamrud Colombia Asli ini untuk dimaharkan..ianya seberat 3 carat lebih...SMS Pengasas jika berminat..

Permata Zamrud Asli dari Brazil 12ct...



Permata ini seberat 12ct...sila hubungi Pengasas jika berminat..

Permata Batu Baiduri Star...

Permata Batu Baiduri star ini untuk dimaharkan..Sms pengasas jika berminat

Permata Delima Burma..

Permata Batu Delima dari Burma ini untuk dimaharkan...sila sms jika berminat..

Permata Kecubung Asli..

Permata ini yang telah dicanai sendiri oleh Pengasas...ianya untuk dimaharkan..Hubungi secara SMS jika berminat..

Permata Buntat Kelapa ASLI..

Buntat atau Tombong Kelapa yang telah dicanai menjadi Permata...Ianya adalah Asli..kalau yang tak asli tu warna dia macam krim..

Permata ini memiliki berbagai Fadilat..termasuklah untuk yang berniaga makanan...ada cara menggunakannya...InsyaAllah...tu pun kalau yakin pada Penciptanya..Allahu..

Permata Batu Akid Putih Salju...



Permata Batu Akid Putih Salju ini untuk dimaharkan...Hubungi secara SMS jika berminat..

Wednesday, March 16, 2011

Teras dalam Teras...Teras Gemunggal @ Teras Kelor..

Bahagian luarannya adalah Teras....

Bahagian Teras Dalaman....ini yang dikatakan teras didalam teras...

Kayu dan Teras...Kayu Peha Ayam...

Kayu ini memiliki fadilat perubatan...ianya dikenali dengan nama Kayu Peha Ayam disebabkan ...wallahu..Ayam KFC tau la aku...mungkin Ayam yang disumpah pehanya menjadi kayu kottt???hehehe

Kayu dan Teras..Teras Sedarah...

Disebabkan apabila ditetak padanya...cecair getah seperti Merah Darah akan terpancut keluar darinya..Ada yang mengatakan bahawa ianya lebih kepada fadilat perubatan..wallahu..

Kayu dan Teras...Kayu Apa...????

Apabila ditanya kepada sahabat saya...pak ar..apa nama kayu ni??..katanya...kayu aper....haa...kayu apa??..tanya saya lagi...kayu apa ni pak ar???Ya Allah...kayu aper.......rupanya..nama kayu ni kayu apa....hehehehe..mau bertumbuk kalau tak faham bertanya...hehehe

Kayu dan Teras...Teras Rengas...

Yang ni bukanlah Kayu Balak jenis Rengas..tetapi teras yang amat cantik rona serta alur kayunya...sesuai dibuat Sarung atau Hulu Senjata..

Kayu dan Teras...Teras Pulai...

Ini adalah sejenis Kayu Teras yang dinamakan Pulai....Berat nak mampos kayu ni..nampak ajer kecik..solid giler...ni kalau kena ni gerenti terkulai..bukan makan kari pulai....hehehe

Kayu dan Teras...Teras Kemuning Hitam..

Teras Kemuning Hitam yang amat Terkenal dengan Fadilat Penawar...

Kayu dan Teras...Teras Setanah..

Ini adalah kayu teras yang dipanggil sebagai Teras Setanah...yang memiliki fadilat..bukan sekadar jagoan Kampung..kalau masuk kampung orang lain pun masih terasa di kampung sendiri...

Setanah yang bermaksud...Kalau ditempat sendiri..kita mampu melakukan berbagainya dan jika ditempat lain, ada batasannya..tetapi Fadilat yang dipercayai dimiliki oleh teras ini ada sebagai penunduk, Wibawa, Penarik, Pelaris dan jika berada dimana jua..InsyaAllah, seperti terasa ditanah sendiri...tetapi...tetap ada juga batasannya...Hormat menghormatilah sesama sendiri...

Kayu dan Teras..Teras Gemunggal @ Teras Kelor

Bahagian Pangkal Perdu pokok gemunggal....

Persediaan bagi pembuatan Tasbih...

Batu Petir Merah...

Ini adalah jenis batu Petir Merah...yang ni dimiliki oleh seorang sahabat pengasas...tak jual kerana ada sedikit ajer...

Tanduk Seladang...Bahan Simpanan Lama..

Ini adalah Tanduk Seladang yang disimpan oleh seorang tua di sebuah kampung di bahagian utara tanah air..Tanduk ini telah ditebus pengasas untuk Pembuatan Ulu Senjata dan Permata Cincin..

Fadilat yang dimiliki oleh seladang adalah Ketangkasan melibas Tanduknya..Untuk Menjejak Seladang amat Sukar kerana najisnya tidak jejak ke tanah...so kalau nak cari tahinya..kat atas pokok...ini kerana, seladang tidak mahu haiwan pemangsa yang lain dapat menjejaknya, lalu ketika membuang najisnya...bayangkan lah kalau najis tu tak sempat jejak ke tanah..takkan seladang tu flying kick najisnya..dah tentulah dari libasan tanduknya yang membuatkan najisnya tersangkut kat atas pokok..so kalau pakai permata dari jenis tanduknya..janganlah dicium permata tu..hehehehe..

Permata Ibu Batu Petir...Koleksi Pengasas..

Permata dari Ibu Batu Petir yang dimiliki Pengasas sedari awal pembabitan dalam Alam Teras Perkayuan dan Batu Geliga..

Cincin Ibu Batu Petir yang dimiliki pengasas sebelum ini telah ditebus oleh seorang sahabat rapat...Permata ini adalah Bahan Koleksi Pengasas...Bukan untuk Dimaharkan..

Besi Bath..

Ini adalah Sepotong Besi pemberian seorang sahabat Pengasas...Kata orang-orang lama, Besi Bath ni memiliki Aura tak baik..kata orang laaa...tetapi, jika yang membawa besi ni ke tempat-tempat pemujaan...ritual pemujaan tersebut pastinya Haru Biru dan Lintang Pukang...

Cincin Permata Pendekar Gempur...Tempahan sahabat

Permata yang ditempah menutupi bahan dalaman..

Bersaiz 19 ikatan Steel...


Tempahan Masih terbuka bagi yang berminat...Sila hubungi pengasas untuk Tempahan...

Saturday, March 12, 2011

Permata Fosil Raja Kayu Putih..

Permata Fosil Raja Kayu Putih yang baru lepas dicanai...

Pengasas sajer buat yang bersaiz Comel dulu..InsyaAllah..kalau dah ok...baru buat canaian yang lain..tetapi takde banyak...cukup untuk 3-4 Butir sahaja....Fosil Pine Cypress pula masih dalam Pembuatan...InsyaAllah

Permata Batu Delima Burma dan Batu Kecubung Asli..

Ini adalah Batu Kecubung yang baru lepas dicanai dan masih didalam Proses Polish dengan Serbuk Diamond...maklum la...baru belajar..

Yang ni pula adalah Batu Delima Burma...disebabkan Batu yang asal sedemikian rupa..maka..hasilnya pun tak berapa memuaskan...nak kena canai balik sampai yang termampu..InsyaAllah..