DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, February 10, 2011

Teras Kayu yang Bersarang (Anai-anai dan Kelulut)

Kesan sedemikian terjadi apabila anai-anai menguasai persekitarannya lalu menjadikan teras ini sebagai sarangnya. Sebahagian Teras pokok akan mengeluarkan Damar untuk melindungi bahagian yang terdedah lalu terjadi Dinding yang menyelaputi sarang Anai-anai dengan Damar pokok. Sejenis Serangga (Kelulut) akan membuat Sarangnya pada tempat yang mengeluarkan Damar pada masa yang sama dan membina Sarang yang kuat berdekatan dengan sarang anai-anai..Sarang anai-anai dibahagian Bawah, Sarang Kelulut meliputi dari bahagian bawah membawa kepada bahagian tengah pokok . Apa yang terjadi disebaliknya adalah..Bahan yang dikumpul oleh si sang kelulut yang membina Sarangnya dari pengumpulan Damar-damar dari pokok sekelilingnya akan menjadi Damar yang mengeras dan menjadi sejenis bahan yang dinamakan Damar Kemian Kelulut dalam suatu jangka masa, Apabila sarangnya ditinggalkan kerana pemindahan, damar yang tinggal akan menjadi keras seperti batu..bahagian inilah yang selalu diambil oleh orang-orang kampung dan orang asli untuk kegunaan pelbagai masyarakat dalam upacara keagamaan dan perubatan. Wallahu.