DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, February 19, 2011

Tasbih Buatan Tangan (Gabungan beberapa Jenis Kayu dan Teras)

Bukan senang untuk menitipkan Tasbih yang dibuat dengan Tangan..nak membuatnya, sebiji demi sebiji..adusss...letihhh...tetapi demi untuk bertasbih...letih ke,...sakit ke..tak tidur ke..tiada berasa apa-apa..yang ada hanya penghayatan membuatnya demi Zikrullah....

Sahabat yang menempahnya pula adalah pengamal perubatan traditional dan urutan badan...katanya pula, nak buat ibadah dan sebagai asbab dalam Perubatan penggunaan Kayu dan Teras yang dititipkan dalam bentuk Biji Tasbih...Terpulanglah sahabat....janji amanah dah dijalankan oleh saya...Alhamdulillah.

Biji Tasbih adalah dari Gabungan Teras Kemuning Hitam/Teras Penawar Hitam/Teras Raja Kayu Putih/Kayu Tas Jantan/Kayu Tas Betina/Larak Salah Jantan/Larak Salah Betina/Teras Gemunggal/Nibung Tunggal/Tas Pontianak dan Kayu Penunduk Merah. Tasbih buatan tangan juga terbuka untuk Tempahan..tetapi agak mengambil masa sedikit dalam proses pembuatannya yang rumit. Kalau pakai mesin dah lama siap..dalam sehari dua tiga utas boleh disiapkan...wallahu..